Wednesday, July 24, 2013

Surah al Muzammil

Wahai orang Yang berselimut!. (Surah al Muzammil:1)

bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (Surah al Muzammil:2)

Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (Surah al Muzammil:3)

ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil". (Surah al Muzammil:4)

Sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya Engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang Yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah Yang terdahulu); padahal Allah jualah Yang menentukan Dengan tepat kadar masa malam dan siang. ia mengetahui Bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira Dengan tepat kadar masa itu, lalu ia menarik balik perintahNya Yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana Yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). ia juga mengetahui Bahawa akan ada di antara kamu orang-orang Yang sakit; dan Yang lainnya orang-orang Yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan Yang lainnya lagi orang-orang Yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamanya). maka bacalah mana-mana Yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (ikhlas). dan (ingatlah), apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan Yang sebaik-baiknya dan Yang amat besar pahalaNya. dan mintalah ampun kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al Muzammil:20)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika kaum Quraisy berkumpul di gedung Darul Nadwah, mereka berkata sesama mereka: "Mari kita carikan nama bagi Muhammad yang cepat dan mudah dikenali oleh orang ramai." Mereka berkata: "Kahin (Dukun)" Sebahagian daripada mereka menjawab: "Dia bukan dukun." Sebahagian lagi berkata: "Majnun (orang gila)." Sebahagian daripada mereka menjawab pula: "Dia bukan gila." Terdapat sebahagian lagi yang mengatakan: "Sahir (tukang sihir?." Kemudian sebahagian daripada mereka menjawab pula: "Dia bukan tukang sihir."

Kejadian ini akhirnya sampai ke pengetahuan Nabi s.a.w. sehingga baginda menyembunyikan diri dengan berselimut dan berkurung. Maka datanglah Jibril menyampaikan wahyu kepadanya: "Ya ayyuhalmuzzammil."(Surah al Muzzammil: 73:1) dan "Ya ayyuhal muddatstsir."(Surah al Muddatstsir: 74:1) (Diriwayatkan oleh al Bazzar dan at Thabarani dengan sanad yang lemah dari Jabir)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Muzzammil: 73: 1) turun di saat Nabi s.a.w. berselimut dengan lihat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibrahim an Nakhai)

Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa setelah turunnya ayat ini (Surah al Muzzammil: 73:1-4) yang memerintahkan kepada kaum Muslimin agar bangun pada sepertiga malam untuk mengerjakan amal ibadat pada setiap malam. Maka, mereka melaksanakannya dengan tekun sehingga perkara ini berterusan selama setahun dan mengakibatkan kaki mereka bengkak-bengkak.

Maka turunlah ayat yang berikutnya (Surah al Muzzammil: 73: 20) yang memberi keringanan untuk bangun malam dan memendekkan bacaan. (K. Diriwayatkan oleh al Hakim dari Aisyah) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas dan perawi lain seperti itu)


No comments:

Post a Comment