Tuesday, July 30, 2013

SURAH AL ZALZALAH

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (Surah al Zalzalah: 99: 7)

"Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" (Surah al Zalzalah: 99: 8)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat: "Wa yuth'imunanath tha'ama 'ala hubbihin miskinan wa yatimaw waasira" (Surah al Insaan: 76: 8) kaum Muslimin menganggap bahawa orang yang kurang sedekahnya tidak akan memperolehi pahala. Di samping itu juga mereka menganggap bahawa orang yang berbuat dosa kecil seperti bohong, mengumpat adalah tidak tercela serta menganggap ancaman api neraka dari Allah hanya disediakan bagi orang yang melakukan dosa besar.

Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Zalzalah: 99:7-8) sebagai bantahan terhadap anggapan mereka itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair)


No comments:

Post a Comment