Sunday, July 21, 2013

Surah Fussilat

"Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu)." (Surah Fussilat: 41:22)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat tiga orang Quraisy dan Thaqif bertikam lidah di Baitullah. Salah seorang di antara mereka berkata: "Bagaimanakah pendapatmu, apakah Allah mendengar apa yang kita katakan?" Yang lainnya menjawab: "Jika kita berbicara dengan nyaring Dia akan mendengar, tetapi jika kita berbisik tentu tidak." Akan tetapi seorang lagi berkata: "Jika Dia dapat mendengar ketika kita berbicara dengan nyaring pasti Dia mendengar bisikan kita." Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah Fussilat: 41: 22) sebagai penjelasan bahawa penglihatan, pendengaran dan kulit mereka akan menjadi saksi. (Diriwayatkan oleh as Syaikhani, Tirmizi Ahmad dan perawi lain dari Ibnu Mas'ud)

"Sesiapa Yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan Dengan kejahatan Yang sebanding dengannya; dan sesiapa Yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di Dalam syurga itu Dengan tidak dihitung. (Surah Fussilat:40)

"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa Yang Aku katakan kepada kamu; dan Aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); Sesungguhnya Allah Maha melihat akan keadaan hamba-hambaNya". (Surah Fussilat:44)

(dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa Yang seburuk-buruknya, (Surah Fussilat:45)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa orang-orang Quraisy berkata: "Mengapa al Quran itu tidak diturunkan dalam bahasa Ajam dan bahasa Arab?" Maka turunlah ayat (Surah Fussilat: 41:44) ini sebagai jawapan terhadap pertanyaan mereka, bahawa walaupun al Quran itu bukan diturunkan di dalam bahasa Arab, mereka tetap akan menolak dan meminta keterangan yang lebih lanjut dengan bahasa Ajam dan bahasa Arab. 

Kemudian turunlah ayat yang berikutnya (Surah Fussilat: 41: 45) sebagai penjelasan bahawa walau apa pun yang diturunkan oleh Allah, mereka tetap akan menentangnya sebagaimana terjadi kepada Kitab Taurat Musa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Said bin Jubair)

No comments:

Post a Comment