Tuesday, July 23, 2013

Surah al Hadiid

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al Quran) yang diturunkan (kepada mereka) ? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang yang fasik derhaka. " (SurahalHadiid:.57:16)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat di atas turun ketika para sahabat tampak sedang bergurau senda dan ketawa. Penurunan ayat ini adalah untuk memberi peringatan kepada mereka supaya sentiasa mengingati Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab al Mushannif darl Abdul Aziz bin Abi Rawad) Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa para sahabat sedang bergurau senda. Maka Allah menurunkan ayat di atas (Surah al Hadiid: 57: 16) sebagai peringatan kepada mereka untuk segera ingat kepada Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Muqatil bin Hayyan)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa para sahabat mengharapkan agar Rasulullah menceritakan sesuatu kepada mereka. Maka turunlah ayat ini (Surah Yusuf: 12: 3) sebagai penjelasan bahawa Allah telah menyajikan cerita yang terkandung di dalam wahyunya. Akan tetapi mereka menghendaki yang lain lagi dan berkata: "Berilah kami cerita ya Rasulullah." Maka turunlah ayat ini (Surah al Hadiid: 57: 16) sebagai peringatan agar mereka ingat kepada Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari as Suddi dari al Qasim)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika Nabi sampai ke Madinah, baginda mendapati bahawa para sahabat menderita sehingga mereka merasa lemah di dalam menjalani kehidupan seharian serta tidak seperti sediakala ketika melakukan ibadat kepada Allah. Maka turunlah ayat ini (Surah al Hadiid: 57:16) sebagai peringatan kepada mereka supaya lebih khusyuk kepada Allah Subhanahu wa Taala. (Diriwayatkan oleh Ibnu Mubarak di dalam kitab az Zuhd dari Sufyan dari al A'masy)

"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta diampunkannya dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al Hadiid: 57: 28)

"(Ditetapkan pembehan yang demikian kepada kamu) supaya golongan ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani yang menentang Islam) mengetahui, bahawa sesungguhnya mereka tidak mempunyai sebarang kuasa untuk mendapat (atau menyekat) sesuatu dari limpah kurnia Allah, dan bahawa sesungguhnya limpah kurnia itu terletak dalam kekuasaan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mempunyai limpah kurnia yang besar." (Surah al Hadiid: 57: 29)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa para sahabat Nabi yang berjumlah 40 orang dan an Najasyi (beragama Nasrani) datang kepada Nabi dan kemudian turut berjihad di dalam perang Uhud. Oleh yang demikian, di antara mereka ada yang mendapat luka-luka tetapi tidak ada seorang pun meninggal di medan perang itu.

Ketika mereka mengetahui bahawa kaum Mukminin memerlukan bantuan kerana penderitaan, lalu mereka berkata: "Ya Rasulullah! Kami ini orang-orang berada. Izinkanlah kami membawa harta benda kami untuk membela kaum Mukminin."

Ayat 52 dari Surah al Qashash: 28 turun berkenaan dengan peristiwa itu yang menceritakan bahawa orang-orang tersebut beriman kepada kitab-kitab Allah yang turun sebelum al Quran dan mereka juga beriman kepada al Quran.

Setelah turun ayat itu mereka berkata: "Hai kaum Muslimin! Orang-orang yang beriman akan kitabmu, akan mendapat dua ganjaran dan orang yang tidak beriman akan kitabmu akan mendapat satu ganjaran seperti ganjaran kalian semua."

Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Hadiid: 57: 28) yang memerintahkan kepada orang-orang yang beriman dengan kitab-kitab sebelummya supaya beriman kepada RasulNya Muhammad supaya mendapat gandaan Rahmat dari Allah. (Diriwayatkan oleh at Thabarani di dalam kitab alAusath yang mana di dalam sanadnya terdapat orang yang tidak terkenal dari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat "Ulaika yu'tauna ajrahum marrataini bima shabaru" (Surah al Qashash: 28: 54) kaum Mukminin yang berasal dari Nasara bersikap menyombong diri terhadap para sahabat Nabi dengan berkata: "Kami mendapat dua ganjaran dan kalian semua hanya mendapat satu ganjaran sahaja."(uapan ini menyinggung perasaan para sahabat.

Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Hadiid: 57: 28) sebagai janji untuk memberi ganjaran yang lebih kepada orang yang bertakwa kepada Allah serta beriman kepada RasulNya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Muqatil)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat "Yuktikum kiflaini mirrahmatihi" (Surah al Hadiid: 57: 28) para sahabat Nabi yang berasal dari kaum Nasara merasa sombong terhadap kaum Muslimin yang lain kerana mereka akan mendapat gandaan Rahmat dari Allah. Maka turunlah ayat yang berikutnya (Surah al Hadiid: 57: 29) sebagai penjelasan bahawa limpah kurniaan Allah akan diberikan kepada orang-orang yang disukaiNya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah)


Dalam riwayat lain juga ada dikemukakan bahawa kaum Yahudi berkata: "Sudah hampir tiba waktunya turun seorang Nabi yang melaksanakan hukum potong tangan dan kaki." Akan tetapi ketika Nabi yang melaksanakan hukum itu dilahirkan dari bangsa Arab mereka kufur. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Hadiid: 57: 29) sebagai penjelasan bahawa Allah akan memberi limpah kurniaan kenabian kepada sesiapa yang disukaiNya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Mujahid)

No comments:

Post a Comment