Wednesday, July 24, 2013

Surah al Qiyammah

"Janganlah engkau (wahai Muhammad) kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu rnenggerakkan lidahmu membacartya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). " (Surah al Qiyaamah: 75: 16)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa apabila Allah menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w., baginda dengan segera rnenggerakkan lidahnya kerana ingin cepat menghafal wahyu tersebut. Maka Allah menurunkan ayat di atas sebagai petunjuk di dalam menerima ajaran dari Allah. (K. Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Ibnu Abbas) 

"(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat!" (Surah al Qiyaamah: 75: 34)

"Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, tebih layak." (Surah al Qiyaamah: 75: 35)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turunnya ayat "alaiha tia'ata "asyara" (Surah al Muddatstsir: 74: 30) Abu Jahal berkata kepada kaum Quraisy: "Mengapa kalian semua begitu murung kerana mendengar ucapan Ibnu Abi Kabsyah (Muhammad) bahawa penjaga neraka itu ada sembilan betas, padahal kalian semua adalah dalam jumlah yang ramai. Apakah sepuluh orang dari kalian semua tidak mampu mengalahkan seorang penjaga jahannam itu?"

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Rasulnya untuk datang dan berkata kepada Abu Jahal: Aula laka fa aula, thumma aulalaka fa aula" (Surah al Qiyaamah: 75: 34-35) sebagai peringatan bahawa kehancuran kepada kekuasaanya hampir tiba. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari al Ufi dari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Said bin Jubair bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai firman Allah yang berbunyi: "Aula laka fa aula" (Surah al Qiyaamah: 75: 34). Apakah ia hanya ucapan Rasulullah sendiri atau perintah dari Allah?" Ibnu Abbas menjawab: "Itu adalah sabda baginda. "Kemudian Allah menurunkan ayat ini (Surah al Qiyaamah: 75: 34). (K. Diriwayatkan oleh an Nasa'i dari Said bin Jubair)

No comments:

Post a Comment