"Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)." (Surah adz Dzaariyaat: 51:19)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengirim pasukan bersenjata. Mereka mendapat kemenangan dan ghanimah. Setelah tamat peperangan, datanglah orang-orang miskin meminta bahagian mereka. Maka turunlah ayat di atas sebagai penjelasan bahawa terdapat bahagian untuk orang fakir miskin pada harta ghanimah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi hatim dari al Hasan bin Muhammad al Hanafiyah)
"Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak aKan disalahkan (setelah engkau memberi amaran kepada mereka)." (Surah adz Dzaariyaat: 51: 54)
"Dan tetap tekunlah engkau member! peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang yang beriman." (Surah adz Dzaariyaat: 51: 55)
Terdapat suatu riwayat yang mengemukakan bahawa AlI bin Abi Talib berkata: "Ketika turun ayat ini (Surah adz Dzaariyaat: 51:54) yang memerintahkan agar Rasulullah berpaling dari kami, maka tidak ada seorang pun di antara yang hadir akan merasa selamat dari bahaya seksaan Allah. Maka turunlah ayat yang berikutnya (Surah adz Dzaariyaat: 51: 55) sebagai penjelasan bahawa peringatan yang diberikan oleh Nabi akan memberi manfaat kepada kaum Mukminin. Selepas penurunan ayat ini barulah hati kami merasa tenteram." (Diriwayatkan oleh Ibnu Mani, Ibnu Rahawaih dan Haitsam bin Kalib di dalam musnad-musnadnya dari Mujahid dari Ali)
Riwayat lain pula ada mengemukakan bahawa ketika turun ayat ini (Surah adz Dzaariyaat: 51: 54) para sahabat Rasulullah merasa sesak di dada dan juga merasakan bahawa wahyu tidak akan turun lagi serta azab akan datang dengan segera.
Maka turunlah ayat yang berikutnya (Surah adz Dzaariyaat: 51:55) sebagai penjelasan bahawa peringatan yang diberikan oleh Nabi akan memberi manfaat kepada Kaum Mukminin. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah)
No comments:
Post a Comment