Tuesday, July 23, 2013

Surah ar Rahman

"Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua syurga." (Surah ar Rahman: 55:46)

Terdapat suatu riwayat yang mengemukakan bahawa pada suatu hari Abu Bakar menerangkan tentang kiamat, timbangan, syurga dan neraka. Di samping itu juga, beliau menambah bahawa dirinya ingin menjadi seperti tumbuh-tumbuhan yang dapat dimakan oleh binatang sehingga tidak dijadikan oleh Allah seperti keadaannya sekarang.

Maka ayat di atas turun sebagai petunjuk kepada orang yang takut menghadapi pengadilan dari Allah dengan menyiapkan diri melaksanakan perintahNya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Abu Syaikh di dalam kitabul Idhamah dari Atha) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Syaudhab yang menerangkan bahawa ayat ini (Surah ar Rahman: 55:46) turun berkenaan dengan Abu bakar as Siddiq)



No comments:

Post a Comment