Tuesday, July 23, 2013

Surah al Waaqi'ah

mereka itulah orang-orang Yang didampingkan (di sisi Allah), (Surah al Waqiah:11)

 (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat. (Surah al Waqiah:12)

 (di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia Yang terdahulu; (Surah al Waqiah:13)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat ini (Surah al Waaqi'ah: 56: 11-14) kaum Muslimin merasa tidak gembira.

Maka turunlah ayat yang berikutnya "thullatun minal awwalin wa thullatun minal akhirin" (Surah al Waaqi'ah: 56: 39-40) yang menjelaskan bahawa pada zaman awal kemunculan Islam sehingga hari akhirat kaum Muslimin banyak yang menjadi ahli syurga. (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Munzirdan Ibnu Abi Hatim serta terdapat sanad yang tidak dikenali dariAbi Hurairah)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat "idza waqa'atil waqi'ah" dan di dalamnya diterangkan ayat ini (Surah al Waaqi'ah: 56: 13-14) Umar berkata: "Ya Rasulullah! "Thullatun minal awwalin wa qalilun minna" (Segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan segolongan kecil dari kita?)

Selepas setahun kemudian turunlah ayat yang berikutnya (Surah al Waaqi'ah: 56: 39-40) yang menjelaskan bahawa segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan segolongan besar dari orang-orang yang hidup kemudian akan masuk syurga. Ketika itu Rasulullah memanggil Umar dan berkata: "Hai Umar! Marilah dengar apa yang telah diturunkan oleh Allah: ""Thullatun minal awwalin wa thullatun minal akhirin" (Surah al Waaqi'ah: 56: 39-40). (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir di dalam Tarikh Dimasyq dengan sanad yang diragui dari Urwah bin Ruwaim dari Jabir bin Abdillah)

"Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?" (Surah al Waaqi'ah: 56: 27)

"Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri." (Surah al Waaqi'ah: 56: 28)

"Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya." (Surah al Waaqi'ah: 56: 29)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa setelah Rasulullah memberi keizinan kepada orang-orang Taif untuk menguasai lembah yang indah dan bersarang madu, mereka mendengar bahawa syurga itu serba indah. Oleh yang demikian mereka berangan-angan untuk memiliki lembah di syurga seperti apa yang mereka miliki sekarang.

Maka turunlah ayat ini (Surah al Waaqi'ah: 56: 27-29) yang menceritakan bahawa kehidupan di syurga Naim adalah disediakan untuk golongan "kanan". (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Urwah bin Rawaim tetapi mursal) (Diriwayatkan juga oleh Said bin Mansur di dalam sunannya dan al Baihaqi di dalam kitab al Bats dari Atha dan Mujahid)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa orang-orang merasa kagum melihat akan lembah yang teduh dan dinaungi oleh pohon-pohon yang rendang dan indah.

Maka ayat ini (Surah al Waaqi'ah: 56:14) turun untuk menceritakan kehidupan di syurga yang lebih daripada segala-galanya di dunia. (Diriwayatkan oleh al Baihaqi dengan sanad yang lain dari Mujahid)

"Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian al Quran. " (Surah al Waaqi'ah: 56: 75)

"Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya." (Surah al Waaqi'ah: 56: 76)

"Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah al Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). " (Surah al Waaqi'ah: 56: 77)

"Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara. " (Surah al Waaqi'ah: 56: 78)

"Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci." (Surah al Waaqi'ah: 56: 79)

"Al Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam."  (Surah al Waaqi'ah: 56: 80)

"Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap bena tak bena terhadap keterangan-keterangan al Quran ini?" (Surah al Waaqi'ah: 56: 81)

"Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur a/can ajarannya) ?" (Surah al Waaqi'ah: 56: 82)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun hujan, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di antara manusia ada yang bersyukur dan ada yang kafir kerana turunnya hujan." Di antara orang yang nadir itu berkata: "Ini adalah rahmat yang diberikan Allah." Sedangkan yang lainnya pula berkata: "Sungguh tepat benar ramalan si Fulan." Maka turunlah ayat ini (Surah al Waaqi'ah: 56: 75-82) sebagai peringatan bahawa semua kejadian itu adalah merupakan ketetapan dari Allah. (Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Waaqi'ah: 56: 75-82) turun berhubung dengan kisah serombongan kaum Ansar pada waktu perang Tabuk yang berhenti rehat di Hijr iaitu tempat peninggalan kaum Nabi Salleh dan mereka dilarang menggunakan air yang ada di situ. Kemudian mereka pindah ke tempat lain, akan tetapi mereka tetap tidak mendapat air.

Oleh yang demikian, mereka datang mengadu kepada Rasulullah. Lalu Rasulullah menunaikan sembahyang dua rakaat dan berdoa. Selepas itu langit terus berawan dan turunlah hujan di atas perintah dan kurniaan dari Allah sehingga mereka dapat minum dengan sepuas-puasnya. Kemudian seorang Ansar berkata kepada seorang yang dituduh munafik: " Bagaimana pendapatmu setelah Nabi berdoa dan turun hujan untuk kepentingan kita." Orang itu menjawab: "Kita diberi hujan tidak lain kerana ramalan seseorang."

Maka ayat ini (Surah al Waaqi'ah: 56: 75-82) turun sebagai peringatan kepada umatnya bahawa segala sesuatu yang berlaku ditetapkan oleh Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abi Hazrah)


No comments:

Post a Comment