Tuesday, July 30, 2013

Surah an Nashr

"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah). " (Surah an Nashr: 110: 1)

"Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai. " (Surah an Nashr: 110:2)

"Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya. Sesungguhnya la sangat-sangat menerima taubat." (Surah an Nashr: 110: 3)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah masuk ke kota Mekah pada waktu Fathu Mekah, Khalid bin Walid telah diperintahkan untuk memasuki Mekah melalui dataran rendah untuk bertempur dengan pasukan Quraisy yang menyerangnya serta merampas harta mereka sehingga memperolehi kemenangan.

Oleh sebab itu, orang Quraisy telah masuk Islam secara beramai-ramai. Maka penurunan ayat di atas adalah berhubung dengan peristiwa ini dan Allah memerintahkan untuk bersyukur kepadaNya di atas kemenangan yang diperolehi serta meminta ampun di atas kesalahan yang telah dilakukan. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak di dalam kitab al Mushannafdari Ma'mar dari az Zuhri)


No comments:

Post a Comment