Saturday, July 20, 2013

Surah ar Ruum

Surah al Ruum:1. Alif, Laam, Miim.

Surah al Ruum:2. orang-orang Rom telah dikalahkan -

Surah al Ruum:3. di negeri Yang dekat sekali; dan mereka sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan lawannya -

Surah al Ruum:4. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun. kepada pentadbiran Allah jualah terpulang Segala urusan, sebelum berlakunya dan sesudah berlakunya; dan pada ketika berlakunya (Kemenangan Rom) itu, orang-orang Yang beriman akan bergembira -

Surah al Ruum:5. Dengan kemenangan Yang diberi Allah. ia memberi kemenangan kepada sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa bersama dengan berlakunya perang Badar, negara Rom (Nasrani) mengalahkan Parsi (Majusi) dan kaum Mukminin merasa kagum dan gembra dengan kemenangan ini. Maka ayat ini (Surah ar Ruum:30: 1-5), turun berhubung dengan peristiwa di atas dengan catatan bahawa "ghulibati” ertinya dikalahkan dibaca dengan "ghalabaf yang ertinya menang. (Diriwayatkan oleh at Tirmizi dari Abi Said) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarirdari Ibnu Mas'ud) 

KETERANGAN 
Menurut pendapat Tirmizi, hadis ini adalah gharib. [qurtubi 14:1] Hadis ini menunjukkan bahawa ayat ini adalah Madaniyah.

Akan tetapi jika dibandingkan dengan hadis yang berikutnya, ia menunjukkan bahawa ayat ini adalah Makiyah.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika kaum Muslimin belum berhijrah ke Madinah kaum musyrikin berkata: "Kami tahu bahawa orang-orang Rom iaitu mereka terdiri dari ahli kitab yang percaya kepada Nabi Isa dikalahkan oleh kaum Majusi yang menyembah api. Oleh itu kalian semua menganggap akan dapat mengalahkan kami dengan alasan kalian semua beriman kepada kitab yang diturunkan kepada Nabi kalian. Bagaimana pendapat kalian semua sekarang setelah kaum Majusi mengalahkan Rom, padahal mereka adalah ahli kitab. Oleh sebab itu, kami pasti akan dapat mengalahkan kalian semua seperti Parsi mengalahkan Rom. " Maka turunlah ayat ini (Surah ar Ruum:30: 1-5) sebagai penjelasan bahawa selepas kekalahan ini, kelak orang Rom akan menang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Syihab) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah, Yahya bin Ya'mar dan Qatadah)

KETERANGAN
Dalam riwayat pertama yang menyebut bacaan "Ghalabat" dengan fathah ertinya menang, menegaskan bahawa ayat ini turun ketika negara Rom berada dalam keunggulan bersamaan dengan keunggulan kaum Muslimin pada perang Badar.
Manakala riwayat kedua yang menyebut bacaan "ghulibat" dengan dhammah ertinya dikalahkan, menjelaskan bahawa ayat ini mengandungi erti "Parsi menang dari Rom dan akan dikalahkan oleh kaum Muslimin. "

Berdasarkan kepada perkara di atas, kedua riwayat itu boleh diterima, dan kalau tidak diertikan demikian, maka kedua riwayat itu tidak mempunyai erti yang penting.

Ar Ruum: 27. dan Dia lah Yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian ia mengembalikannya (hidup semula sesudah mereka mati), sedang perlaksanaan Yang demikian amatlah mudah baginya. dan bagiNyalah jua sifat Yang tertinggi di langit dan di bumi, dan Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah ar Ruum:30: 27)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum kafir merasa hairan mendengar Allah akan menghidupkan kembali orang-orang yang telah mati. Maka turunlah ayat di atas sebagai peringatan akan kejadian penciptaan makhluk pada pertama kali yang mana lebih sukardaripada menghidupkan semula yang mati. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah)

ia mengemukakan kepada kamu satu misal Perbandingan dari keadaan diri kamu sendiri, iaitu: Relakah kamu menerima sebahagian dari hamba-hamba abdi Yang kamu miliki itu menjadi rakan kongsi kamu pada harta benda Yang Kami telah kurniakan kepada kamu, supaya Dengan penerimaan kamu itu, mereka Dengan kamu menjadi sama-sama berhak padanya, sehingga kamu pun tidak berani (menguruskan harta benda itu Dengan tiada persetujuan) mereka, sebagaimana kamu tidak berani (berbuat demikian Dengan orang-orang Yang berkongsi Dengan kamu - Yang setaraf dengan) diri kamu? Demikianlah Kami menjelaskan keterangan-keterangan satu persatu bagi orang-orang Yang menggunakan akal untuk memahaminya.  (Surah arRuum:30: 28) 

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ahli syirik bertasbih dengan ucapan: "Allahumma labbaika labbaika lasyarika laka ilia syarikan hua laka tamlikuhu wama malak." [Ertinya: Ya Allah aku menyambut panggilanMu, aku menyambut panggilanMu, tiada sekutu bagimu kecuali satu sekutu yang dimiliki olehMu dan oleh sekutu itu] Maka turunlah ayat di atas sebagai teguran akan kemusyrikan mereka.   (Diriwayatkan oleh at Thabarani dari Ibnu Abas) (Diriwayatkan oleh Juwaibir dari Daud bin Abi Hindun dan Abi Jaafar, Muhammad bin AN dari bapanya) 

2 comments: