Tuesday, July 30, 2013

SURAH AT THAARIQ


فَلْيَنظُرِ الْإِنسَانُ مِمَّ خُلِقَ
"(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan dari apa ia diciptakan." (Surah ath Thaariq: 86: 5)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan kisah Abil Asad yang berdiri di atas kulit yang disamak sambil berkata dengan sombong: "Hai golongan Quraisy, barangsiapa yang boleh memindahkan aku dari kulit ini aku akan beri hadiah kepadanya." Seterusnya dia berkata: "Muhammad menganggap bahawa penjaga pintu jahannam itu berjumlah sembilan belas. Aku sendiri sanggup mewakili kalian semua untuk mengalahkan yang sepuluh dan kalian semua mengalahkan yang sembilan lagi."

Maka ayat di atas turun adalah sebagai sindiran terhadap perbuatan mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah)


No comments:

Post a Comment