"Dan orang-orang yang berhujah menyangkal dan membantah tentang kebenaran agama Allah sesudah disambut dan diterima agamaNya itu bantahan (dan tuduhan palsu) mereka itu sia-sia belaka di sisi Tuhan mereka. Dan mereka pula ditimpa kemurkaan (dari Allah) serta mereka beroleh azab seksa yang seberat-beratnya." (Surah asy Syuura: 42:16)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat "Idza ja a nashrullahi wal fathu" (Surah an Nasr: 110: 1-3) berkatalah kaum musyrikin kepada orang-orang yang beriman di Mekah: "Orang-orang secara berkumpulan telah masuk Islam. Oleh itu, keluarlah kalian semua dari negeri kami, mengapa menetap sahaja di sini?" Maka turunlah ayat di atas sebagai peringatan kepada orang-orang yang memilih untuk kembali musyrik kerana diusir dari negerinya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari Ikrimah)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan kaum Yahudi dan Nasara yang menganggap bahawa dirinya, kitabnya dan Nabinya adalah lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Maka penurunan ayat ini (Surah asy Syuura: 42:16) adalah untuk menceritakan akan kekufuran mereka terhadap kitab mereka sendiri yang di dalamnya ada menyatakan bahawa adanya Nabi akhir zaman. (K. Diriwayatkan oleh Abdul Razak dari Qatadah)
(limpah kurnia Yang besar) itulah Yang Allah gembirakan (dengannya): hamba-hambaNya Yang beriman dan beramal soleh. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam Yang Aku sampaikan itu, (yang Aku minta) hanyalah kasih mesra (kamu terhadapku) disebabkan pertalian kerabat (yang menghubungkan daku Dengan kamu supaya Aku tidak disakiti)". dan sesiapa Yang mengerjakan sesuatu perkara Yang baik, Kami tambahi kebaikan baginya (dengan menggandakan pahala) kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadanya). (Surah asy syuura:23)
"(Orang-orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka mengatakan: "la telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah" (Sebenarnya tidak patut mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa - jika la menghendaki -menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa yang engkau telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki yang demikian, bahkan la memberi kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan yang engkau sampaikan adalah benar belaka). Dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara yang salah serta la menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah wahyuNya dan keputusanNya. Sesungguhnya la Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
(orang-orang kafir tidak mengakui kerasulan Nabi Muhammad) bahkan mereka mengatakan: "Ia telah mereka-reka perkara dusta terhadap Allah" (Sebenarnya tidak patut mereka berkata demikian) kerana Allah berkuasa - jika ia menghendaki - menutup hatimu (dan ingatanmu daripada menyatakan apa Yang Engkau telah nyatakan itu, tetapi Allah tidak menghendaki Yang demikian, bahkan ia memberi Kuasa menyampaikan perintahNya, maka semua kenyataan Yang Engkau sampaikan adalah benar belaka). dan sememangnya Allah tetap menghapuskan perkara Yang salah serta ia menetapkan Yang benar Dengan Kalimah-kalimah wahyuNya dan keputusanNya. Sesungguhnya ia Maha mengetahui akan Segala (isi hati) Yang terkandung di Dalam dada. (Surah asy Syuura:24)
"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan); dan la mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan." (Surah asy Syuura: 42:25)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum Ansar berniat mengumpulkan harta benda untuk diberikan kepada Rasulullah. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah asy Syuura: 42:23) sebagai penjelasan bahawa Sesungguhnya Rasulullah tidak mengharapkan upah walaupun sedikit di atas misinya itu kecuali mengharapkan supaya tumbuhnya kasih sayang dan persaudaraan.
Setelah turunnya ayat ini sebahagian dari mereka berkata: "Kalau demikian patutlah Dia selalu membela sanak saudaranya." Maka Allah menurunkan ayat yang berikutnya (Surah asy Syuura: 42: 24-25) sebagai bantahan terhadap tuduhan mereka dan anjuran untuk bertaubat di atas perbuatan mereka itu. (Diriwayatkan oleh at Thabarani dengan sanad yang agak lemah dari Ibnu Abbas)
"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya la Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. " (Surah asy Syuura: 42: 27)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat di atas turun berkenaan dengan “ahlush shuffah” [Mereka yang terkenal sebagai orang-orang miskin yang tidak punya rumah dan tinggal di masjid]. Ayat ini menjelaskan bahawa apabila keinginan mereka dikabulkan, nescaya mereka akan hidup melampaui batas. (Diriwayatkan oleh al Hakim yang menganggap hadis ini sahih dari Ali) (Diriwayatkan pula oleh at Thabarani dari Amr bin Harith)
No comments:
Post a Comment