"Azab yang disediakan untuk orang yang kafir, yang tidak ada sesiapa pun dapat menolak kedatangannya" (Surah al Ma'aarij: 70: 2)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah: "Saala Sailun bi azabiw waqi" (Surah al Ma'aarij: 70: 1) turun berkenaan dengan an Nadir bin al Harts yang berkata dengan sinis: "Wahai Tuhan! Sekiranya (ucapan Muhammad untuk mengutamakan Ali lebih dari kami) itu benar daripada Kamu, turunkanlah hujan batu dari langit." (Diriwayatkan oleh an Nasa'i dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Ma'aarij: 70: 1) turun di Mekah berkenaan dengan an Nadir bin al Harts yang berkata dengan sinis: "Ya Allah sekiranya benar apa yang datang ini daripadaMu, hujanilah dengan batu dari langit."
Kalimat-kalimat ini juga terdapat dalam (Surah al Anfaal- 8- 32) Adapun, hujan batu yang dimaksudkan itu diturunkan pada perang (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari as Suddi) Riwayat seterusnya menjelaskan bahawa ketika turun ayat ini (Surah al Maaanj: 70: 1) orang ramai bertanya: "Kepada siapa turun seksaan itu?" Maka Allah menurunkan ayat seterusnya (Surah al Ma aanj: 70: 2) yang menjelaskan bahawa seksaan itu diturunkan bagi kaum kafir. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari al Hasan)
No comments:
Post a Comment