Tuesday, July 30, 2013

Surah Quraisy

kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah) (Surah Quraisy:1)

 (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam), (Surah Quraisy:2)

maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini, (Surah Quraisy:3)

Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan. (Surah Quraisy:4)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah memberi keutamaan kepada Quraisy dengan tujuh perkara" sehingga akhir hadis. Di antaranya ialah turun ayat berkenaan dengan mereka yang tidak diturunkan kepada orang lain iaitu ayat ini (Surah Quraisy: 106:1-4). (Diriwayatkan oleh al Hakim dan perawi lainnya dari Ummu Hani binti Abi Talib)


No comments:

Post a Comment