وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang
(dalam timbangan dan sukatan)." (Surah al Muthaffifiin: 83: 1)
الَّذِينَ إِذَا اكْتَالُوا عَلَى النَّاسِ يَسْتَوْفُونَ
"laitu mereka yang apabila menerima sukatan
(gantang-cupak) Odari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. " (Surah
al Muthaffifiin: 83: 2)
وَإِذَا كَالُوهُمْ أَو وَّزَنُوهُمْ يُخْسِرُونَ
"Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau
menimbang untuk orang lain, mereka kurangi." (Surah al Muthaffifiin: 83: 3)
Dalam suatu riwayat
ada dikemukakan bahawa ketiki Rasulullah sampai ke Madinah, baginda mengetahui
bahawa orang-orang Madinah melakukan penipuan di dalam sukatan dan timbangan. Maka
Allah menurunkan ayat di atas sabagai ancaman kepada orang-orang yang melakukan
penipuan dalam sukatan dan timbangan.
Selepas penurunan ayat ini orang-orang Madinah
termasuk di dalam golongan orang yang jujur di dalam menyukat dan menimbang. (Diriwayatkan
oleh an Nasa'i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas)
No comments:
Post a Comment