Thursday, July 18, 2013

Surah al An'aam

Surah al An’aam:19. Bertanyalah (Wahai Muhammad): "Apakah sesuatu Yang lebih besar persaksiannya?" (bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi saksi antaraku Dengan kamu, dan diwahyukan kepadaKu Al-Quran ini, supaya Aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa Yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui Bahawa ada beberapa Tuhan Yang lain bersama-sama Allah?" katakanlah: "Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan Sesungguhnya Aku adalah berlepas diri apa Yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

Surah al An’aam:20. orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah Kami berikan Kitab kepada mereka, mereka mengenalinya (Nabi Muhammad), sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. orang-orang Yang merugikan diri sendiri (dengan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab Yang tersebut) tidak beriman.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa an Nahham bin Zaid, Qardum bin Kaab dan Bahri bin Umair datang mengadap Rasulullah dan berkata: "Hai Muhammad! Engkau tidak mengetahui bahawa ada Tuhan selain Allah." Kemudian Rasulullah bersabda: "Tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dengan membawa penjelasan itu, maka aku diutuskan dan kepada kepercayaan itu aku berdakwah." Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al An'aam: 6: 19-20) sebagai penjelasan bahawa Allah Tuhan Yang Maha Esa, sebagaimana yang mereka ketahui dari kitab Taurat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Jarirdari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas) 

Surah al An'aam: 26. dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan Yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab Yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa turunnya ayat ini [Penulis tafsir Jalalain mengemukakan bahawa pengertian ayat ini (Surah al An'aam: 6:26) adalah: "Mereka melarang menyakiti Nabi tetapi mereka sendiri menjauhkan diri dari ajarannya." (Tafsir Jalalain, juz1,hal.114)] (Surah al An'aam: 6: 26) adalah berkenaan dengan Abu Talib yang melarang kaum musyrikin menyakiti Nabi s.a.w. padahal dia sendiri menjauhkan diri dari ajaran Nabi. Maka penurunan ayat ini adalah sebagai penjelasan bahawa perbuatan seperti itu hanya akan memberi kecelakaan kepada dirinya sendiri tanpa disedarinya. (Diriwayatkan oleh al Hakim dan yang lainnya dari Ibnu Abbas) 
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa penurunan ayat ini (Surah al An'aam: 6: 26) adalah berkenaan dengan bapa saudara Nabi berjumlah sepuluh orang yang secara terang-terangan dekat kepada Nabi tetapi secara diam-diam mereka merupakan penghalang utamanya. Maka ayat ini menjelaskan bahawa perbuatan seperti ini hanya akan memberi kecelakaan kepada diri mereka sendiri tanpa disedari. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Abi Hilal) 

Surah al An'aam: 6: 33. Sesungguhnya Kami mengetahui Bahawa apa Yang mereka katakan itu akan menyebabkan Engkau (Wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah Engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang Yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Abu Jahal berkata kepada Nabi: "Kami bukan tidak mempercayaimu, akan tetapi kami tidak percaya akan apa yang kau bawa." Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al An'aam: 6: 33) sebagai penjelasan bahawa orang-orang seperti itu tidak perlu disesali kerana orang yang zalim sahaja yang akan menentang ayat-ayat Allah. (Diriwayatkan oleh at Tirmizi dan al Hakim dari Ali bin Abi Talib) 

Surah al An'aam: 51. dan berilah amaran Dengan Al-Quran itu kepada orang-orang Yang merasa takut Bahawa mereka akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (pada hari kiamat), (padahal) tiadalah bagi mereka Pelindung dan tidak juga pemberi syafaat Yang lain dari Allah, supaya mereka bertaqwa.

Surah al An'aam: 52. dan janganlah Engkau usir orang-orang Yang beribadat dan berdoa kepada Tuhan mereka pagi dan petang, sedang mereka menghendaki keredaanNya semata-mata. tiadalah Engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. maka (sekiranya) Engkau usir mereka, nescaya menjadilah Engkau dari orang-orang Yang zalim.

Surah al An'aam: 53. dan Demikianlah Kami uji sebahagian dari mereka (yang kaya raya) Dengan sebahagian Yang lain (yang fakir miskin); lalu orang-orang Yang kaya itu berkata (kepada orang-orang fakir miskin Yang beriman): "Inikah orang-orangnya Yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka di antara Kami? " (Allah berfirman): "Bukankah Allah lebih mengetahui akan orang-orang Yang bersyukur?"

Surah al An'aam: 54. dan apabila orang-orang Yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi dirinya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu Yang melakukan kejahatan Dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".

Surah al An'aam: 55. dan Demikianlah Kami terangkan ayat-ayat Al-Quran satu persatu (supaya jelas jalan Yang benar), dan supaya jelas pula jalan orang-orang Yang berdosa.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat ini (Surah al An'aam: 6:52-53) adalah berkenaan dengan enam orang, di antaranya termasuklah Saad bin Abi Waqas dan Abdullah bin Mas'ud. Kaum kafir Quraisy berkata kepada Nabi: "Usirlah mereka (enam orang yang hina itu) kerana kami malu menjadi pengikutmu disebabkan setaraf dengan mereka." Perkataan itu tidak menyenangkan Nabi. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al An'aam: 6: 52-53) sebagai larangan kepada kaum Mukminin daripada mengadakan penilaian martabat di antara sesama manusia. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan al Hakim dari Saad bin Abi Waqas) 
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa para pembesar Quraisy lalu di hadapan Nabi s.a.w. yang pada ketika itu Rasulullah sedang duduk bersama-sama dengan Khabab bin al Arat, Suhaib, Bilal dan Ammar. Mereka itu adalah hamba-hamba yang sudah dimerdekakan. Kemudian para pembesar tersebut berkata: "Hai Muhammad, apakah engkau rela duduk setaraf dengan mereka, adakah mereka itu telah diberi nikmat oleh Allah lebih daripada kami? Sekiranya engkau usir mereka, kami akan menjadi pengikutmu."Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al An'aam: 6: 51-55) yang melarang kaum Mukminin menilai martabat seseorang. Ini kerana sesungguhnya Allah yang paling mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur. (Diriwayatkan oleh Ahmad, atThabarani dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Mas'ud) 
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Uthbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah, Muthim bin Adi dan al Marts bin Naufal dari golongan para pembesar kafir Bani Abdi Manaf datang kepada Abu Talib dan berkata: "Jika anak saudaramu Muhammad mengusir hamba-hamba, kami akan merasa lebih bangga lagi serta kami akan lebih taat dan setia kepadanya."
Adapun hamba itu ialah Bilal dan Ammar bin Yasir, Salim maula kepada Abi Huzaifah, Salleh maula kepada Usaid, Ibnu Mas'ud, al Miqdad bin Abdillah, Waqid bin Abdillah al Hanzhali dan teman-temannya. Kemudian Abu Talib menyampaikan perkara tersebut kepada Nabi. Maka berkatalah Umar bin Khattab: "Sekiranya tuan melaksanakan permintaan mereka, kita lihat nanti apa yang mereka inginkan." Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al An'aam: 6: 51-53) sebagai perintah kepada Nabi Muhammad untuk menyampaikan wahyu yang melarang mengusir orang-orang yang beribadat kepada Allah dan melarang menilai darjat seseorang manusia kerana sesungguhnya Allah lebih mengetahui orang-orang yang bersyukur kepadaNya.
Setelah itu, Umar meminta maaf di atas ucapannya itu dan turunlah ayat seterusnya (Surah al An'aam: 6:54) sebagai jaminan mendapat keampunan dari Allah kepada orang-orang yang bertaubat akibat melakukan kesalahan kerana kejahilannya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah) 
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa al Aqra bin Habis dan Umaiyah bin Hishnin datang mengadap Rasulullah yang pada ketika itu di kelilingi oleh Shuhaib, Bilal, Ammar bin Yasir dan Khabab dari golongan kaum Mukminin yang dianggap hina. Mereka meminta kepada Nabi dengan sikap penghinaan agar dapat berbicara tanpa mereka semua. Dalam perbicaraan tersebut mereka menginginkan agar diadakan satu majlis khusus untuk menerima delegasi-delegasi pembesar bangsa Arab kerana mereka merasa malu apabila harus duduk bersama-sama orang yang dianggap hina oleh mereka.
Di samping itu juga, mereka mengusulkan agar diusir orang-orang yang hina itu jika pembesar-pembesar mereka datang dan membolehkan mereka kembali apabila majlis telah selesai. Kemudian Nabi membenarkannya.
Maka turunlah ayat ini (Surah al An'aam: 6:52). Ayat ini kemudiannya dibacakan kepada al Aqra dan temannya dengan disambung ayat yang berikutnya (Surah al An'aam: 6: 53).
Pada waktu itu Rasulullah s.a.w. duduk kembali bersama kaum Mukminin dan ketika al Aqra hendak pergi Rasulullah berdiri lalu meninggalkan kaum Mukminin. Maka turunlah ayat "washbirnaf saka ma'aaladzina yad'una rabbahum" hingga akhir ayat (Surah al Kahfi: 18: 28) yang menyuruh Nabi untuk tetap duduk bersama dengan kaum Mukminin yang dianggap hina oleh kaum zalim. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdan Ibnu Abi Hatim serta yang lainnya dari Khabbab)
Al Kahfi:28. dan Jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat Dengan orang-orang Yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, Yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah Engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana Engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah Engkau mematuhi orang Yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di Dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

KETERANGAN
Menurut pendapat Ibnu Katsir hadis ini adalah gharib kerana ayat ini adalah Makiyah, sedangkan al Aqra dan Uyaimah masuk Islam selepas hijrah.
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa pada suatu ketika terdapat orang-orang yang datang mengadap Nabi dengan berkata: "Kami telah melakukan dosa-dosa besar."
Kemudian Rasulullah tidak memberikan sebarang jawapan sehingga turunlah ayat ini (Surah al An'aam: 6: 54) sebagai penjelasan bahawa taubat orang yang melakukan dosa tanpa pengetahuan dan kemudian berbuat baik akan diampuni oleh Allah. (Diriwayatkan oleh al Faryabi dan Ibnu Abi Hatim dari Mahan) 

Surah al An'aam: 65. katakanlah: "Dia lah Yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu, atau ia menjadikan kamu bertentangan dan berpecah-belah - berpuak-puak, dan ia merasakan sebahagian daripada kamu akan perbuatan ganas dan kejam sebahagian Yang lain". perhatikanlah Bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan (yang menunjukkan kebesaran kami) Dengan berbagai cara, supaya mereka memahaminya.

SurahalAn'aam: 66. dan kaum Engkau (Wahai Muhammad) mendustakannya (Al-Quran), padahal ia adalah benar. katakanlah: "Aku bukanlah orang Yang ditugaskan menjaga urusan kamu, (aku hanya seorang Rasul Yang menyampaikan perintah-perintah Allah kepada kamu)".

Al An’aam:67. tiap-tiap khabar berita mempunyai masa Yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat ini (Surah al An'aam: 6:65) Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah kalian semua kembali kafir sesudah ketiadaanku dengan menimbulkan pertumpahan darah di antara kalian semua." Mereka menjawab:" Bagaimana mungkin terjadi padahal kami bersaksi tidak ada Tuhan kecuali Allah dan sesungguhnya Engkau adalah utusanNya." Berkatalah sebahagian yang lain: "Tidak mungkin terjadi perkara ini selama-selamanya kerana kami tetap Muslimin."
Maka turunlah ayat yang berikutnya (Surah al An'aam: 6: 65-67) sebagai peringatan bahawa perselisihan itu akan terjadi apabila ada segolongan orang yang mengaku Mukmin tetapi tidak melaksanakan sesuatu yang hak. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Zaid bin Aslam) 

Surah al An'aam: 82. orang-orang Yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka Dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang Yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang musyrik telah menyerang seorang Muslim lalu membunuhnya, kemudian menyerang Muslim lainnya dan membunuhnya pula, lalu menyerang yang lainnya lagi serta membunuhnya juga, kemudian dia bertanya kepada Nabi: "Apakah Islamnya diterima setelah melakukan perbuatan tadi?" Rasulullah menjawab: "Ya." Kemudian dia memukul kudanya dan menyerang pihak musuh Islam serta membunuh beberapa orang dan akhirnya dia sendiri yang terbunuh.
Menurut Bakar bin Sawadah, para sahabat menganggap bahawa ayat ini (Surah al An'aam: 6: 82) turun berkenaan dengan peristiwa orang tersebut dengan menjelaskan bahawa iman seseorang yang tidak dicampuri syirik dijamin keamanannya oleh Allah s.w.t. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ubaidillah bin Zuhr dari Bakar bin Sawadah) 

Al An’am:91. dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai Dengan penghormatan Yang sebenarnya ketika mereka berkata: "Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia". Bertanyalah (kepada kaum Yahudi Yang ingkar itu): "Siapakah Yang menurunkan Kitab (Taurat) Yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, Yang kamu jadikan Dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya) dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedang kamu pula diajarkan (dengan pengajaran-pengajaran Yang terkandung di dalamnya), Yang tidak diketahui oleh kamu (sebelum itu) dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?" Katakanlah (kepada mereka): "Allah jualah (yang menurunkannya)", Kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main Dalam kesesatannya.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang pendeta gemuk dari kaum Yahudi yang bernama Malik bin as Shaif mengajak Nabi bertengkar. Kemudian Nabi bersabda kepadanya: "Terangkanlah kepada kami dengan sungguh-sungguh demi Allah yang telah menurunkan kitab Taurat kepada Musa, apakah kamu dapati di dalam Taurat bahawa Allah benci kepada pendeta yang gemuk?" Maka marahlah dia lalu berkata: "Tidak, Allah tidak menurunkan apa-apa kepada manusia." Kemudian kawan-kawannya berkata: "Celaka kamu! Apakah Allah tidak menurunkan apa-apa kepada Musa?"
Maka turunlah ayat ini (Surah al An'aam: 6: 91) sebagai teguran kepada orang-orang yang menyembunyikan sebahagian dari apa yang diturunkan Allah kepada para Nabi dan Rasul. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Saad bin Jubair. Hadis ini mursal)  surah al an'aam (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarirdari Ikrimah) (Hadis seperti peristiwa ini juga telah dikemukakan dalam menerangkan sebab turunnya ayat ini {Surah an Nisaa': 4:163})
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa seorang Yahudi berkata: "Demi Allah, Allah tidak menurunkan kitab dari langit." Maka turunlah ayat ini (Surah al An'aam: 6:91) sebagai bantahan terhadap orang-orang yang mengingkari turunnya Kitab Suci. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abi Thalhah dari Ibnu Abbas 

Al An’am:93. dan siapakah Yang lebih zalim daripada orang Yang mereka-reka perkara Yang dusta terhadap Allah, atau orang Yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyu pun kepadanya; dan orang Yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa Yang diturunkan Allah". dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang zalim itu Dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas Dengan azab seksa Yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa Yang telah kamu katakan terhadap Allah Dengan tidak benar, dan kamu pula (Menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat "waman adhlamu mim maniftara 'alallahi kadziban, au qala uhiya ilayya walam yuha ilaihi syaiun (Surah al An'aam: 6:93) turun berkenaan dengan Musailamatul Kazzab iaitu dia mengaku dirinya seorang nabi dan menerima wahyu.
Ayat yang berikutnya "wa man qala sa unzilu mitsla ma anzalallah" turun berkenaan dengan Abdullah bin Saad bin Abi Sarh yang pernah menulis perkataan yang berbeza dengan apa yang telah dibaca Nabi kepadanya. Nabi membaca "azizun hakim" dia menulis "ghafurur rahim."
Kemudian Nabi mengulang kembali membaca perkataan tersebut tetapi dia membantah dengan mengatakan sama sahaja. Akhirnya dia menjadi murtad dari agama Islam dan mengikut kaum kafir Quraisy.
Penurunan ayat ini adalah untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang memalsukan wahyu Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ikrimah) 
Dalam riwayat lain ada dikemukakan penambahan bagi hadis di atas, dengan Musailamah berkata: "Jika Muhammad diberi wahyu, maka saya pun telah diberi wahyu, dan jika Allah menurunkan kepadanya maka kepada aku pun diturunkan juga." Manakala Abdullah bin Said bin Abi Sarh pun berkata: "Jika Muhammad berkata "Samian 'Alima, maka saya pun boleh berkata: "Aliman hakima. " (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari as Suddi)

Surah al An'aam: 94. dan Demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) Dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa Yang telah Kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong Yang kamu anggap dan sifatkan Bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah Dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa Yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Nadhr bin al Harts berkata: "Lata dan Uzza yang akan memberi syafaat kepadaku. "
Maka turunlah ayat ini (Surah al An'aam: 6: 94) sehingga "syuraka" sebagai keterangan bahawa di hari akhirat manusia akan menemui Tuhan tanpa mendapat bantuan dari sesiapa pun termasuk apa-apa yang mereka banggakan sebagai Tuhan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdan yang lainnya dari Ikrimah) 
"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka semban yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu la menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." (SurahalAn'aam:6:108) 
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum Muslimin pada waktu itu suka mencaci berhala kaum Kafir sehingga kaum Kafir itu mencaci Allah.
Maka Allah menurunkan ayat di atas sebagai larangan kepada kaum Muslimin mencaci apa yang disembah oleh kaum kafir. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak dari Ma'mar dari Qatadah) 

Surah al An'aam: 109. dan mereka pula bersumpah Dengan nama Allah, Dengan menegaskan sumpah mereka bersungguh-sungguh, Bahawa Sesungguhnya jika datang kepada mereka sesuatu mukjizat (sebagaimana Yang mereka minta itu), tentulah mereka akan beriman kepadaNya. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Bahawa soal mendatangkan mukjizat-mukjizat itu hanyalah Allah Yang menentukannya, dan kamu tidak menyedari (Wahai orang-orang Islam), Bahawa apabila mukjizat-mukjizat (yang mereka minta) itu datang, mereka juga tidak akan beriman.

Surah al An'aam: 110. dan Kami palingkan hati mereka dan pemandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak (mahu) beriman kepada (ayat-ayat Kami ketika datang kepada mereka) pada awal mulanya, dan Kami biarkan mereka meraba-raba di Dalam kesesatannya Dengan bingung.

SurahalAn'aam:6: 111)111. dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang Yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata Dengan mereka, dan Kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Yang sebenar).

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa orang-orang Quraisy berkata kepada Rasulullah: "Hai Muhammad! Engkau telah menceritakan kepada kami mukjizat para Rasul, bahawa Musa mempunyai tongkat dan dengan tongkat itu dia memukul batu sehingga keluar air dan Isa dapat menghidupkan yang mati serta Salleh diberi unta untuk menguji kaum Thamud. Oleh itu datangkanlah kepada kami mukjizatmu agar kami percaya kepadamu. "
Kemudian Rasulullah bersabda: "Apakah yang kalian semua inginkan?" Mereka menjawab: "Jadikanlah gunung Safa itu sebagai emas." Kemudian Nabi bersabda: "Jika aku telah laksanakan permintaan itu apakah kalian semua akan percaya kepadaku?" Mereka menjawab: "Demi Allah, kami akan taat."
Berdirilah Rasulullah berdoa kepada Allah sehingga datang Jibril berkata: "Jika engkau menghendakinya pasti akan menjadi emas, tetapi jika mereka tidak percaya pasti Allah akan menyeksa mereka. Oleh itu lebih baik kau biarkan sahaja mereka sehingga bertaubat orang yang ingin bertaubat. "
Kemudian Allah menurunkan ayat ini (Surah al An'aam: 109-111 ) sebagai penjelasan bahawa walau apapun mukjizat yang didatangkan Allah kepada mereka, mereka tetap tidak akan beriman. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Muhammad bin Kaab ad Qurazhi) 

Surah al An'aam: 118. maka makanlah dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatNya.

Al An’am:119. dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa Yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa Yang kamu terpaksa memakannya? dan Sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan Dengan hawa nafsu mereka Dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang melampaui batas.

Al An’am:120. dan tinggalkanlah kamu dosa Yang nyata dan Yang tersembunyi. kerana Sesungguhnya orang-orang Yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas Dengan apa Yang mereka telah lakukan.

Al An’am:121. dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) Yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana Sesungguhnya Yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan Yang haram itu), Sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat orang-orang yang datang mengadap Rasulullah dan berkata: "Ya Rasulullah! Mengapa kita boleh makan sesuatu yang kita sembelih dan dilarang makan sesuatu yang dimatikan oleh Allah?" Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al An'aam: 6: 118-121) sebagai penjelasan bahawa sesuatu yang halal dimakan ialah sembelihan yang pada ketika menyembelihnya dibaca "Bismillah." (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi dari Ibnu Abbas) 
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa firman Allah "Wainnasy syayathina layuhuna ila auliya ihim liyujadilukum"da\am ayat ini (Surah al An'aam: 6:121) turun berkenaan dengan ucapan kaum musyrikin yang bertanya: "Mengapa kalian semua tidak makan apa yang dimatikan oleh Allah dan kalian semua hanya makan apa yang kalian semua sembelih sahaja." Maka penurunan ayat ini adalah sebagai peringatan kepada kaum Mukminin supaya tidak mengikut ajakan syaitan. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, al Hakim dan yang lainnya dari Ibnu Abbas) 
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika turun firman Allah "wala takkulu mimma lam yudzkarismullah alaihi" (Surah al An'aam: 6: 121) seorang penunggang kuda telah diutuskan untuk menghasut kaum Quraisy supaya menentang Muhammad tentang sembelihan haiwan. Mereka mempersoalkan mengapa sesuatu yang disembelih dengan pisau oleh manusia halal dimakan sedangkan yang dimatikan Allah itu haram dimakan. Maka turunlah ayat yang seterusnya. Hadis ini menerangkan bahawa maksud as "Syayatin" dalam ayat ini ialah penunggang kuda sedangkan maksud "auliyauhum" itu ialah kaum Quraisy. (Diriwayatkan oleh at Thabarani dan yang lainnya dari Ibnu Abbas) 

Surahal An'aam: 122. dan Adakah orang Yang mati (hatinya Dengan kufur), kemudian Kami hidupkan Dia semula (dengan hidayah petunjuk), dan Kami jadikan baginya cahaya (iman) Yang menerangi (sehingga dapatlah ia membezakan antara Yang benar Dengan Yang salah, dan dapatlah) ia berjalan Dengan suluhan cahaya itu Dalam masyarakat manusia, (adakah orang Yang demikian keadaannya) sama seperti Yang tinggal tetap di Dalam gelap-gelita (kufur), Yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? Demikianlah (sebagaimana iman itu diperlihatkan keelokannya kepada orang-orang Yang beriman), diperlihatkan pula pada pandangan orang-orang Yang kafir itu akan keelokan apa Yang mereka telah lakukan (dari perbuatan kufur dan Segala jenis maksiat).

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat ini (Surah al An'aam: 6: 122) adalah berkenaan dengan Umar dan Abu Jahal. [Dalam sejarah ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berdoa: "Wahai Tuhan kami, semoga Islam berjaya dengan sebab salah seorang di antara dua Umar iaitu Umar bin Khattab atau Amr bin Hisyam {Abu Jahal}." Ternyata Umar bin Khattab yang masuk Is¬lam dan dialah yang dimaksudkan dengan "orang yang tadinya mati kemudian dihidupkan" dan Amr bin Hisyam yang dimaksudkan dengan "orang yang tetap berada dalam kegelapan."] surah al an'aam (Diriwayatkan oleh Abu Syaikh dari Ibnu Abbas) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarirdari ad Dlahhaq) 

Surah al An'aam: 141. dan Dia lah (Allah) Yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun Yang menjalar tanamannya dan Yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman Yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, Yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua Yang kamu makan atau belanjakan); Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampau.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat orang-orang yang mendapat hasil penuaian yang banyak tetapi tidak mengeluarkan zakat dan hidup berfoya-foya. Maka turunlah ayat di atas sebagai perintah untuk mengeluarkan zakatdari hasil penuaian. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abi Aliah) 
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini turun berkenaan dengan Thabit bin Qais bin Syammas yang menuai buah kurma, kemudian mereka berpesta-pesta sehingga pada petang harinya tidak ada sebiji buah kurma pun yang tinggal di rumahnya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Juraij)

No comments:

Post a Comment