Wednesday, July 24, 2013

Surah al Insaan

"(Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan." (Surah al Insaan: 76: 8)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa perkataan "asiera" dalam ayat di atas itu bermaksud tawanan kaum musyrikin yang diseksa. Ini kerana Rasulullah tidak mungkin mempunyai tawanan dari kalangan kaum Muslimin. Penurunan ayat di atas adalah sebagai perintah kepada kaum Muslimin untuk memberi layanan yang baik kepada tawanan dan memberi makanan yang disukainya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari Ibnu Jarir)
"Dan apabila engkau melihat di sana (dalam syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada tolok bandingnya)."
(Surah al Insaan: 76: 20)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Umar bin Khattab datang mengadap Rasulullah s.a.w. yang kebetulan pada masa itu sedang tidur di atas tikar yang diperbuat dari pelepah kurma sehingga bekasnya kelihatan pada badan Rasulullah, maka Umar menangis melihat kejadian tersebut. Kemudian baginda bersabda: "Mengapa engkau menangis?" Umar menjawab: "Tuan telah menceritakan kemegahan Kisra dan kerajaannya, Hurmuz dengan kerajaannya dan Raja Habsyah dengan kerajaannya sedangkan Tuan sendiri ya Rasulullah tidur di atas tikar yang diperbuat dari pelepah kurma." Rasulullah bersabda lagi: "Apakah engkau tidak redha dunia bagi mereka dan bagi kita adalah akhirat. "

Maka turunlah ayat ini (Surah al Insaan: 76: 20) berhubung dengan peristiwa tersebut yang menjanjikan kenikmatan pada hari akhirat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Ikrimah)

"Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar. " (Surah al Insaan: 76: 24)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Qatadah mendengar berita bahawa Abu Jahal berkata: "Jika aku melihat Muhammad sedang sembahyang, aku akan patahkan tengkuknya. " Berhubung dengan peristiwa tersebut Allah telah menurunkan ayat di atas sebagai peringatan supaya tidak memperdulikan apa yang diucapkan oleh orang kafir. (K. Diriwayatkan oleh Abdul Razak, Ibnu Jarirdan Ibnu Munzirdari Qatadah)

2 comments: