"Kami lakukan yang demikian untuk Kami jadikan peristiwa itu satu pengajaran bagi kamu, dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga (orang) yang mahu menerima pengajaran." (Surah al Haaqqah: 69:12)
Terdapat suatu riwayat yang mengemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Ali bin Abi Talib: "Aku diperintahkan untuk menjadikan engkau orang terdekat (orang kuat) aku dan aku dikehendaki supaya tidak menjauhimu, sebaliknya mengajar kamu jika engkau mahu mendengar nasihatku dan sesungguhnya engkau diwajibkan oleh Allah s. w. t. untuk memerhatikannya. [At Thabari, juz 29, hal 56]
Menurut Buraidah, ayat ini turun pada peristiwa itu yang menjelaskan bahawa ayat-ayat Allah akan diperhatikan oleh orang-orang yang mahu memerhatikannya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim dan al Wahidi dari Buraidah) Hadis ini tidak sah sebagai asbab nuzulayat ini.
No comments:
Post a Comment