Tuesday, July 30, 2013

SURAH AL INSYIRAAH

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ94:2 وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ94:3 الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ94:4 وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ94:5 فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا94:6 إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا94:7 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ94:8 وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب
"Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat pertunjuk)?" (Surah al Insyiraah: 94:1)

"Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu (menyiarkan Islam)." (Surah al Insyiraah: 94: 2)

"Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya) ?" (Surah al Insyiraah: 94: 3)

"Dan Kami telah meninggikan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?" (Surah al Insyiraah: 94:4)

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di serial kemudahan." (Surah al Insyiraah: 94: 5)

"(Sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan." (Surah al Insyiraah: 94: 6)

"Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)." (Surah al Insyiraah: 94: 7)

"Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)." (Surah al Insyiraah: 94: 8)

Menurut pendapat as Sayuthi ayat ini (Surah al Insyiraah: 94:1-8) turun ketika kaum musyrikin mempermainkan kaum Muslimin kerana kekafiran mereka.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat ini (Surah al Insyiraah: 94:6) Rasulullah bersabda: "Bergembiralah kalian semua kerana akan datang kemudahan bagi kalian semua. Sesungguhnya kesusahan tidak akan mengalahkan dua kemudahan." (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari al Hasan)


No comments:

Post a Comment