Thursday, July 25, 2013

Surah 'Abasa

"Ia memasamkan muka dan berpaling." (Surah'Abasa: 80:1)

"Kerana ia didatangi orang buta." (Surah 'Abasa: 80: 2)

"Dan apa jalannya yang engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barang kali ia mahu membersih hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)!" (Surah 'Abasa: 80: 3)

"Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu member! manfaat kepadanya." (Surah 'Abasa: 80:4) 

"Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran al Quran)." (Surah 'Abasa: 80: 5)

"Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya." (Surah 'Abasa: 80: 6)

"Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya)." (Surah 'Abasa: 80: 7) 

"Adapun orang yang segera datang kepadamu." (Surah 'Abasa: 80: 8)

"Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah)." (Surah 'Abasa: 80: 9) 

"Maka engkau berlengah-lengah melayaninya." (Surah'Abasa: 80:10)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa firman Allah dalam ayat ini (Surah 'Abasa: 80:1) turun adalah berhubung dengan kisah Ibnu Ummi Maktum iaitu seorang yang buta datang kepada Rasulullah lalu berkata: "Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah." 

Pada masa itu Rasulullah sedang sibuk menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap menghadapi para pembesar tersebut. Kemudian Ummi Maktum berkata: "Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?" Rasulullah menjawab: "Tidak." Maka penurunan ayat ini (Surah 'Abasa: 80: 1-10) adalah sebagai teguran di atas perbuatan Rasulullah. (Diriwayatkan oleh at Tlmnizi dan al Hakim dari Aisyah) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Ya'la dari Anas)

"Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya?" (Surah 'Abasa: 80: 17)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berhubung dengan kisah Uthbah bin Abi Lahab yang berkata: "Aku kufur terhadap Tuhan Bintang."

Maka ayat ini menjelaskan bahawa manusia akan celaka kerana kekufurannya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Ikrimah)


No comments:

Post a Comment