"(Mereka menuduh
Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan:
"(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat
kebinasaannya." (Surah ath Thuur: 52: 30)
Terdapat suatu riwayatyang mengemukakan bahawa kaum
Quraisy berkumpul di Darun Nadwah dan membincangkan tentang Nabi Muhammad.
Kemudian salah seorang dari mereka berkata: "Masukkan sahaja dia ke dalam
penjara dengan diikat sehingga dia mati, seperti mana teman-temannya yang
terdahulu terdiri dari ahli syair iaitu Zuhair dan Nabighah. Ini kerana dia
adalah sama sahaja dengan mereka."
Maka turunlah ayat di atas berhubung dengan peristiwa
tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas)
No comments:
Post a Comment