Tuesday, July 30, 2013

Surah al Lahab

"Binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab, dan binasalah ia bersama!" (Surah al Lahab: 111:1)

"Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapatmenolongnya. " (Surah al Lahab: 111: 2)

"la akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang." (Surah al Lahab: 111: 3)

"Danjuga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. " (Surah al Lahab: 111: 4)

"Dilehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal. "  (Surah al Lahab: 11 1:5)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa pada suatu ketika Rasulullah naik ke bukit Safa lalu berseru: "Marilah berkumpul pada pagi hari ini!" Maka berkumpullah kaum Quraisy. Kemudian Rasulullah bersabda: "Bagaimana pendapat kalian semua, seandainya aku beritahu bahawa musuh akan datang pada esok pagi atau petang, apakah kalian semua akan percaya kepadaku?" Kaum Quraisy menjawab: "Pasti kami percaya." Kemudian Rasulullah bersabda lagi: "Aku memberi peringatan kepada kalian semua bahawa seksaan Allah yang dahsyat akan datang." Berkatalah Abu Lahab: "Celaka engkau! Apakah hanya untuk ini engkau kumpulkan kami?"

Maka turunlah ayat ini (Surah al Lahab: 111:1-5) berhubung dengan peristiwa di atas yang menceritakan bahawa kecelakaan itu akan terkena kepada orang yang memfitnah dan menghalang agama Allah Subhanahu wa Taala. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dan perawi lain dari Ibnu abbas)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa isteri Abu Lahab telah meletakkan duri-duri pada jalan yang dilalui oleh Nabi. Maka penurunan ayat ini (Surah al Lahab: 111: 1-4) adalah berhubung dengan peristiwa di atas yang menjelaskan bahawa orang yang menghalang dan menyebarkan permusuhan terhadap Islam akan mendapat seksaan dari Allah. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Isra'il dari Abi Ishaq dari Yazid bin Zaid (Orang Hamdan) (K. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Munzirdari Ikrimah)


No comments:

Post a Comment