Segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah dan Dialah Yang
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah ash Shaff: 61: 1)
"Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu
memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!" (Surah ash Shaff: 61: 2)
"Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu
memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (Surah ash Shaff: 61:
3)
"Wahai orang yang beriman! Mahukah aku tunjukkan
sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak
terperi sakitnya?" (Surah ash Shaft: 61:
10)
Iaitu, kamu beriman
kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama
Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik
bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikatyang sebenarnya). (Surah ash
Shaff: 61: 11)
(Dengan itu) Allah
akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang
mengalir dibawanya beberapa sungai, serta di tempatkan kamu di tempat-tempat
tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar. (Surah
ash Shaft: 61: 12)
Dalam suatu riwayat
ada dikemukakan bahawa ketika para sahabat sedang duduk bermuzakarah, di antara
mereka ada yang berkata: "Sekiranya kami mengetahui amalan yang lebih
dicintai oleh Allah, pasti kami akan mengerjakannya. " Maka
ayat ini (Surah ash Shaft: 61: 1-2) turun berhubung dengan peristiwa di atas
yang kemudian Rasulullah membaca hingga ke akhir surah. Surah ini turun sebagai
tuntutan amalan yang diredhai oleh Allah iaitu berkorban untuk mempertahankan
agama dan mengamalkannya. (Diriwayatkan oleh at Tirmizi dan al Hakim yang
disahihkannya dari Abdullah bin Salam) (K. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir
dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa para sahabat
sesungguhnya ingin mengetahui amalan yang paling dicintai oleh Allah dan amalan
yang lebih utama (afdhal).
Maka turunlah ayat
ini (Surah ash Shaft: 61: 10-12) sebagai penjelasan bahawa berjihad adalah
amalan yang utama. Akan tetapi mereka tidak mahu berjihad sehingga mereka
diberi peringatan oleh Allah kerana menyalahi ucapan mereka sendiri dengan
turunnya ayat 2 dan 3 dari surah ash Shaft ini. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu
Jarir dari Abi Salleh) (K. Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim dari Ali dari
Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain
ada dikemukakan bahawa ayat "lima taquluna mala taf'alun" (Surah ash
Shaft: 61: 2) turun berkenaan dengan orang-orang yang berkata tentang perang
tetapi tidak pernah melakukannya baik memukul, menikam ataupun membunuh. (K.
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dan Ibnu Jarir
dari ad Dlahhak)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini
(Surah ash Shaft: 61: 2-3) turun ketika kaum Muslimin mundur kerana terdesak
pada waktu perang Uhud. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Muqatil)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan ketika turun ayat
ini (Surah ash Shaff: 61: 10) kaum Muslimin berkata: "Sekiranya kami tahu
apakah yang dimaksudkan dengan tijarah itu pasti kami akan ikut serta
memberikan harta benda dan ahli keluarga kami."
Maka Allah menurunkan
ayat yang berikutnya (Surah ash Shaff: 61:11) sebagai penjelasan bahawa tijarah
itu ialah beriman kepada Allah dan berjihad di jalanNya. (Diriwayatkan
oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair)
No comments:
Post a Comment