ALI 'IMRAN
Alif, Laam, Miim. " (SurahAli'lmran:3:
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. " (Surah Ali 'Imran: 3: 2)
"la menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (al Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan la juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. " (Surah Ali 'Imran: 3: 3)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan beberapa ayat dari surah Ali 'Imran iaitu di antara ayat 1 hingga ayat 80 adalah sebagai penjelasan yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. di atas kedatangan kaum Nasara yang mempersoalkan tentang Nabi Isa. [Kaum Nasara menganggap bahawa Nabi Isa adalah lebih mulia daripada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu mereka tidak mempercayai Muhammad adalah sebagai Rasul.] (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari ar Rabi)
KETERANGAN
Menurut riwayat Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Sahl bin Abi Umamah, sesungguhnya kaum yang datang mengadap Rasulullah s.a.w. itu adalah kaum Nasara Najran. Demikian juga menurut riwayat al Baihaqi di dalam kitab ad Dalail.
"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari Kiamat) ke dalam Neraka Jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan. " (SurahAli'lmran:3:12)
"Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang Islam) berperang pada jalan Allah (kerana mempertahankan agama Allah), dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)." (SurahAli'lmran:3:13)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika kaum Muslimin berjaya mengalahkan kaum Quraisy dalam perang Badar, mereka kembali ke Madinah dan Nabi mengumpulkan orang-orang Yahudi di pasar Bani Qainuqa lalu bersabda: "Wahaikaum Yahudi! Masuklah Islam sebelum Allah menimpakan ke atas kalian apa yang telah dialami oleh kaum Quraisy." Mereka menjawab: "Hai Muhammad! Janganlah engkau tertipu oleh dirimu sendiri di atas kemenangan terhadap kaum Quraisy yang bodoh dan tidak mengetahui strategi. Demi Allah, sekiranya engkau berperang dengan kami, engkau akan tahu bahawa kami adalah pahlawan yang hebat."
Maka turunlah kedua ayat di atas sebagai penjelasan bahawa kemampuan umat Islam dalam mengalahkan mereka adalah dengan pertolongan Allah s.w.t. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam sunannya, al Baihaqi dalam ad Dalail dari Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa seorang Yahudi yang bernama Fanhas telah berkata pada masa perang Badar: "Muhammad tidak akan tertipu oleh kemenangannya terhadap kaum Quraisy kerana Kaum Quraisy memang tidak pandai berperang."
Maka turunlah kedua ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 12-13) sebagai penerangan bahawa umat Islam akan mendapat kemenangan dengan pertolongan Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Ikrimah)
"Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad ) terhadap sikap orang (Yahudi ) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul ) diantara mereka. Alih-alih satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu)." (Surah Ali 'Imran: 3: 23)
"Yang demikian disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung. " Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam agama mereka, oleh dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan. " (Surah Ali 'Imran: 3: 24)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. datang ke tempat pengajian kitab Taurat kaum Yahudi untuk mengajak mereka kembali kepada Allah. Berkatalah Nuaim bin Amr dan al Harts bin Zaid: "Apakah agama yang kau anuti, hai Muhammad?" Baginda menjawab: "Aku pengikut agama Ibrahim." Mereka berkata lagi: "Ibrahim itu adalah Yahudi." Maka Rasulullah menjawab lagi: "Kalau begitu marilah kita bersatu dan kembali kepada Taurat yang sebenarnya." Akan tetapi kedua orang itu menolak untuk kembali kepada Taurat.
Oleh itu, penurunan kedua ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 23-24) adalah sebagai penjelasan bahawa mereka tidak akan kembali kepada Taurat walaupun diajak kerana tertipu oleh pemimpin-pemimpin mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Munzir dari Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (SurahAli'lmran:3:26)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. memohon kepada Allah s.w.t. agar Raja Rom dan Persia menjadi umatnya. Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 26) sebagai tuntutan dalam berdoa mengenai perkara ini. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Qatadah)
"Janganlah orang yang beriman mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. " (Surah Ali 'Imran: 3: 28)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa al Hajjaj bin Amr yang mewakili pemimpin-pemimpin Yahudi iaitu Kaab bin al Asyraf dan Ibnu Abil Haqiq serta Qais bin Zaid telah memikat segolongan kaum Ansar untuk memalingkan mereka dari agama Islam. Oleh itu, Rifa'ah bin al Munzir, Abdullah bin Jubairdan Saad bin Hathamah telah memberi peringatan kepada orang-orang Ansar tersebut dengan berkata: "Berhati-hatilah kalian dengan pujukan mereka dan janganlah berpaling dari agama kalian. " Akan tetapi mereka menolak peringatan tersebut. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 28) sebagai peringatan untuk tidak menjadikan orang-orang kafir sebagai pelindung kepada orang Mukminin. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. " (Surah Ali 'Imran: 3: 31)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat suatu kaum pada zaman Nabi s.a.w. yang berkata: "Demi Allah hai Muhammad! Sesungguhnya kami benar-benar yakin dan cinta kepada Tuhan kami." Maka Allah menurunkan ayat di atas sebagai tuntutan bagaimana seharusnya mencintai Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari al Hasan)
"Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang Kami membacakannya kepadamu (Wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dari al Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara)" (Surah Ali 'Imran: 3: 58)
"Sesungguhnya perbandingan (kejadian) Nabi 'Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Nabi Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" maka menjadilah ia. " (Surah Ali 'Imran: 3: 59)
"Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Makajangan sekali-kali engkau menjadi dari orang yang ragu-ragu. " (Surah Ali 'Imran: 3: 60)
"Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta." (Surah Ali'Imran: 3: 61)
"Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar, dan tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah; dan (ingatlah), Sesungguhnya Allah Dialah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."(Surah Ali'Imran: 3: 62)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat dua orang rahib (Pastur) dari Naj'ran datang mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Siapakah bapa Isa? Akan tetapi Rasulullah s.a.w. tidak segera menjawab pertanyaan tersebut sebelum mendapat petunjuk dari Allah.
Maka penurunan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 58-60) adalah sebagai penjelasan tentang siapakah Nabi Isa yang sebenarnya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari al Hasan)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa sekumpulan Kaum Nasara Najran yang diketuai oleh pemimpin dan wakilnya datang mengadap Rasulullah dan berkata: "Mengapa tuan menyebut sahabat kami?" Nabi menjawab: "Siapakah dia?" Mereka berkata lagi: "Isa yang tuan anggap sebagai hamba Allah." Maka Nabi menjawab: "Benar." Mereka berkata lagi: "Apakah tuan tahu mengenai Isa atau diberitahu tentang dia?"
Kemudian mereka keluar dan tidak lama selepas itu datanglah Jibril menyampaikan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 59-60) yang menerangkan tentang adanya manusia seperti Isa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari al Ufi dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain juga ada dikemukakan bahawa sebelum turunnya ayat ini (Surah an Naml: 27: 31), Rasulullah s.a.w. menulis surat kepada orang Najran seperti berikut: "Dengan nama Tuhan Ibrahim, Ishaq dan Yaakub dari Muhammad Nabi Allah" sehingga ke pengakhiran hadis. Seterusnya dalam hadis itu ada dikemukakan bahawa kaum Najran telah mengutus Syarahbil bin Wada'ah al Hamdani dan Abdullah bin Syarahbil al Ashbani serta Jabbar al Hartsi untuk mengadap Rasulullah s.a.w.
Maka terjadilah dialog di antara mereka. Akan tetapi ada satu masalah yang masih tertunda iaitu pertanyaan mereka yang berbunyi: "Bagaimana pendapat tuan tentang Isa?" Nabi menjawab: "Belum ada isyarat kepadaku tentang perkara ini, tetapi cubalah kalian bermalam di sini sampai keesokan hari agar aku dapat terangkan mengenai perkara ini. Pada keesokan harinya turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:59-62) yang menerangkan siapakah Isa yang sebenarnya. (K. Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam kitab ad Dalail dari Salamah bin Abi Yasyu dari bapanya dari datuknya)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika pendeta Najran dan wakilnya datang mengadap Nabi s.a.w, baginda menjelaskan kepada kaduanya tentang Islam. Mereka berkata: "Kami sudah terlebih dahulu masuk Islam sebelum tuan." Kemudian Nabi bersabda: "Sesungguhnya kalian telah berdusta kerana ada tiga perkara yang menghalangi kalian daripada masuk Islam iaitu:
1. Kalian mengatakan bahawa Tuhan mempunyai anak.
2. Kalian makan daging babi.
3. Kalian tunduk sujud kepada patung."
Selepas itu kedua orang tersebut bertanya: "Kalau begitu siapakah bapa Isa." Pada waktu itu Rasulullah tidak mengetahui bagaimana harus menjawab soalan tersebut. Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 59-62) sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut.
Kemudian Rasulullah s.a.w. mengajak mereka mengadakan mula'anah iaitu bersumpah akan dilaknat oleh Allah apabila ucapannya tidak benar. Akan tetapi mereka menolak dan memilih untuk membayar jizyah. Selepas itu mereka kembali semula ke tempat mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Saad dalam kitab at Thabaqat dari al Azraq bin Qais)
"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani mempertengkarkan tentang (agama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?" (Surah Ali'Imran: 3: 65)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum Nasara Najran dan paderi-paderi kaum Yahudi berkumpul, berbincang dan bertengkar di hadapan Rasulullah. Berkatalah paderi-paderi Yahudi: "Sesungguhnya Ibrahim itu Yahudi." Sebaliknya kaum Nasara berkata: "Ibrahim itu adalah Nasara."
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 65) sebagai teguran di atas perkara yang mereka pertengkarkan itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dengan sanadnya yang berulang-ulang dari Ibnu Abbas)
"Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu campuradukkan yang benar dengan yang salah, dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?" (Surah Ali'Imran: 3: 71)
"Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada al Quran yang diturunkan kepada orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula." (Surah Ali 'Imran: 3: 72)
"Dan (Mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang yang mengikut agama kamu." Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar-benarnya ialah petunjuk Allah." (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujjah kamu disisi Tuhan kamu. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah ditangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuannya." (Surah Ali 'Imran: 3: 73)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Abdullah bin as Shaif, Adi bin Zaid dan al Harts bin Auf mengadakan perjanjian untuk beriman pada pagi hari dan kufur pada petang hari dengan apa yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad dan kemudian diikuti oleh sahabat-sahabatnya. Perbuatan ini dilakukan dengan harapan semoga orang Islam dapat mencontohi mereka sehinggalah mereka menjadi murtad.
Maka Allah menurunkan ketiga-tiga ayat ini untuk memberi peringatan kepada umat Islam agarjangan mencampur adukkan di antara perkara hak dengan yang batil. (Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa pendeta-pendeta Yahudi melarang pangikutnya untuk percaya kepada orang yang tidak menurut agamanya. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 73) untuk menerangkan bahawa petunjuk Allah adalah petunjuk yang sebenarnya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari as Suddi dari Abi Malik)
"Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji kepada Allah dan mencabuli sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. "(Surah Ali 'Imran: 3: 77)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa al Asy'ats mengadu kepada Rasulullah kerana tanah miliknya direbut oleh seorang Yahudi. Nabi bersabda kepada ai Asy'ats: "Apakah engkau mempunyai bukti?" Asy'ats menjawab: Tidak." Kemudian Nabi bersabda: "Bersumpalah engkau!"AI Asy'ats berkata: "Kalau begitu aku berani bersumpah, dan akan hilang hartaku."
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 77) sebagai peringatan kepada orang yang hendak melakukan sumpah palsu. (Diriwayatkan oleh as Syaikhani dan yang lainnya dari al Asy'ats)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ada seorang yang berdagang di pasar dan menjual barang dagangannya. Kemudian dia bersumpah dengan nama Allah bahawa barangnya telah diserahkan kepada si pembeli, padahal dia belum memberikannya lagi. Perbuatan ini dilakukan kepada orang-orang Islam.
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 77) sebagai peringatan kepada orang yang melakukan sumpah palsu. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Abduilah bin Abi Aufa)
KETERANGAN
Menurut pendapat al Hafiz Ibnu Hajar dalam syarah Bukhari, kedua hadis yang disebutkan di atas adalah tidak bertentangan. Oleh itu penurunan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 77) boleh dikatakan berkenaan dengan kedua peristiwa tersebut.
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:77) turun adalah berkenaan dengan kisah kaum Yahudi di antaranya ialah Hay bin Akhtab dan Kaab bin al Asyraf dan selainnya yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah di dalam taurat dan menggantikannya. Kemudian mereka bersumpah bahawa apa yang mereka kemukakan itu adalah dari Allah Subhanahu wa Taala. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ikrimah)
KETERANGAN
Menurut pendapat al Hafiz Ibnu Hajar, ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 77) diturunkan mungkin kerana beberapa sebab. Akan tetapi yang sebaiknya diikuti adalah berpandukan apa yang terkandung di dalam kitab Sahih.
"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian la tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah." Tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya." (Surah Ali 'Imran: 3: 79) [79. tidaklah patut bagi seseorang manusia Yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Yang menyembahku Dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". tetapi (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala - Dengan ilmu dan amal Yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.]
"Dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?" (Surah Ali 'Imran: 3: 80)[80. dan ia tidak pula patut menyuruh kamu menjadikan malaikat dan Nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan. Patutkah ia menyuruh kamu Dengan kekufuran sesudah kamu menjadi orang Islam?]
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika pendeta-pendeta kaum Yahudi dan Nasara Najran berkumpul di hadapan Nabi, baginda telah mengajak mereka untuk memeluk Islam. Berkatalah Abu Rafi' al Quradzi: "Apakah tuan menginginkan agar kami menyembah tuan seperti Nasara menyembah Isa?" Rasulullah menjawab: "Ma'adzallah" (Aku berlindung kepada Allah daripada itu).
Maka Allah menurunkan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 79-80) sebagai sanggahan bahawa tidak ada seorang Nabi pun yang mengajak umatnya untuk menyembah dirinya sendiri. (Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan Baihaqi dari Ibnu Abbas)
Dalam suatu riwayat lain ada dikemukakan bahawa seorang lelaki telah datang mengadap Rasulullah dan berkata: "Ya Rasulullah, apakah kami harus memberi salam kepada tuan sebagaimana kami memberl salam kepada teman kami dan apakah kami perlu sujud kepada tuan." Nabi menjawab: "Jangan, cukuplah kamu menghormati Nabimu dan memberitahu perkara yang hak kepada yang layak diberitahu kerana sesungguhnya tidak dibenarkan kepada seseorang itu untuk sujud selain daripada Allah."
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:79-80) sebagai sokongan di atas ucapan Rasulullah.(Diriwayatkan oleh Abdul Razak di dalam tafsirnya dari al Hasan)
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari Akhirat kelak dari orang yang rugi. " (Surah Ali 'Imran: 3: 85)
"Bagaimana Allah akan memberI petunjuk hidayat kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah Nabi (Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayatnya kepada kaum yang zalim." (Surah Ali 'Imran: 3: 86)
"Mereka itu, balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya serta sekalian orang (yang beriman)." (Surah Ali 'Imran: 3: 87)
"Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian." (Surah Ali 'Imran: 3: 88)
"Kecuali orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Ali 'Imran: 3: 89)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang lelaki dari kaum Ansar telah murtad dan selepas itu dia merasa menyesal di atas perbuatannya itu. Kemudian dia meminta seorang utusan daripada kaumnya untuk mengadap Rasulullah dan bertanya kepada baginda, apakah taubatnya akan diterima oleh Allah Subha nahu wa Taala.
Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 85-89), lalu utusan itu menyampaikan kepadanya sehingga dia kembali Islam. (Diriwayatkan oleh an Nasai, Ibnu Hibban dan al Hakim dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa al Harts bin Suwaid datang berjumpa Nabi dan kemudian memeluk Islam. Akan tetapi apabila kembali kepada kaumnya dia kembali kufur. Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 85-89).
Kemudian salah seorang daripada kaumnya telah membacakan ayat ini kepadanya. Berkatalah al Harts: "Sesungguhnya engkau adalah benar dan Rasulullah lebih benar daripadamu dan sesungguhnya Allah adalah yang paling benar di antara tiga."
Selepas itu dia kembali kepada Islam dan menjadi seorang Muslim yang patuh dan taat. (Diriwayatkan o!eh Musaddad di dalam musnadnya dan Abdul Razak dari Mujahid)
"Disitu ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; diantaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk." (Surah Ali 'Imran: 3: 97)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 85) berkatalah kaum Yahudi: "Sebenarnya kami ini Muslimin." Bersabdalah Nabi kepada mereka: "Allah telah mewajibkan kepada kaum Muslimin untuk menunaikan Haji di Baitullah." Kemudian mereka berkata: "Tidak diwajibkan kepada kami. "Pernyataan ini menunjukkan bahawa mereka menolak untuk menunaikan ibadah haji.
Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 97) yang menerangkan tentang kewajipan seorang Muslim dan barangsiapa yang menolak dari melaksanakan suruhan itu adalah kafir. (Diriwayatkan oleh Said bin Mansurdari Ikrimah)
"Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang yang beriman daripada menurut jalan Allah (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. " (Surah Ali 'Imran: 3:99)
"Wahai orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman. " (Surah Ali 'Imran: 3: 100)
"Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (al Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad s.a.w.)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayat kejalan yang betul (lurus)." (Surah AN 'Imran: 3:101)
"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam." (Surah AN'Imran: 3:102)
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya." (Surah Ali'Imran: 3:103)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa, ketika kaum Aus dan Khazraj sedang duduk berehat, mereka bercerita tentang permusuhan mereka pada zaman jahiliyah. Tiba-tiba bangkitlah kemarahan mereka sehingga masing-masing memegang senjata. Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 101-103) yang meleraikan pergaduhan mereka. (Diriwayatkan oleh al Faryabi dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa seorang Yahudi yang bernama Syash bin Qais lalu di hadapan kaum Aus dan Khazraj yang sedang bercakap-cakap dengan gembiranya. Sesungguhnya dia merasa benci dengan keintiman mereka kerana pada asalnya mereka saling bermusuhan di antara satu sama lain.
Kemudian dia menyuruh seorang pemuda anak buahnya untuk ikut serta bersama mereka dan membangkitkan cerita mereka di zaman jahiliyah pada masa perang Bu'ats. Maka kedua kaum tersebut mula menceritakan kegagahan masing-masing dan berselisih faham sehingga tampillah Aus bin Qaizhi dari golongan Aus dan Jabbar bin Sakhr dari golongan Khazraj caci mencaci di antara satu sama lain dan menimbulkan kemarahan kedua belah pihak. Akhirnya hampir tercetus peperangan di antara mereka. Akan tetapi perkara ini telah sampai kepada pengetahuan Rasulullah sehingga baginda datang dengan segera memberi nasihat serta mendamaikannya Mereka tunduk dan taat.
Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 100) berhubung dengan kisah Aus dan Jabbar serta orang-orang yang menjadi pengikutnya. Manakala ayat 99 daripada surah ini turun berkenaan Syash bin Qais yang telah menjadi batu api kepada orang muslimin. (Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dab Abu Syaikh dari Zaid bin Aslam)
"Ahli-ahli Kitab itu tidaklah sama. Di antaranya ada golongan yang (telah memeluk Islam dan) tetap (berpegang kepada agama Allah yang benar)-mereka membaca ayat-ayat Allah (al Quran) pada waktu malam, semasa mereka sujud (mengeriakan sembahyang). " (Surah Ali 'Imran: 3: 113)
"Mereka beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adaIah dari orang yang soleh. (Surah Ali'Imran: 3: 114)
"Dan apa sahaja kebajikan mereka kerjakan, maka mereka tidak sekali-kali akan dingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang yang bertakwa." (Surah Ali'Imran: 3:115)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Abdullah bin Salam, Tsa'labah bin Sa'yah, Usaid bin Sa'yah, As'ad bin Abd dan beberapa orang lagi dari kaum Yahudi memeluk Islam dengan beriman kepada Nabi Muhammad dan mencintai Islam, berkatalah pendeta-pendeta Yahudi dan orang-orang yang kufur di antara mereka: "Sesungguhnya tiada yang beriman kepada Muhammad dan pengikutnya kecuali orang-orang yang paling jahat di antara kami. Ini kerana sekiranya mereka itu adalah orang-orang yang paling baik di antara kami, mereka tidak akan meninggalkan agama nenek moyang mereka dan pergi kepada agama lain."
Maka Allah menurunkan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:113) untuk menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara orang Yahudi yang jujur kerana beriman kepada Nabi Muhammad dan yang kufur kepadanya.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, at Thabarani dan Ibnu Mandah dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. telah selesai menunaikan sembahyang Isyak, baginda mendapati bahawa masih ada orang yang menunggu untuk menunaikan sembahyang di dalam masjid. Maka baginda bersabda: "Ketahuilah, sesungguhnya tidak ada seorang pun dari penganut agama lain yang ingat kepada Allah dengan bersembahyang pada saat malam begini selain daripada kalian semua. "
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 113-115) yang menceritakan sifat-sifat kaum Mukminin sebenar. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan yang lainnya dari Ibnu Mas'ud)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itujika kamu (mahu) memahaminya." (Surah Ali'Imran: 3:118)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat sebahagian daripada kaum Muslimin yang mengadakan hubungan dengan segolongan kaum Yahudi. Ini kerana pada zaman jahiliyah mereka itu pernah menjadi jiran tetangga dan bersekutu dalam peperangan. Maka penurunan ayat di atas adalah sebagai larangan kepada orang Islam daripada mengadakan hubungan yang rapat dengan bukan Islam untuk menghindari fitnah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Ishaq dari Ibnu Abbas)
"(Ingatlah) ketika dua puak dari kamu (pada hari peperangan Uhud itu) terasa lemah semangat (untuk meneruskan perjuangan) kerana takut, padahal Allah Penolong dan Pelindung mereka; dan (jika sudah demikian) kepada Allah sahajalah hendaknya orang yang beriman bertawakkal." (Surah Ali 'Imran: 3: 122)
"(Ingatlah Wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang bermain (untuk menguatkan semangat mereka):" Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan." (Surah Ali'Imran: 3:124)
"Bahkan mencukupi. (Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertakwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. " (Surah Ali' lmran: 3 : 125)
"Engkau tidak berhak sedikit pun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), samada la menerima taubat mereka ataupun la menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang yang zalim. " (SurahAli'lmran:3: 128)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah supaya kamu berjaya. " (Surah AN 'Imran: 3: 130)
"Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang yang zalim." (Surah Ali'Imran: 3:140)
"Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri)." (Surah Ali'Imran: 3:143)
144. dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul Yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? dan (ingatlah), sesiapa Yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang Yang bersyukur (akan nikmat Islam Yang tidak ada bandingannya itu). (3:144)
154. kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) Yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, Iaitu rasa mengantuk Yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan Yang lain Yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah Dengan sangkaan Yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan Yang dijanjikan itu?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja Yang berkuasa melakukannya menurut peraturan Yang ditetapkanNya)". mereka sembunyikan Dalam hati mereka apa Yang mereka tidak nyatakan kepadamu. mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan Yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di Rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang Yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". dan (Apa Yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa Yang ada Dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa Yang ada Dalam hati kamu. dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan Segala (isi hati) Yang ada di Dalam dada. (3:154)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa al Mis war bin Mikhramah berkata kepada Abdur Rahman bin Auf: "Ceritakan kepadaku kisah peperangan Uhud." Abdur Rahman menjawab: "Bacalah surah All 'Imran selepas ayat 120, saudara akan mengetahui kisahnya."
Seterusnya dia menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan "thaifatani"dalam ayat 122 dari surah Ali 'Imran. Maksudnya ialah mereka yang takut untuk menghadapi musuh bahkan ingin mengadakan genjatan senjata dengan kaum Musyrikin. Selanjutnya dia menjelaskan bahawa ayat 143 dari surah ini menerangkan tentang peringatan Tuhan kepada kaum Mukminin yang ingin bertemu dengan musuh yang pada waktu itu sudah dihadapinya.
Sementara ayat 144 dari surah ini menjelaskan bahawa Allah memberi ketenangan kepada kaum Muslimin setelah mereka mendengar berita tentang pembunuhan Rasulullah s.a.w. Kemudian dia menjelaskan bahawa ayat "amanatan nu'asan"dalam ayat 154 dari surah ini adalah sebagai pertolongan dari Tuhan kepada kaum Mukminin dengan menjadikan mereka mengantuk dan tertidur. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Abu Ya'la dari al Miswar bin Mikhramah)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa maksud "thaifatani minkum" dalam (Surah Ali 'Imran: 3:122) ialah Bani Salamah dan Bani Haritsah. (Diriwayatkan oleh as Syaikhani dari Jabir bin Abdillah)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa kaum Muslimin mendengar berita bahawa Karz bin Jabir al Muharibi telah memberi bantuan kepada kaum Musyrikin ketika perang Badar. Oleh itu mereka merasa bimbang disebabkan perkara ini. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 124-125) sebagai penjelasan bahawa Dia memberi bantuan kepada kaum Muslimin dengan menghantar sebanyak 3000 Malaikat.
Oleh itu, ketika Karz mendengar berita kekalahan kaum Musyrikin, dia telah membatalkan segala bantuan yang telah diberikan kepada mereka. Demikian juga keadaannya Allah telah membatalkan penghantaran Malaikat. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab al Mushannafdan Ibnu Abi Hatim dari as Syu'bi)
Dalam suatu riwayat lain ada dikemukakan bahawa gigi yang keempat Nabi Muhammad telah patah pada masa perang Uhud serta mukanya berlumuran darah akibat terluka. Kemudian baginda bersabda: "Bagaimanakah sesuatu kaum itu boleh bahagia sekiranya mereka melakukan sedemikian terhadap Nabi mereka yang mengajak mereka kepada Tuhannya."
Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:128). (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim dari Anas)
Dalam riwayat lain juga ada dikemukakan bahawa Ibnu Umar mendengar Rasulullah s.a.w. berdoa: "Ya Allah, semoga Allah melaknat si Fulan, semoga Allah melaknat al Harts bin Hisyam, ya Allah semoga Allah melaknat Suhail bin Amr, ya Allah semoga Allah melaknat Shafwan bin Umayyah."
Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:128) sebagai teguran kepada Rasulullah s.a.w. di atas doanya. Kemudian mereka semua dimaafkan. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Bukhari dari Ibnu Umar) (Diriwayatkan pula oleh Bukhari dari Abi Hurairah)
128. Engkau tidak berhak sedikitpun (Wahai Muhammad) Dalam urusan (orang-orang Yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada Dia menerima taubat mereka ataupun ia menyeksa mereka; kerana Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang zalim. (3:128)
Menurut pendapat al Hafiz Ibnu Hajar, berdasarkan kepada kedua hadis di atas dengan menggunakan cara thariqatul jam'i (jalan tengah) dapatlah dibuat kesimpulan bahawa:
1. Nabi s.a.w mendoakan kecelakaan ketika dalam sembahyang untuk orang-orang itu setelah peristiwa yang tersebut pada hadis pertama pada perang Uhud.
2. Penurunan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 128) adalah berkenaan dengan peristiwa yang tersebut dalam hadis pertama dan yang timbul akibat dari peristiwa itu (yang tersebut dalam hadis kedua).
Akan tetapi setelah diteliti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah, timbullah suatu kesulitan di dalam menetapkan sebab penurunan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:126).
Hadis itu ada mengemukakan bahawa pada suatu waktu Rasulullah s.a.w. berdoa pada setiap kali selepas sembahyang subuh dengan doa: "Ya Allah, semoga Allah melaknat kaum Ril, Zakwan dan Ushayyah sehinggalah Allah menurunkan ayat ini (Surah Ali'Imran: 3: 128).
Adapun kesulitan di dalam menetapkan sebab penurunan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:128) ialah, bahawa dua hadis yang pertama ada mengemukakan bahawa ayat ini turun pada peristiwa perang Uhud. Sedangkan peristiwa Ril dan Zakwan yang disebut dalam hadis Muslim terjadi selepas peristiwa itu.
Seterusnya Ibnu Hajar mengemukakan bahawa hadis riwayat Muslim ini adalah ma'Iul [Ma'lul ialah hadis yang ada kecacatan tersembunyi setelah dikaji dengan teliti. (Bulughul Maram I c.v. Diponegoro 1972 hal 17)] dan dalam pemberitahuannya adalah mudraj. [Mudraj ialah hadis yang diberi imbuhan pada matan atau perawinya. (Bulughul Maram I c.v. Diponegoro 1972 hal 16)]
Dalam kata-kata: "sehingga Allah menurunkan ayat" adalah Munqathi kerana dalam hadis Muslim di atas, perawi yang menyampaikan dari az Zukri kepada Muslim ada yang tidak disebutkan namanya. Riwayat seperti ini adalah tidak sah. Akan tetapi boleh jadi bahawa penurunan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:128) adalah lambat sehingga mencakupi keseluruhan peristiwa yang disebut dalam tiga hadis di atas.
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa seorang lelaki dari kaum Quraisy datang kepada Nabi s.a.w. dan dengan sinis berkata: "Engkau melarang mencaci maki?" sambil menonggeng sehingga terlihat kemaluannya. Nabi s.a.w mengutuknya.
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:128) yang menerangkan bahawa orang itu adalah zalim. Tidak berapa lama kemudian orang itu masuk Islam dan menjadi seorang yang soleh. (Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam tarikhnya dan Ibnu Ishaq dari Salim bin Abdillah bin Umar. Hadis ini adalah gharib)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat orang-orang yang berjual beli dengan berhutang. Apabila telah tiba waktu pembayaran dan mereka tidak melakukan pembayaran maka bertambahlah bunganya, di samping jangka waktu untuk melakukan pembayaran ditangguhkan lagi. Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:130) sebagai larangan di atas perbuatan seperti itu. (Diriwayatkan oleh al Faryabi dari Mujahid)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa pada zaman jahiliyah Saqif berhutang dengan Bani Nadhir. Apabila telah tiba waktu pembayaran, Saqif berkata: "Kami bayar bunganya dan tangguhkan waktu pembayarannya." Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:130) sebagai larangan di atas perbuatan seperti itu. (Diriwayatkan oleh al Faryabi dari Atha)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika kaum wanita terlambat mengetahui berita dari medan peperangan, mereka berusaha mencari berita tersebut. Tiba-tiba datanglah dua orang lelaki dengan menaiki unta. Bertanyalah seorang wanita kepadanya tentang keadaan Rasulullah. Lelaki itu menjawab: "Baginda dalam keadaan sihat walafiat." Kemudian si wanita itu berkata lagi: "Kami tidak berdukacita kalau Allah menjadikan hamba-hambanya para syuhada." Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 140) berkenaan dengan wanita tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah) Dalam suatu riwayat lain ada dikemukakan bahawa beberapa orang sahabat berkata: "Alangkah baiknya kalau kita mati syahid seperti orang-orang yang berjuang di perang Badar atau mendapat kesempatan seperti pada perang Badar dengan mengalahkan kaum musyrikin, tabah dalam ujian, mati syahid dengan memperolehi syurga atau hidup mendapat rezeki."
Maka Allah memberikan kepada mereka kesempatan untuk ikut serta dalam perang Uhud. Akan tetapi ternyata mereka tidak tabah dan bertahan di dalam peperangan itu kecuali sebahagian kecil di antara mereka yang dikehendaki Allah.
Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 143) adalah sebagai peringatan di atas ucapan mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari al Ufi dari Ibnu Abbas)
Dalam suatu riwayat lain juga ada dikemukakan bahawa ketika para sahabat terpisah dari Rasulullah s.a.w. pada perang Uhud, Umar naik ke atas gunung dan mendengar orang Yahudi menjerit: "Muhammad telah terbunuh!" Kemudian Umar berkata: "Tidak akan kubiarkan orang yang mengatakan bahawa Muhammad terbunuh, pasti akan kupancung lehernya." Dan pada saat itu Umar melihat Rasulullah s.a.w. dan orang-orang Islam kembali ke khemah masing-masing. Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 144) yang menjelaskan bahawa kematian seorang Nabi adalah perkara biasa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Umar)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ketika kaum Mukminin ditimpa musibah di dalam perang Uhud dengan luka yang parah, ada di antara mereka menyebut bahawa Nabiyullah telah terbunuh. Berkatalah sebahagian di antara mereka: "Jikalau dia benar-benar seorang Nabi, tentu sekali tidak akan terbunuh."Sebahagian yang lain pula berkata: "Berperanglah mengikut jejak langkah Rasulullah sehingga mendapat kemenangan atau mati syahid bersamanya." Penurunan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 144) adalah berkenaan dengan peristiwa di atas. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari ar Rabi)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa seorang dari kaum Muhajirin telah terserempak dengan seorang Ansar yang berlumuran darah lalu berkata: "Apakah engkau tahu bahawa Nabi Muhammad telah terbunuh?" Dia menjawab: "Jikalau Nabi Muhammad terbunuh, sesungguhnya dia telah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Berjuanglah kamu untuk membela agamamu."Maka turunlah ayat ini'Imran: 3:144) yang menjelaskan bahawa kematian seorang pemimpin itu tidaklah bererti pengikutnya boleh meninggalkan perjuangan. (Diriwayatkan oleh al Baihaqi di dalam kitab ad Dalail dari Abi Najih)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa syaitan melaungkan "Muhammad telah terbunuh" pada waktu perang Uhud. Kemudian Kaab bin Malik menyatakan bahawa dialah yang paling dahulu mengenali Rasulullah di sebalik topi besinya. Dia menjerit dengan sekuat tenaganya: "Ini dia Rasulullah."
Maka turunlah ayat dia atas (Surah Ali 'Imran: 3: 144) yang menjelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah sama dengan Nabi-nabi sebelumnya yang mungkin sahaja terbunuh. (Diriwayatkan oleh Ibnu Rahawaih di dalam musnadnya dari az Zuhri)
Dalam suatu riwayat lain ada dikemukakan bahawa Zubair berkata: "Aku benar-benar yakin bahawa pada hari perang Uhud, kami merasakan ketakutan yang luarbiasa dan Allah mengirimkan rasa mengantuk sehingga kami terlelap dengan kepala terkulai di atas dada. Demi Allah aku mendengar dalam mimpi seakan-akan ucapan Mutib bin Qusyair: "Sekiranya kita mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan ini, nescaya kita tidak akan dikalahkan di tempat ini. " Sesungguhnya aku telah menghafal kata-kata yang telah diucapkan itu, kemudian Allah menurunkan ayat (Surah Ali 'Imran: 3: 154) tentang kejadian itu." (Diriwayatkan oleh Ibnu Rahawaih dari Zubair)
"Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari Kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah dilakukannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikit pun (balasannya)." (Surah Ali'Imran: 3: 161)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:161) adalah disebabkan oleh kehilangan sehelai permaidani merah dari ghanimah yang belum dibahagikan pada waktu perang Badar. Berkatalah beberapa orang yang ada di situ: "Barangkali Rasulullah yang mengambilnya."
Maka penurunan ayat di atas adalah sebagai bantahan terhadap tuduhan tersebut. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi dari Ibnu Abbas. Menurut Tirmizi hadis ini adalah hadis hasan) [Hadis hasan adalah hadis yang sama seperti hadis sahih, tetapi terdapat beberapa kekurangan kepada perawinya. (Bulughul Maram I, c.v. Diponegoro Band 177ung 1972, hal. 20)]
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah beberapa kali mengutus pasukan ke medan jihad. Akan tetapi pada suatu hari ada pasukan yang kembali dan di antaranya membawa ghulul (mengambil bahagian dari ghanimah sebelum dibahagikan menurut haknya) iaitu berupa kepala uncal dari emas.
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:161) sebagai larangan daripada mengambil harta rampasan perang sebelum dibahagikan oleh amir atau pemimpin. (Diriwayatkan oleh at Thabarani dalam kitab al Kabir dengan sanad yang kuat dari Ibnu Abbas)
"(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? Dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Darimana datangnya (kemalangan) ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kemalangan) itu ialah dari kesalahan kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah). " Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. " (SurahAli'lmran:3: 165)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Umar bin Khattab berkata: "Telah menderita orang-orang di dalam perang Uhud akibat perbuatan mereka mengambil fida' (tebusan atas tawanan perang) pada perang Badar. Pada waktu perang Uhud seramai tujuh puluh orang sahabat yang mati syahid, sebahagian lagi lari lintang-pukang, bercerai-berai bahkan gigi Rasulullah yang keempatpatah dan topi besinya pecah sehingga berlumuran darah di mukanya. "
Allah Subha nahu wa Taala menurunkan ayat di atas sebagai peringatan bahawa penderitaan tersebut adalah diakibatkan oleh perbuatan mereka sendiri. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Umar bin Khattab)
"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki." (SurahAli'lmran:3: 169)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah menjadikan arwah saudara-saudaramu yang syahid pada perang Uhud sebagai burung-burung hijau yang mengunjungi sungai di syurga dan makan buah-buahannya sehingga menghampiri lampu emas di bawah naungan arsy. Ketika mereka dapat makanan yang enak, minuman yang lazat dan tempat tidur yang empuk, mereka berkata: "Alangkah baiknya jika teman-teman kita mengetahui apa yang Allah telah jadikan untuk kita, sehingga mereka tidak segan untuk berjihad dan tidak mundur dari medan peperangan." Allah berfirman kepada mereka: "Aku akan sampaikan keadaan kalian semua kepada mereka." Maka turunlah ayat di atas untuk menceritakan keadaan para syuhada. (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan al Hakim dari Ibnu Abbas. (Diriwayatkan oleh Tirmizi dari Jabir)
"laitu orang yang menjunjung perintah Allah dan RasulNya (supaya keluar menentang musuh yang menceroboh), sesudah mereka mendapat luka (tercedera di medan Uhud). Untuk orang yang telah berbuat baik di antara mereka dan yang bertaqwa, ada balasan yang amat besar. " (SurahAli'lmran:3:172)
"Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredhaan Allah. Dan ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. " (SurahAli'lmran:3:174)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Allah s.w.t. telah menanam perasaan takut dalam hati Abu Sufyan ketika perang Uhud setelah mampu mencerai-beraikan pasukan tentera Islam. Kemudian dia pulang ke Mekah. Bersabdalah Nabi s.a.w: "Abu Sufyan terpukul mentalnya, lalu dia pulang dan Allah menanamkan perasaan takut dalam hatinya. "
Peperangan Uhud itu berlaku pada bulan Syawal. Sebulan kemudian iaitu pada bulan Zulkaedah, pedagang Quraisy menuju ke Madinah dan berhenti di Badar as Sughra. Pada saat itu kaum Muslimin sedang menderita sakit akibat kecederaan yang dialami pada perang Uhud. Kemudian Rasulullah menyeru kepada para sahabat untuk berangkat menuju ke tempat mereka. Maka datanglah syaitan menakut-nakutkan para sahabat dengan berkata: "Sesungguhnya musuh telah bersiap sedia dengan balatentera dan bekalannya untuk memerangimu."Sehingga akhirnya para sahabat enggan mengikut Rasulullah. Bersabdalah Rasulullah: "Aku akan berangkat walaupun tidak ada seorang yang mengikutku." Maka berdirilah Abu Bakar diikuti oleh Umar, Uthman, Ali, Zubair, Saad, Thalhah, Abdur Rahman bin Auf, Abdullah bin Mas'ud, Huzaifah Ibnu Yaman dan Abu Ubaidah bin al Jarrah sehingga mencapai jumlah tujuh puluh orang.
Mereka berangkat menuju ke tempat Abu Sufyan sehingga sampai ke as Shafra. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 172 dan 174) sebagai pujian kepada orang yang menyambut seruan Allah dan Rasulullah s.a.w. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari al Ufi dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ketika kaum Musyrikin pulang dari perang Uhud, mereka berkata: "Mengapa kalian tidak membunuh Nabi Muhammad dan merampas gadis Madinah. Alangkah buruknya perbuatan itu dan pulanglah kalian kembali."
Perkara itu telah didengari oleh Rasulullah sehingga baginda menyiapkan pasukan yang menyambut baik seruannya untuk mengejar kaum Musyrikin hingga Hamra-ul Asad atau Bi'ru Abi Utbah. Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:172) sebagai pujian di atas sambutan para sahabat.
Dalam hadis itu ada juga dikemukakan bahawa Abu Sufyan pernah berkata kepada Nabi s.a.w.: "Hidupmu akan berakhir di musim pasar di Badar tempat kawan-kawanku terbunuh dahulu (pada masa perang Badar yang lalu)."
Di antara para sahabat Nabi ada yang sudah letih dan enggan, lalu mereka terus pulang. Sementara para sahabat yang bersemangat, mereka bersiap sedia untuk berperang dan berdagang. Ketika Nabi dan para sahabatnya sampai di Badar pada musim pasar, mereka mendapati tidak ada seorang pun dari pasukan Abu Sufyan di sana. Mereka pun berdagang.
Maka turunlah ayat ini (Surah AN 'Imran: 3: 1 74) yang menceritakan keadaan para sahabat yang mendapat nikmat dan kurniaan dari Allah Subha nahu wa Taala. (K. Diriwayatkan oleh at Thabarani dengan sanad yang sahih dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Nabi s.a.w. telah mengutus Ali bin Abi Talib untuk memimpin pasukan mencari Abu Sufyan. Pada pertengahan jalan mereka bertemu dengan seorang Badwi dari Khuzaah yang berkata: "Sesungguhnya kaum Quraisy telah berkumpul dan bersiap sedia untuk memerangi kalian. " Mereka berkata: "Cukuplah Allah yang akan membela kami dan Dia adalah sebaik-baik Penolong dan Penjaga. "
Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3: 174) yang memuji kaum Muslimin yang berjuang di jalan Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari Abi Rafi')
'Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan orang (Yahudi) yang mengatakan: "Bahawasanya Allah miskin dan kami ialah orang kaya. " Kami (Allah) akan menuliskan perkataan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada mereka: "Rasalah kamu akan azab seksa yang sentiasa membakar." (Surah Ali'Imran: 3:181)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa pada suatu ketika Abu Bakar masuk ke tempat pengajian kitab Taurat. Beliau mendapati bahawa orang-orang Yahudi sedang mengelilingi Fanhas. Mereka berkata kepada Abu Bakar: "Demi Allah, hai Abu Bakar! Kami tidak perlu kepada Allah dan Sesungguhnya Allah yang perlu kepada kami. Sekiranya Dia kaya, tidak akan meminjam apa-apa dari kami sebagaimana yang dianggap oleh sahabatmu Muhammad, lihat (Surah al Baqarah: 2: 245).
Lalu marahlah Abu Bakar kepadanya serta memukul mukanya. Fanhas berangkat mengadap Rasulullah s.a.w. dan dia berkata: "Hai Muhammad! Lihat apa yang dilakukan oleh sahabatmu kepadaku." Nabi s.a.w. bersabda: "Apa sebabnya engkau berbuat demikian wahai Abu Bakar?" Abu Bakar menjawab: "Ya Rasulullah! Dia telah berkata dengan perkataan yang sangat besar dosanya iaitu dengan menganggap bahawa Allah itu miskin dan mereka itu kaya dan tidak perlu kepada Allah." Fanhas memungkiri dan mendustakan ucapan Abu Bakar. Maka Allah menurunkan ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:181) yang menceritakan sifat-sifat Yahudi yang keji. (Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa orang-orang Yahudi datang mengadap Rasulullah s.a.w. ketika turun ayat "Manzallazi yuqridlullaha qardhan hasanan" [Ertinya: "Barangsiapa yang member! pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik."] dari surah ini (Surah al Baqarah: 2: 245). Kemudian mereka berkata: "Hai Muhammad! Tuhanmu ini miskin, Dia meminta kepada hambanya."
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:181) sebagai ancaman terhadap ucapan seperti ucapan Yahudi itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan dirikamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kami dan orang yang musyrik banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)." (Surah Ali'Imran: 3:186)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat di atas turun berkenaan dengan peristiwa Abu Bakar dengan Fanhas mengenai ucapannya: "Allah fakir dan kami kaya." (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Munzir dengan sanad hasan dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa penurunan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 186) adalah berkenaan dengan dengan Kaab bin al Asyraf yang mencaci Rasulullah dan sahabat-sahabatnya dengan penulisan syair. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak dari Ma'mar dari az Zuhri dari Abdur Rahman bin Kaab bin Malik)
"Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka di puji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya. " (Surah Ali 'Imran: 3: 188)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Marwan berkata kepada juru pintunya: "Hai Rafi' berangkatlah kamu menuju ke tempat Ibnu Abbas dan katakanlah kepadanya bahawa sekiranya orang akan diseksa kerana merasa gembira dengan apa yang diperolehinya dan ingin dipuji di atas perbuatan yang mereka tidak kerjakan, pasti kita semua akan diseksa." Maka berkatalah Ibnu Abbas: "Apakah yang menjadi masalah bagi kalian semua tentang ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 188)."
Penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan ahli kitab. Ketika Nabi s.a.w. bertanya kepada mereka tentang sesuatu, mereka menutupinya dengan memberikan jawapan yang tidak munasabah dengan pertanyaan tersebut. Kemudian mereka keluar dan memberitahu kepada kawan-kawan mereka bahawa mereka telah menjawab pertanyaan Rasulullah dengan jawapan yang tidak ada sangkut paut dengan pertanyaan tersebut, dengan harapan mendapat pujian di atas perbuatan tersebut. (Diriwayatkan oleh as Syaikani dan yang lainnya dari Hamid bin Abdur Rahman bin Auf)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa apabila Rasulullah s.a.w. pergi berjihad, tinggallah beberapa orang munafik yang tidak turut serta dalam jihad tersebut dan mereka gembira kerana dapat melakukan pekerjaan mereka seharian. Akan tetapi apabila Rasulullah telah kembali dari medan peperangan dengan membawa kemenangan mereka meminta maaf dengan memberikan pelbagai alasan sambil bersumpah dengan harapan perbuatan itu terpuji walaupun mereka tidak ikut serta di dalam jihad tersebut. Maka turunlah ayat di atas (Surah Ali 'Imran: 3:188). (Diriwayatkan oleh as Syaikani dari Abi Said al Khudri)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika Rafi' bin Khudaij dan Zaid bin Thabit sedang duduk bersama dengan Marwan, berkatalah Marwan: "Apakah sebabnya penurunan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3: 188)?"
Rafi’ menjawab: "Penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan sebahagian daripada orang-orang munafik. Apabila Rasulullah s.a.w. akan pergi berjihad, mereka meminta izin untuk tidak turut serta dengan memberitahu bahawa mereka sesungguhnya ingin turut serta tetapi urusan seharian mereka yang menghalang untuk menyertainya. Maka turunlah ayat ini berkenaan dengan keadaan mereka."Marwan seolah-olah tidak percaya kepada Rafi’ sehingga Rafi' merasa gelisah.
Maka berkatalah Rafi’ kepada Zaid bin Sabit: "Demi Allah saya bertanya kepada engkau, apakah engkau mengetahui kejadian yang aku katakan tadi?" Zaid menjawab: "Ya." (Diriwayatkan oleh Abdu di dalam tafsirnya dari Zaid bin Aslam) (Diriwayatkan pula oleh Abi Hatim dari beberapa tabiin seperti itu juga)
KETERANGAN
Menurut pendapat Ibnu Hajar: Berdasarkan kepada kedua hadis di atas dengan menggunakan kaedah tariqatul jam'i dapatlah dibuat kesimpulan bahawa penurunan ayat di atas (Surah Ali'Imran: 3:188) adalah berkenaan dengan kedua peristiwa tersebut yang hampir sama kejadiannya.
188. jangan sekali-kali Engkau menyangka (Wahai Muhammad, bahawa) orang-orang Yang bergembira Dengan apa Yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji Dengan apa Yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali Engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab Yang tidak terperi sakitnya. (3:188)
Seterusnya Ibnu Hajar ada mengemukakan bahawa al Farra menceritakan bahawa sebab penurunan ayat ini adalah berkenaan dengan kaum Yahudi yang tidak mengakui Muhammad sebagai Rasul dengan berkata: "Kami ahli kitab yang pertama, bersembahyang dan taat."
Dijelaskan pula oleh Ibnu Jarir bahawa penurunan ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:188) adalah berkenaan dengan semua kejadian yang telah disebutkan di atas.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-oang yang berakal." (Surah Ali'Imran: 3:190)
Dalam suatu riwayatada dikemukakan bahawa orang Quraisy telah datang kepada orang Yahudi untuk bertanya: "Apakah mukjizat yang dibawa Musa kepada kalian semua?" Mereka menjawab: "Tongkat dan tangannya dilihat putih bercahaya." Kemudian mereka bertanya kepada kaum Nasara: "Apakah mukjizat yang dibawa Isa kepada kalian semua?" Mereka menjawab: "Dia dapat menyembuhkan orang buta sejak lahir sehingga dapat melihat, menyembuhkan orang yang berpenyakit sopak dan menghidupkan orang yang mati."
Kemudian mereka datang mengadap Nabi s.a.w. dan berkata: "Hai Muhammad, berdoalah kepada Tuhanmu agar gunung Sofa ini menjadi gunung Emas."Lalu Rasulullah s.a.w. berdoa.
Maka turunlah ayat ini (Surah Ali 'Imran: 3:190) sebagai petunjuk untuk memerhatikan apa yang telah ada yang mana akan lebih besar manfaatnya bagi orang yang menggunakan akal fikiran. (Diriwayatkan oleh at Thabarani dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setangahnya yang lain; maka orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan AgamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala di sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)." (Surah Ali'Imran: 3: 195)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Ummu Salamah berkata: "Wahai Rasulullah! Saya tidak mendengar Allah menyebut secara khusus tentang wanita di dalam al Quran mengenai peristiwa hijrah."
Maka Allah menurunkan ayat di atas sebagai penerangan di atas pertanyaannya. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak, Said bin Mansur, Tirmizi al Hakim dan Ibnu Abi Hatim dari Ummu Salamah)
"Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (al Quran) dan juga (kepada apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah, dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya disisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya. " (SurahAli'lmran:3: 199)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika datang berita tentang kematian an Najasyi (Raja Habshah), bersabdalah Rasulullah: "Mari kita sembahyangkan?" para sahabat bertanya: "Apakah kita sembahyangkan seorang hamba Habsyi?" Maka turunlah ayat di atas sebagai penjelasan bahawa orang yang meninggal itu adalah mukmin. (Diriwayatkan oleh an Nasai dari Anas) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Jabir)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa penurunan ayat ini (Surah AN 'Imran: 3: 199) adalah berkenaan dengan an Najasyi. (Diriwayatkan oleh al Hakim dalam Mustadrak dari Abdullah bin Zubair)
AN NISAA'
"Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmatyang lazat, lagi baik kesudahannya." (Surah an Nisaa': 4:4)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa pada kebiasaannya kaum bapa menerima dan menggunakan maskahwin tanpa keizinan dari anak perempuannya.
Maka turunlah ayat di atas sebagai larangan terhadap perbuatan seperti ini. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abi Salleh)
No comments:
Post a Comment