"Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan
kedengaran kencang nafasnya." (Surah al 'Aadiyaat: 100:1)
"Serta mencetuskan api dari telapak
kakinya." (Surah al 'Aadiyaat: 100: 2)
"Dan meluru menyerbu musuh pada waktu
subuh." (Surah al 'Aadiyaat: 100: 3)
"Sehingga menghamburkan debu pada waktu
itu." (Surah al 'Aadiyaat: 100:4)
"Lalu menggembur ketika itu di tengah-tengah
kumpulan musuh." (Surah al 'Aadiyaat: 100: 5)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah
s.a.w. telah mengutus sepasukan tentera berkuda. Akan tetapi baginda tidak
mendengar khabar berita daripada mereka selama sebulan lamanya. Maka turunlah
ayat di atas sebagai pemberitahuan tentang pasukan tersebut yang sedang
bertempur melawan musuh dan juga menceritakan tentang kepahlawanan mereka. (Diriwayatkan
oleh al Bazzar, Ibnu Abi Hatim dan al Hakim dari Ibnu Abbas)
No comments:
Post a Comment