"Dan apabila
mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau
(mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan
meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah
(Wahai Muhammad: "Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari
hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi
rezeki." (Surah alJumu'ah:
62:11)
Dalam suatu riwayat
ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah berkhutbah pada hari Jumaat, datanglah
kafilah yang membawa dagangan dari Syam. Orang-orang
yang sedang mendengar khutbah keluar menjemput rombongan kafilah itu sehingga
tinggal hanya 12 orang sahaja yang duduk mendengar khutbah Nabi. Maka ayat ini
(Surah al Jumu'ah: 62: 11) turun berkenaan dengan peristiwa tersebut. Ayat ini
turun sebagai penjelasan bahawa apa yang ada di sisi Allah itu jauh lebih baik
daripada apa yang ada pada perniagaan. (Diriwayatkan oleh as Syaikhani dari
Jabir)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa apabila ada
gadis-gadis yang bernikah, berlangsunglah majlis keramaian dengan menggunakan
seruling dan alat muzik yang lain.
Oleh kerana itu, perkara ini menyebabkan orang-orang
akan pergi melihat keramaian itu sehingga meninggalkan Rasulullah yang sedang
berdiri memberi khutbah di atas mimbar.
Maka turunlah ayat
ini (Surah al Jumu'ah: 62:11) sebagai penjelasan bahawa nikmat yang diberikan
oleh Allah itu adalah lebih baik daripada majlis keramaian dan perniagaan. (Diriwayatkan
oleh Ibnu Jarirdari Jabir) Tepatnya ayat ini turun berkenaan dengan kedua
peristiwa di atas.
KETERANGAN
Menurut pendapat Ibnu
Munzir dari Jabir, kisah nikah dan cerita mengenai kedatangan kafilah itu
berlaku pada waktu yang sama dan ayat ini turun disebabkan oleh kedua perkara
di atas.
No comments:
Post a Comment