Tuesday, July 30, 2013

SURAH AT TIIN

"Kemudian (jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia keserendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. " (SurahatTiin:95:5)

"Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus." (Surah at Tiin: 95:6)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa firman Allah di dalam ayat ini (Surah at Tiin: 95: 5) mengandungi erti hingga sampai kepada peringkat nyanyuk iaitu kembali menjadi seperti seorang bayi. Oleh kerana itu Rasulullah telah ditanya mengenai kedudukan orang yang telah nyanyuk ini. Maka Allah menurunkan ayat yang berikutnya (Surah at Tiin: 95: 6) untuk menjelaskan bahawa mereka yang beriman dan beramal soleh sebelum nyanyuk akan diberi pahala yang tidak putus-putus. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari al Ufi dari Ibnu Abbas)


No comments:

Post a Comment