Tuesday, July 30, 2013

Surah al Ikhlas

"Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah YangMahaEsa." (Surah al Ikhlash: 112:1)

"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat." (Surah al Ikhlash: 112: 2) "

la tiada beranak, dan la pula tidak diperanakkan." (Surah al Ikhlash: 112: 3)

"Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya." (Surah al Ikhlash: 112:4)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum musyrikin meminta penjelasan tentang sifat-sifat Allah kepada Rasulullah s.a.w. dengan berkata: "Jelaskan kepada kami sifat-sifat Tuhanmu."

Maka penurunan ayat di atas adalah sebagai tuntutan untuk menjawab pertanyaan kaum musyrikin tersebut. (Diriwayatkan oleh at Tirmizi, al Hakim dan Ibnu Khuzaimah dari Abi Aliyah dari Ubay bin Kaab) (Diriwayatkan pula oleh at Thabarani dan Ibnu Jarir dari Jabir bin Abdillah dan dijadikan dalil bahawa surah ini adalah surah Makiyah)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa kaum Yahudi datang mengadap Rasulullah, di antaranya ialan Ka'bubnul Asyraf dan Hay bin Akhtab. Mereka berkata: "Hai Muhammad, ceritakan kepada kami sifat-sifat Tuhan yang mengutusmu."

Maka penurunan ayat ini (Surah al Ikhlash: 112: 1-4) adalah disebabkan peristiwa tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Qatadah dan Ibnu Munzir dari Said bin Jubair. (Dengan riwayat ini Said bin Jubair menegaskan bahawa surah ini adalah Madaniyyah)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa kaum Ahzab [Penyatuan di antara kaum Quraisy, Yahudi Madinah, Kaum Ghatfan dari Taif dan munafiqin Madinah dan beberapa suku di sekeliling Mekah. (Zubrah Sirah Nabawiyah Juz II hal. 87-88. 1355h 1936m] berkata: "Ceritakan sifat Tuhanmu kepada kami." Maka datanglah Jibril menyampaikan surah ini (Surah al Ikhlash: 112: 1-4) yang menceritakan tentang sifat-sifat Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abi Aliyah dari Qatadah)

KETERANGAN
Menurut pendapat as Sayuthi perkataan "al Musyrikin" dalam hadis dari Ubay bin Kaab ialah musyrikin dari Kaum Ahzab sehingga dapat dipastikan bahawa surah ini adalah Madaniyyah bersesuaian dengan hadis Ibnu Abbas.

Dengan demikian tidak ada pertentangan di antara dua hadis di atas dan dikuatkan pula riwayat Abu Syaikh di dalam kitab Adhamah dari Aban dari Anas yang meriwayatkan bahawa Yahudi Khaibar datang mengadap Nabi dan berkata: "Hai Abal Qasim! Allah menjadikan para Malaikat dari cahaya Hijab, Adam dari tanah hitam, Iblis dari api yang menjulang, langit dari asap dan bumi dari buih air. Maka teranglah kepada kami tentang Tuhanmu."

Kemudian Rasulullah tidak menjawab sehingga turunlah Jibril membawa wahyu dari surah ini (Surah al Ikhlash: 112: 1-4) yang menceritakan sifat-sifat Allah.



2 comments: