AT TAHRIM
"Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan
bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah
bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredhaan isteri-isterimu? (Dalam pada
itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani." (Surah at Tahrim:66:
1)
"Sesungguhnya
Allah telah menetapkan bagi kamu (wahai Nabi dan umatmu untuk) melepaskan diri
dari sumpah kamu (dengan membayar denda kaffarah); dan Allah ialah Pelindung
yang mentadbirkan keadaan kamu, dan la Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana." (SurahatTahrim:66:2)
Dalam suatu riwayat
ada dikemukakan bahawa Rasulullah mempunyai seorang hamba sahaya perempuan yang
selalu dicampurinya. Oleh kerana Siti Hafsah selalu merungut, maka Rasulullah
mengharamkan hamba sahaya wanita bagi dirinya. Maka Allah menurunkan ayat ini
(Surah at Tahrim: 66:1) sebagai teguran kepadanya di dalam mengharamkan sesuatu
benda yang telah dihalalkan. (Diriwayatkan oleh al Hakim dan an Nasa'i dengan sanad
yang sahih dari Anas)
Dalam suatu riwayat
dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Hafsah: "Jangan
engkau menyebarkan bahawa Ummu Ibrahim (Mariyah al Qibtiyah) telah aku haramkan
bagiku." Sejak itu Rasulullah s.a.w. tidak lagi mendekatinya sehingga
Hafsah memberitahu perkara ini kepada Aisyah. Maka,
Allah pun menurunkan ayat ini (Surah at Tahrim: 66:2) sebagai jalan keluar dari
sumpah yang diucapkannya. (Diriwayatkan oleh ad Dliya di dalam kitab al
Mukhtarah dari Hadis Ibnu Umar dari Umar)
Dalam riwayat lain
dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. membawa hamba sahaya perempuannya yang
bernama Mariyah al Qibtiyah ke rumah Hafsah dan setelah Hafsah pulang beliau
mendapati bahawa Rasulullah sedang bersama Mariyah. Maka
berkatalah Hafsah: "Ya Rasulullah, mengapa dirumahku dan tidak di rumah
isteri yang lain." Rasulullah bersabda: "Dia aku haramkan untuk aku
sentuh tetapi pengharaman ini tidak perlu aku beritahu kepada orang lain."
Akan tetapi, Hafsah
keluar menemui Siti Aisyah dan terus memberitahunya tentang perkara ini
sehingga Allah menurunkan ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) sebagai teguran
kepada Rasulullah s.a.w. yang telah mengharamkan apa yang halal baginya. (Diriwayatkan
oleh ath Thabrani dengan sanad yang daif dari Abi Hurairah)
Dalam riwayat lain
dikemukakan pula bahawa ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) turun berkenaan dengan
Mariyah al Qibtiyah (seorang hamba sahaya perempuan Rasulullah s.a.w. yang
diharamkan disentuh olehnya. (Diriwayatkan oleh al Bazzar dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas)
Riwayat seterusnya
ada mengemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. ada meminum madu di rumah Saudah.
Kemudian, baginda pergi ke rumah Aisyah. Lalu, Aisyah berkata: "Aku
mencium bau yang tidak sedap." Kemudian, Rasulullah s.a.w. pergi ke rumah
Hafsah pula dan dia juga mengatakan sebagaimana kata-kata dari Aisyah tadi. Maka,
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Mungkin kerana minuman yang diminum di rumah
Saudah. Demi Allah saya tidak akan meminumnya lagi."
Maka, turunlah ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1-2)
sebagai teguran kepada Rasulullah s.a.w. yang mengharamkan perkara yang halal
baginya. (Diriwayatkan oleh at Thabarani dengan sanad yang sahih dari Ibnu
Abbas) (Hadis ini mempunyai syahid (saksi) di dalam Sahihain)
Menurut al Hafiz Ibnu Hajar, ayat ini diturunkan
kerana kedua-dua sebab tersebut. Dalam riwayat lain, ada dikemukakan bahawa Abdullah bin Rafi' bertanya
kepada Ummu Salamah tentang ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) dan Ummu Salamah
menjawab: "Ketika aku mempunyai madu putih yang aku simpan dalam satu
bekas, Rasulullah s.a.w. merasanya kerana baginda sangat menyukai madu." Maka,
berkatalah Aisyah kepada Rasulullah s.a.w: "Rupanya madu yang tuan makan
itu berasal dari tawon yang menghisap arfath (buah-buahan yang berbau busuk yang
tidak disukai Rasulullah s.a.w.)." Oleh yang demikian, pada ketika itu
juga Rasulullah s.a.w. mengharamkan madu putih baginya.
Ayat ini (Surah at Tahrim: 66:1) menegur Rasulullah
s.a.w. yang mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah ke atasnya. (Diriwayatkan
oleh Sa'd dari Abdullah bin Rafi’)
Seterusnya, riwayat
lain menyatakan bahawa ketika Abu Bakar bersumpah tidak akan memberi belanja
kepada Misthah yang tersangkut dengan fitnah Aisyah, ayat ini (Surah at Tahrim:
66: 2) diturunkan sebagai perintah untuk menebus sumpah yang telah diucapkan. Setelah
ayat ini diturunkan, Abu Bakar kembali memberikan belanja kepada Misthah. (K.
Diriwayatkan oleh al Harts bin Usamah di dalam musnadnya dari Aisyah. Hadis ini
sangat berbeza apabila dianggap sebagai asbab nuzul ayat ini)
Dalam riwayat lain dikemukakan
bahawa ayat ini (Surah at Tahrim: 66: 1) turun berkenaan dengan seorang wanita
yang menghebahkan dirinya kepada Nabi s.a.w. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim
dari Ibnu Abbas) (Riwayat ini gharib dan sanadnya lemah)
"Bolehjadi, jika
Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang
lebih baik daripada kamu yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat yang
bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, (meliputi) yang janda dan yang
anak dara." (Surah at Tahrim: 66: 5)
Asbab Nuzul ayat ini (Surah at Tahrim: 66: 5) telah
diterangkan pada asbab nuzul surah al Baqarah ayat 125.
No comments:
Post a Comment