Tuesday, July 30, 2013

SURAH AL KAUTSAR

"Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)." (Surah al Kautsar: 108: 1)

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." (Surah al Kautsar: 108:2)

"Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya). (Surah al Kautsar: 108: 3)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketlki Ka'bubnul Asyraf (tokoh Yahudi) datang ke Mekah, kaum Qurtlty berkita kepadanya: "Tuan adalah pemimpin orang Madinah, bagaimana pendapat tuan mengenai orang-orang yang berpura-pura sabar yang diasingkan oleh kaumnya, yang menganggap bahawa dirinya lebih mulia daripada kita, padahal kita adalah penyambut orang-orang yang menunaikan haji, pemberi minuman kepada mereka serta penjaga Kaabah." Maka turunlah ayat ini (Surah al Kautsar: 108: 3) sebagai bantahan kepada ucapan mereka. (Diriwayatkan oleh al Bazzar dan perawi lainnya dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ketika Nabi s.a.w. menerima wahyu, kaum Quraisy berkata: "Terputus hubungan Muhammad dengan kita." Maka turunlah ayat ini (Surah al Kautsar: 108: 3) sebagai bantahan terhadap ucapan mereka. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam kitab al Mushannifdan Ibnu Munzirdari Ikrimah)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Kaum Quraisy menganggap kematian seorang anak lelaki itu sebagai terputusnya keturunan. Oleh itu, ketika putera Rasulullah meninggal, al Ashi bin Wail berkata bahawa Muhammad telah terputus keturunannya. Maka turunlah ayat ini Kautsar: 108: 3) sebagai bantahan terhadap ucapannya itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari as Suddi) (Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam kitab ad Dalail dari Muhammad bin Ali, dan disebutkan bahawa anak yang meninggal itu ialah al Qasim)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Kautsar: 108: 3) turun berkenaan dengan al Ashi bin Wail yang berkata: "Aku membenci Muhammad." Maka penurunan ayat ini (Surah al Kautsar: 108:3) adalah sebagai penjelasan bahawa orang yang membenci Rasulullah akan terputus segala kebaikannya. (Diriwayatkan oleh al Baihaqi dari Mujahid)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika Ibrahim putera Rasulullah s.a.w. wafat, orang-orang musyrik berkata di antara satu sama lain: "Orang murtad itu (Muhammad) telah terputus keturunannya malam tadi." Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Kautsar: 108:1-3) untuk membantah ucapan mereka. (K. Diriwayatkan oleh at Thabarani dengan sanad yang daif dari Abi Ayyub)

Dalam riwayat lain juga ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Kautsar: 108: 2) turun ketika Jibril datang kepada Rasululllah pada peristiwa Hudaibiyah dengan membawa perintah menyembelih korban dan menunaikan sembahyang. Kemudian Rasulullah berdiri dan menyampaikan khutbah aidil fitri dan mungkin juga aidil adha [Perawi meragui apakah peristiwa di dalam hadis itu terjadl pada bulan Ramadhan ataupun Zulkaedah (at Thabari juz 3, hal. 328)]

Selepas itu Rasulullah menunaikan sembahyang dua rakaat dan menuju ke tempat penyembelihan korban lalu menyembelih korban. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Said bin Jubair)

KETERANGAN
Menurut pendapat as Sayuthi riwayat ini adalah sangat gharib. Ini kerana matan hadis ini diragui kerana sembahyang Aid di dahului dengan khutbah.

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Uqbah bin Abi Muaith berkata: "Tidak ada seorang anak lelaki pun yang hidup bagi Nabi s.a.w. sehingga keturunannya terputus."

Maka penurunan ayat ini (Surah al Kautsar: 108:3) adalah sebagai bantahan terhadap ucapan itu. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Sya'mar bin Athiyah)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika Ibrahim putera Rasulullah wafat, kaum Quraisy berkata: "Sekarang Muhammad menjadi Abtar (terputus keturunannya)."

Oleh itu, perkara ini menyebabkan Nabi Muhammad bersedih hati. Maka turunlah ayat ini (Surah al Kautsar: 108: 1-3) sebagai penghiburkepadanya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Ibnu Juraij)


2 comments: