Sunday, June 23, 2013

Surah al Baqarah

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa empat ayat yang pertama dari Surah al Baqarah iaitu ayat 2,3,4,5 membicarakan sifat-sifat dan perbuatan orang Mukminin dan dua ayat berikutnya iaitu ayat 6 dan 7 menceritakan kaum kafirin bahawa hati, pendengaran dan penglihatan mereka tertutup sama ada mereka diberi peringatan atau tidak, mereka tetap tidak beriman kepada Allah. Seterusnya tiga belas ayat yang berikutnya iaitu ayat 8 hingga 20 menegaskan ciri-ciri, sifat dan kelakuan kaum munafiqin.(Diriwayatkan oleh al Faryabi dan Ibnu Jarirdari Mujahid)

[2.Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa;
3. Iaitu orang-orang Yang beriman kepada perkara-perkara Yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki Yang Kami berikan kepada mereka.
4. dan juga orang-orang Yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" Yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab Yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
5. mereka itulah Yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang Yang berjaya. Al Baqarah:2-5]

Dalam suatu riwayat dikemukakan, bahawa firman Allah "Innalladzina kafaru sawa-un 'alaihim sampai walahum adzabun 'adhim" iaitu ayat 6,7, di dalam surah ini diturunkan kepada kaum Yahudi Madinah yang menjelaskan bahawa mereka itu walaupun diberi peringatan, tetap tidak akan beriman. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdan Ibnu Ishaq, dari Muhammad bin Abi 'Ikrimah dari Said dari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa dua ayat iaitu ayat 6 dan 7 diturunkan dalam peperangan al Ahzab. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari ar Rabi' dan Anas)
Mengenai firman Allah Waidza laqulladzina amanu....... (Surah al Baqarah: 2:14) diturunkan untuk menceritakan perihal Abdullah bin Ubay dan kawan-kawannya dalam peristiwa sebagai berikut: Pada suatu hari di saat mereka bertemu dengan beberapa orang sahabat Nabi s.a.w. Abdullah berkata kepada kawan-kawannya: "Lihatlah bagaimana caranya aku mempermainkan mereka yang bodoh-bodoh itu!" Maka dia mendekati lalu menjabat tangan Abu Bakar sambil berkata: "Selamat penghulu Bani Taim dan Syaikhul Islam dan orang kedua bersama Rasulullah di dalam Qua Thur, yang mengorbankan jiwa dan harta-bendanya untuk Rasulullah."

Kemudian dia menjabat tangan Umar sambil berkata; "Selamat penghulu Bani Adi bin Ka'b yang mendapat gelaran al Faruq, yang kuat memegang agama Allah, yang mengorbankan jiwa dan harta-bendanya untuk Rasulullah."

Selepas itu dia menjabat tangan Ali bin Abi Talib sambil berkata: "Selamat saudara sepupu Rasulullah, menantunya dan penghulu Bani Hasyim selepas Rasulullah." Setelah itu, mereka berpisah dan berkatalah Abdullah bin Ubay kepada kawan-kawannya: "Sebagaimana kamu telah melihat perbuatanku Tadi, jika kamu bertemu dengan mereka, lakukanlah seperti apa yang telah kulakukan tadi." Maka kawan-kawannya pun memuji Abdullah bin Ubay. Apabila kaum Muslimin iaitu Abu Bakar, Umar dan Ali bertemu Rasulullah, mereka menceritakan peristiwa tersebut.

Maka turunlah ayatdi atas iaitu ayat 14. Ayat ini memberitahu tentang kepalsuan golongan munafikdi dalam menghadapi kaum Muslimin. (Diriwayatkan oleh al Wahidi dan at Tsa'labi dari Muhammad bin Marwan dan as Suddi as Shaghir dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas) (Sanad riwayat ini daif (sangat lemah) kerana as Suddi as Saghir pendusta, begitu juga al Kalbi dan Abi Salleh daif)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa dua orang munafiq telah lari dari Rasulullah dan pergi kepada kaum musyrikin. Di dalam perjalanan mereka ditimpa hujan sebagaimana yang diterangkan dalam ayat 19 dan 20 dari surah al Baqarah, bahawa hujan tersebut mengandungi guruh yang dahsyat, petirserta kilat.

[atau (bandingannya) seperti (orang-orang Yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama Dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke Dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang Yang kafir itu. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali Kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan Dalam cahayanya. dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu Dengan bingungnya). dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Al Baqarah:19-20]

Setiap kali guruh berdentum mereka menutup telinga dengan jari kerana takut telinga mereka menjadi pekak dan boleh menyebabkan kematian mereka. Apabila kilat bersinar mereka berjalan dan apabila tldak ada cahaya kilat, mereka tidak dapat melihat. Oleh itu, mereka kembali ke jalan semula untuk pulang dan menyesali perbuatan mereka. Pada keesokan harinya mereka bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan menyerahkan diri untuk memeluk Islam dengan sebaik-baiknya.

Allah menjadikan kejadian dua orang munafiq ini sebagai perbandingan kepada kaum munafiqin yang lainnya di Madinah. Apabila menghadiri majlis Rasulullah s.a.w. mereka menutup telinga dengan jari kerana takut terkena oleh sabda Rasulullah yang menerangkan keadaan mereka sehingga terbongkar rahsia atau mereka menjadi tunduk kerana terpikat hati dengan kata-kata Rasulullah.

Perbandingan di antara kedua orang munafiq dengan munafiqin Madinah ialah:
1. Kedua orang munafiq menutup telinganya kerana takut mendengar guruh yang memekakkan dan apabila kilat bercahaya mereka berjalan. Sementara kaum munafiqin Madinah menutup telinga kerana takut terkena sabda Rasullullah s.a.w. Akan tetapi pada saat banyak harta, anak buah dan mendapat ghanimah atau kemenangan, mereka ikut serta dengan kaum Muslimin dan berkata: "Nyatalah sekarang benarnya Agama Muhammad itu,"dan mereka merasa tenteram.

2. Kedua orang munafiq apabila tidak ada cahaya kilat mereka berhenti dan terpegun. Sedangkan kaum munafiqin Madinah apabila kehabisan harta, anak buah dan terkena musibah, mereka berkata: "Inilah akibat Agama Muhammad," dan mereka kembali murtad dan kufur. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas, Murrah, Ibnu Mas'ud dan beberapa orang sahabat lainnya)

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), kalau orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): "Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang yang fasiq." (Surah al Baqarah: 2: 26)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Allah membuat dua contoh perbandingan kaum munafiqin dalam firmanNya iaitu dalam ayat 17 dan 19 berkatalah kaum munafiqin: "Mungkinkah Allah Yang Maha Tinggidan Maha Luhur membuat contoh seperti ini?" Maka Allah menurunkan ayat yang tersebut di atas. (Surah al Baqarah: 2: 26)

Ayat ini menegaskan bahawa dengan perumpamaan-perumpamaan yang Allah kemukakan, orang yang beriman akan menjadi tebal Imannya, sementara orang yang fasiq akan menjadi lebih sesat dari petunjuk Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dengan pelbagai sanad dari as Suddi)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat 26 di atas (Surah Baqarah: 2: 26) diturunkan sehubungan dengan surah Al Hajj ayat 73 (Surah al Hajj: 22: 73) dan surah al Ankabut (Surah Ankabut: 29: 41) dengan reaksi kaum munafiqin yang berkata: "Bagaimana pandanganmu tentang Allah yang menerangkan lalat dan labah-labah di dalam al Quran yang diturunkan kepada Muhammad. Apakah ini bukan buatan Nabi Muhammad?" (Diriwayatkan oleh al Wahidi dari Abdul Ghani bin
Said at Tsaqafi dari Musa bin Abdur Rahman dari Ibnu Juraij dari Atha dari Ibnu Abbas) (Abdul Ghani sangat daif)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Allah menerangkan labah-labah dan lalat dalam surah al Haj ayat 73 (Surah al Haj: 22: 73) dan al Ankabut ayat 41 (Surah al Ankabut: 28: 41), kaum musyrikin berkata: "Apakah gunanya labah-labah dan lalat diterangkan dalam al Quran?" Oleh sebab itu Allah menurunkan ayat di atas. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak dalam tafsirnya, dari Ma'mar dari Qatadah)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2:26) diturunkan sehubungan dengan surah al Hajj ayat 73 (Surah al Hajj: 22: 73) dan al Ankabut ayat 41 (Surah al Ankabut: 29: 41) dengan reaksi kaum musyrikin yang berkata: "Contoh seperti apakah ini yang tidakpatut dijadikan perumpamaan?" (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Hasan)

KETERANGAN:
Menurut as Sayuthi: "Pendapat yang pertama iaitu pendapat Ibnu Jarir lebih sahih isnadnya dan lebih munasabah dengan permulaan surah. Sementara yang menerangkan kaum musyrikin adalah tidak sesuai dengan keadaan ayat Madaniyyah (ayat yang diturunkan di Madinah)."

Adapun yang diriwayatkan oleh al Wahidi seperti yang tersebut di atas dari Qatadah dan Hasan dengan tidak memakai isnad adalah munasabah apabila menggunakan perkataan: "Berkatalah kaum Yahudi."

"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?" (Surah al Baqarah: 2: 44)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat di atas (Surah al Baqarah: 2:44) turun adalah untuk menceritakan tentang kaum Yahudi Madinah yang pada waktu itu berkata kepada menantunya, kaum kerabatnya dan saudara sesusunya yang telah masuk Islam: "Tetaplah kamu kepada agama yang kamu anuti (Islam) dan apa-apa yang diperintahkan oleh Muhammad kerana perintahnya adalah benar."Dia menyuruh orang lain berbuat baik, tapi dirinya sendiri tidak mengerjakannya.

Ayat ini (Surah al Baqarah: 2:44) adalah sebagai peringatan kepada orang yang melakukan perbuatan seperti itu. (Diriwayatkan oleh al Wahidi dan at Tsa'labi dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)

"Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang Yahudi, dan orang Nasara (Nasrani), dan orang Saabi'in, sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta amal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. "
(Surah al Baqarah: 2: 62)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Salman bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang penganut agama yang pernah dia anuti bersama mereka. Dia menerangkan cara sembahyang dan ibadatnya. Maka turunlah ayat yang disebut di atas (Surah al Baqarah: 2: 62) sebagai penegasan bahawa orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta melakukan amal soleh akan mendapat pahala dari Allah. (Diriwayatkah oleh al Wahidi dari Abdullah bin Katsirdari Mujahid)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 62) turun menceritakan keadaan kawan-kawan Salman al Farisi. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ibnu Abi Hatim dari as Suddi)

"Dan apabila mereka (orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang yang beriman,mereka berkata: "Kami telah beriman," dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkan kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?" (Surah al Baqarah: 2: 76)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Nabi s.a.w. pada peperangan Bani Quraidzah telah berdiri di bawah benteng mereka. Baginda begitu marah dengan pengkhianatan yang telah mereka lakukan dan bersabda: "Hai saudara-saudara kera! Hai saudara-saudara babi! Hai penyembah-penyembah thaghut!" Para pemimpin Bani Quraidzah berkata kepada kaumnya: "Siapa yang memberitahu Muhamad tentang ucapan yang dikeluarkannya itu! Dia tidak mungkin tahu kecuali dari kamu. Mengapa kalian beritahu kepada mereka tentang kutukan Allah kepada kalian, sehingga mereka dapat mengalahkan hujjah kalian?"

Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:76) yang menegaskan penyesalan mereka akan kebocoran isi taurat kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Mujahid)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa apabila kaum Yahudi bertemu dengan orang-orang Mukminin, mereka (kaum Yahudi) berkata: "Kami percaya bahawa sahabatmu itu utusan Allah, akan tetapi dia diutuskan hanya kepadamu sahaja."

Apabila bertemu dengan teman-teman mereka, mereka berkata: "Janganlah kamu membincangkan masalah ini (kerasulan) dengan orang-orang Arab, kerana kamu dahulu pernah meminta kepada Allah agar mendapat kemenangan terhadap orang-orang Arab dengan kebesaran utusan yang akan datang (Muhammad) sedangkan kenyataannya utusan itu dari golongan mereka."

Maka Allah turunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 76) sebagai penjelasan atas kelakuan kaum Yahudi. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ikrimah dari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 76) turun adalah untuk menceritakan tentang kaum Yahudi yang beriman tapi kemudian menjadi kaum munafiq. Dahulu di waktu mereka beriman, mereka sering berjumpa kaum Mukminin bangsa Arab dengan membawa berita yang biasa mereka bincangkan.

Setelah menjadi munafiq mereka berbicara di antara satu sama lain dengan berkata: "Mengapa kamu beritahu tentang kutukan Allah yang berupa seksaan terhadap kita sehingga mereka (kaum Mukminin) dapat berkata: "Kami lebih dicintai Allah dan lebih mulia daripada kamu." (Diriwavatkan oleh Ibnu Jarir dari as Suddi)

"Kecelakaan besar bagi orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu membantah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah," supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. " (Surah al Baqarah: 2: 79)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 79) diturunkan untuk menceritakan tentang ahli kitab yang memalsukan Taurat. (Diriwayatkan oleh an Nasa'i dari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa turunnya ayat ini adalah berkenaan dengan paderi-paderi bangsa Yahudi yang mengetahui sifat-sifat Nabi yang tertulis dalam Taurat yang berbunyi: "Matanya seperti selalu memakai celak, tingginya sederhana, rambutnya kerinting dan mukanya cantik."Akan tetapi mereka menghapuskan kalimat tersebut dalam Taurat kerana dengki dan benci serta menggantikannya dengan kalimat: "Badannya tinggi, matanya biru dan rambutnya lurus. " (Diriwayatkan oleh Ibnu Hatim dari Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu." Katakanlah (Wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidakakan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya ?"(Surah al Baqarah: 2: 80)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa pada masa Rasulullah s.a.w. sampai di Madinah, kaum Yahudi berkata: "Umur dunia ini tujuh ribu tahun. Manusia akan diseksa pada seribu tahun di dunia bersamaan dengan sehari pada hari akhirat sehingga jumlahnya selama tujuh hari sahaja dan setelah itu putuslah seksaan tersebut."

Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 80) sebagai bantahan dan peringatan kepada orang-orang yang menganggap dirinya lebih tahu dari Allah s.w.t.
(Diriwayatkan oleh at Thabarani di dalam kitabnya al Kabir, begitu juga Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Ikrimah atau Said bin Jubairdari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2:80) diturunkan berhubungan dengan ucapan kaum Yahudi yang berkata: "Kita tidak akan masuk neraka kecuali beberapa hari sahaja, iaitu selama kita menyembah anaksapi selama empat puluh hari bersesuaian dengan sumpah kita. Maka apabila telah habis empat puluh hari, putuslah seksaan terhadap kita." (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari ad Dlahhak dari Ikrimah, Ibnu Abbas dan lain-lain)

"Dan tatkala datang kepada mereka sebuah Kitab dari Allah (al Quran), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka (Kitab Taurat), sedang mereka sebelum itu sentiasa memohon (kepada Allah) kemenangan atas kaum kafir musyrik (dengan kedatangan seorang Nabi pembawa Kitab itu). Setelah datang kepada mereka apa yang mereka sedia mengetahui kebenarannya (Nabi Muhammad dan al Quran), mereka mengingkarinya; maka (dengan yang demikian), laknat Allah menimpa orang yang kafir ingkar itu." (Surah al Baqarah: 2: 89)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum Yahudi Khaibar dahulu memerangi kaum Ghatafan (Bangsa Arab). Setiap kali mereka bertempur kaum Yahudi akan kalah. Kemudian kaum Yahudi meminta pertolongan dengan berdoa: "Ya Allah, sesungguhnya kami meminta kepadaMu dengan hak Muhammad, Nabi yang ummi, yang telah Engkau janjikan kepada kami, akan Engkau utuskan Dia di akhir zaman. Tidakkah Engkau akan menolong kami untuk mengalahkan mereka?"

Apabila bertempur, mereka tetap berdoa dengan doa ini sehingga kaum Ghatafan kalah di dalam peperangan tersebut. Akan tetapi ketika Rasulullah diutuskan, mereka kufur terhadap Nabi s.a.w.

Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2:89) sebagai laknat kepada orang-orang yang memohon pertolongan kepada Allah, yang setelah dikabulkan doa tersebut mereka mengingkarinya. (Diriwayatkan oleh al Hakim dalam kitab al Mustadrak dan al Baihaqi dalam kitab ad Dala'il dengan sanad yang lemah dari Ibnu Abbas)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Yahudi meminta pertolongan untuk mengalahkan kaum Aus dan kaum Khazraj dengan menggunakan nama Rasulullah s.a.w. sebelum baginda diutus menjadi Rasul. Akan tetapi setelah Allah mengutus Rasul dari bangsa Arab, mereka kufur kepadanya dan mereka mengingkari apa yang mereka katakan tentang Nabi s.a.w.
Maka berkatalah Muaz bin Jabal, Bisyrubnul Barra dan Daud bin Salamah kepada mereka: "Wahai kaum Yahudi! Takutlah kamu kepada Allah dan masuklah Islam kerana kamu telah meminta pertolongan kepada Allah dengan menggunakan nama Muhammad untuk mengalahkan kami, di saat kami termasuk di dalam golongan kaum musyrikin. Kamu telah memberi khabar kepada kami bahawa sesungguhnya Muhammad akan diutus dan kamu mengemukakan sifat-sifat Muhammad dengan sifat yang ada padanya itu. "
Maka berkatalah Salam bin Masykam salah seorang dari Bani Nadhir: "Dia tidak memenuhi sifat-sifat yang kami kenal dan dia bukan orang yang kami terangkan kepadamu." Maka Allah menurutkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 89) disebabkan peristiwa tersebut. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)

"Katakanlah (wahai Muhammad kepada kaum Yahudi): "Kalau syurga negeri akhirat itu telah menjadi hak istimewa untuk kamu pada sisi hukum Allah, tidak boleh dicampuri oleh orang lain (seperti yang kamu dakwakan itu), maka cita-citakanlah mati (supaya kami dimatikan sekarang juga), jika betul kamu orang yang benar." (Surah al Baqarah: 2: 94)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum Yahudi berkata: "Tidak akan masuk syurga kecuali penganut agama Yahudi." Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2:94) sebagai sindiran kepada orang-orang yang mengaku bahawa dia adalah ahli syurga. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abi 'Aliah)
"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah? kerana Jibril itu menurunkan al Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, Yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang yang beriman." (Surah al Baqarah: 2: 97)
Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka la akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang yang kafir." (Surah al Baqarah: 2: 98)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Abdullah bin Salam telah mengetahui akan ketibaan Rasulullah pada ketika dia sedang berehat. Lalu dia mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Sesungguhnya saya akan bertanya kepada tuan tentang tiga perkara, yang tidak akan ada yang mengetahui jawapannya kecuali seorang Nabi:
1. Apakah tanda-tanda pertama hari kiamat?
2. Apakah makanan pertama yang dimakan oleh ahli syurga?
3. Mengapakah si anak menyerupai bapanya atau kadang-kadang menyerupai ibunya ?
Maka Nabi s.a.w. menjawab: "Jibril baru sahaja memberitahu perkara ini kepadaku." Kata Abdullah bin Salam: "Jibril?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ya." Abdullah bin Salam berkata lagi: "Dia itu malaikat yang termasuk musuh kaum Yahudi."Lalu Nabi membaca ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 98) sebagai teguran kepada orang-orang yang memusuhi malaikat pesuruh Allah. (K. Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas)
KETERANGAN:
Menurut Syaikhul Islam al Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fathulbari: "Berdasarkan susunan kalimatnya, ayat yang dibacakan oleh Nabi ini adalah sebagai bantahan kepada kaum Yahudi dan la tidak seharusnya turun bersama dengan peristiwa di atas. Dan inilah pendapat yang paling kuat. Di samping itu, terdapat keterangan lain yang sah yang mengatakan bahawa ayat ini turun pada peristiwa lain dan bukan pada peristiwa Abdullah bin Salam."
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa satu rombongan kaum Yahudi telah datang mengadap Nabi s.a.w. dan mereka berkata: "Hai Abal Qasim! Kami akan bertanya kepada tuan mengenai lima perkara. Apabila tuan dapat memberitahunya, tahulah kami bahawa tuan adalah seorang nabi."Selanjutnya hadis tersebut menyebut isi kandungan pertanyaan mereka:
1. Apakah yang diharamkan Bani Israel atas dirinya?
2. Tentang tanda-tanda kenabian.
3. Tentang petir dan suaranya.
4. Tentang bagaimana seorang wanita dapat melahirkan seorang lelaki dan wanita.
5. Siapa yang sebenarnya memberi khabar dari langit.
Pada akhir hadis tersebut diriwayatkan bahawa mereka berkata: Siapa sahabat tuan itu? Maka Rasulullah s.a.w. menjawab: "Jibril." Mereka berkata: "Apakah Jibril yang biasa menurunkan perang, pembunuhan dan seksaan? Itu adalah musuh kami. Jika tuan berkata bahawa Mikail yang menurunkan rahmat, tanam-tanaman dan hujan, tentu lebih baik."Oleh sebab itu, turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 97) berkenaan dengan peristiwa tersebut. (Diriwayatkan oleh Ahmad, Tarmizi dan Nasa'i dari Bakar bin Syihab, dari Said bin Jubair dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa pada suatu hari Umar datang kepada Yahudi yang pada ketika itu sedang membaca Taurat. Selepas itu Umar kagum kerana isinya membenarkan apa yang disebut di dalam al Quran. Pada ketika itu Nabi s.a.w. lalu di hadapan mereka dan berkatalah Umar kepada Yahudi: "Aku meminta agar engkau menjawab pertanyaanku ini dengan bersungguh-sungguh dan jujur. Apakah kamu tahu bahawa sesungguhnya baginda adalah Rasulullah?" Guru mereka menjawab: "Memang benar kami tahu bahawa sesungguhnya baginda adalah Rasulullah."
Seterusnya Umar berkata: "Mengapa kamu tidak mahu untuk mengikutnya?" Mereka menjawab: "Ketika kami bertanya tentang penyampai kenabiannya, Muhammad mengatakan Jibril. Dia adalah musuh kami yang menurunkan kekerasan, kekejaman, peperangan dan kecelakaan."Umar bertanya lagi: "Siapakah Malaikat yang biasa diutuskan kepada Nabimu?" Mereka menjawab: "Mikail yang menurunkan hujan dan rahmat." Umar bertanya lagi: "Bagaimana kedudukan mereka disisi Tuhannya?" Mereka menjawab: "Yang satu disebelah kananNya dan yang lain di sebelah kiriNya."
Seterusnya Umar berkata: "Tidak sepantasnya Jibril memusuhi pengikut Mikail dan tidak patut Mikail berbuat baik dengan musuh Jibril. Sesungguhnya aku percaya bahawa Jibril, Mikail dan Tuhan mereka akan berbuat baik kepada sesiapa yang berbuat baik kepada mereka dan akan berperang kepada sesiapa yang mengumumkan perang kepada mereka."
Kemudian Umar mengejar Nabi s.a.w. untuk menceritakan perkara tersebut. Akan tetapi apabila sampai kepada Nabi, maka Nabi bersabda kepadanya: "Apakah engkau ingin aku bacakan ayat yang baru turun kepadaku?" Umar menjawab: "Tentu sekali ya Rasulullah."Kemudian baginda membaca: "Man kana 'aduwwalli Jibrila fainnahu nazzalahu 'ala qalbika........ sampai alkafirin"
(Surah al Baqarah: 2: 97,98). Umar berkata: "Ya Rasulullah! Demi Allah, saya tinggalkan kaum Yahudi tadi dan datang mengadap tuan untuk menceritakan apa yang kami telah percakapkan, tetapi rupa-rupanya Allah telah mendahului saya." (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahawaih dalam Musnadnya dan Ibnu Jarir dari as Syu'bi. (Sanad ini sahih sampai as Syu'bi, hanya as Syu'bi tidak bertemu dengan Umar) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Abi Hatim dari selain as Syu'bi) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari as Suddi dan Qatadah dari Umar yang kedua-duanya adalah munqathi)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa seorang Yahudi berkata ketika bertemu dengan Umar bin Khattab: "Sesungguhnya Jibril yang disebut-sebut oleh sahabatmu itu (Rasulullah) adalah musuh kami. "Maka berkatalah Umar: "Barangsiapa yang memusuhi Allah, MalaikatNya, para Rasulnya, Jibraildan Mikail, sesungguhnya Allah memusuhinya."
Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 97,98) bersesuaian dengan apa yang diucapkan oleh Umar. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abdur Rahman bin Laila. Sumber ini saling menguatkan dengan yang lainnya)

KETERANQAN
Menurut Ibnu Jarir perkara-perkara yang diceritakan dalam hadis di atas merupakan sebab-sebab penurunan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 97-98).
"Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata (al Quran), dan tidak ada yang mengengkarinya melainkan orang yang fasik. "(Surah al Baqarah: 2: 99)
"Patutkah (mereka ingkarkan ayat-ayat keterangan itu) dan patutkah tiap-tiap kali mereka mengikat perjanjian setia, dibuang dan dicabuli oleh segolongan dari mereka? Bahkan kebanyakan mereka tidak beriman. " (Surah al Baqarah: 2: 100)
"Dan apabila datang kepada mereka seorang Rasul dari sisi Allah (Nabi Muhammad, s.a.w.), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang yang telah diberikan Kitab itu melemparkan Kitab Allah ke belakang mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui (kebenarannya)." (Surah al Baqarah: 2:101)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Ibnu Syuria telah berkata kepada Nabi s.a.w.: "Hai Muhammad! Tuan tidak memberi tahu tentang apa-apa yang telah kami ketahui dan Allah tidak menurunkan ayat yang jelas kepada tuan. "Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2:99) sebagai bantahan terhadap ucapan mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said dan Ikrimah dari Ibnu Abbas)

KETERANGAN
Malik Ibnu as Shaif menerangkan bahawa ketika Rasulullah diutuskan, dan diingatkan kepada mereka (kaum yahudi) akan janji mereka untuk beriman kepadaNya dan apa yang dijanjikan Allah kepada mereka itu dalam Taurat tentang perutusan Muhammad sebagai Nabi. Kaum Yahudi berkata: "Demi Allah tidak pernah kami dijanjikan sesuatu tentang Muhammad dan kami tidak pernah berjanji apa-apa."
Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah: 2:100-101).
"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telah pun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui." (Surah al Baqarah: 2:102)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum Yahudi berkata: "Lihatlah Muhammad yang mencampurkan di antara perkara hak dan batil iaitu dengan menerangkan bahawa Nabi Sulaiman tergolong di dalam golongan Nabi-nabi padahal dia adalah seorang ahli sihir yang mempunyai kuasa angin."
Maka Allah menurunkan ayat tersebut (Surah al Baqarah: 2: 102) yang menegaskan bahawa kaum Yahudi lebih mempercayai syaitan daripada beriman kepada Allah s.w.t. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Syahr bin Hausyab)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kaum Yahudi telah bertanya beberapa kali kepada Nabi s.a.w. mengenai beberapa perkara dalam Taurat. Semua pertanyaan mengenai isi kandungan Taurat dijawab oleh Allah dengan menurunkan ayat. Ketika itu mereka menganggap bahawa ayat tersebut merupakan sebagai bantahan terhadap mereka. Mereka berkata sesama mereka: "Orang ini lebih mengetahui daripada kita tentang apa yang diturunkan kepada kita."
Di antara masalah yang ditanyakan kepada Nabi s.a.w. ialah tentang sihir dan mereka berbantah dengan Nabi tentang perkara itu. Maka Allah menurunkan ayat tersebut di atas (Surah al Baqarah: 2:101) berkenaan dengan peristiwa itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abi 'Aliah)
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "raai'ina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna" dan dengarlah kamu (segala perintah dengan sebulat hati menerimanya); dan (ingatlah, bahawa orang kafiritu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah al Baqarah: 2: 104)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa dua orang Yahudi bernama Malik bin Shaif dan Rifa'ah bin Zaid apabila bertemu dengan Nabi mereka mengucapkan: "Ra'ina sam'aka wasma'ghaira musma'in.4 Kaum Muslimin merasakan bahawa kata-kata itu adalah ucapan ahli kitab untuk menghormati Nabi-nabinya. Mereka pun mengucapkan kata-kata itu kepada Nabi s.a.w..
Maka Allah menurunkan ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 104) sebagai larangan di atas perbuatan mereka yang meniru perbuatan kaum Yahudi. (Diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir dari as Suddi)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa kata "Raa'ina" dalam bahasa Yahudi bererti cacian dan makian yang kotor. Sehubungan dengan perkara di atas terdapat suatu peristiwa sebagai berikut: Ketika kaum Yahudi mendengar para sahabat Nabi menggunakan perkataan tersebut (Raa'ina), mereka mentertawakannya.
(4) ["Raa'ina" bererti: Sudilah kiranya kamu memerhatikan kami. Apabila para sahabat menyebut perkataan ini kepada Rasulullah, orang yahudi seakan-akan menggunakan perkataan ini (Raa'ina), padahal apa yang mereka katakan ialah "Ru'uunah" yang bererti: kebodohan yang sangat, sebagai ejekan kepada Rasulullah. Itulah sebabnya Tuhan menyuruh supaya sahabat-sahabatnya menukar perkataan "Raa'ina" kepada "Undhurna" yang sama ertinya dengan "Raa'ina".]

Sesungguhnya mereka sengaja mengumumkan agar perkataan tersebut biasa digunakan dan ditujukan kepada Nabi s.a.w..
Oleh itu, apabila seorang sahabat iaitu Saad bin Muaz mendengar ayat ini, berkatalah dia kepada kaum Yahudi: "Wahai musuh-musuh Allah! Jika aku mendengar perkataan ini diucapkan oleh salah seorang di antara kamu sesudah pertemuan ini akan kupenggal batang lehernya." (Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab ad
Dala'il dari as Suddi as Shaghir dari al kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ayat ini turun ketika seorang lelaki berkata: "Ari'nisam'aka." (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari ad Dlahhak)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa pada waktu itu terdapat beberapa orang yahudi berkata: "Ari'ni sam'aka." Kemudian beberapa orang Islam meniru perkataan tersebut. Akan tetapi Allah membencinya dengan menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2:104). (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari 'Athiyyah)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika kaum Muslimin mengucapkan perkataan "ari’ni sam'aka"datanglah kaum Yahudi yang berkata seperti itu. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:104). (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Qatadah)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa turunnya ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 104) adalah berhubungan dengan ucapan "Raa'ina" iaitu bahasa yang digunakan oleh kaum Ansar di zaman jahiliyyah. Oleh kerana itu, ayat ini diturunkan untuk menghalang penggunaan perkataan ini. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari 'Atha)
Dalam riwayat lain pula dikemukakan bahawa sesungguhnya orang Arab apabila bercakap dengan seorang temannya maka mereka berkata: Arini sam’ka. "Kemudian mereka dilarang menggunakan perkataan ini dengan turunnya ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 104). (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abi 'Aliah)
"Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansuhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?" (Surah al Baqarah: 2: 106)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa penurunan wahyu pada Nabi s.a.w kadang-kadang pada malam hari akan tetapi baginda lupa pada siang harinya. Maka Allah turunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 106) sebagai jaminan bahawa wahyu daripadaNya tidak mungkin akan dilupakan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Adakah kamu pula hendak meminta dari Rasul kamu sebagaimana diminta dari Nabi Musa (oleh kaumnya) dahulu? Dan sesiapa yang menukar iman dengan mengambil kekufuran, maka sesungguhnya la telah sesat darijalan yang lurus. " (Surah al Baqarah: 2: 108)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rafi’ bin Huraimalah dan Wahab bin Zaid berkata kepada Rasulullah: "Hai Muhammad! turunkan kepada kami satu kitab dari langit agar kami dapat membacanya atau buatlah sungai yang mengalir airnya, pasti kami akan mengikut dan mempercayai tuan. " Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 108) sebagai peringatan agar umat Islam tidak meniru Bani Israel di dalam mengikut ajaran Nabi Muhammad. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa orang kafir Quraisy telah meminta kepada nabi Muhammad s.a.w supaya gunung Shafa dijadikan emas. Maka Nabi s.a.w. bersabda: "Baiklah, akan tetapi jika kamu kufur, gunung ini akan memberi akibat kepadamu sepertimana hidangan yang diminta oleh bani Israel. [Sebagaimana terdapat di dalam surah al Maaidah ayat 112-115, kaum Hawariyyun meminta kepada Nabi Isa agar Allah menurunkan hidangan. Maka Allah mengabulkannya dengan ancaman seksaan bagi orang yang kufur kepadaNya.] Kaum Quraisy menolak syarat tersebut dan kemudian pulang. Maka Allah menurunkan ayat di atas disebabkan peristiwa ini. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Mujahid)
Menurut riwayat lain pula, turunnya ayat ini (Surah al Baqarah: 2:108) adalah berhubungan dengan peristiwa ketika orang-orang Arab meminta kepada Nabi s.a.w untuk menunjukkan Allah kepada mereka sehingga mereka dapat melihatNya dengan nyata oleh mata mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari as Suddi))
Menurut riwayat lain pula, dikemukakan bahawa seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w:: "Ya Rasulullah, bagaimana kalau kifarat (denda untuk menebus dosa) kami disamakan dengan kifarat Bani Israel?" Nabi s.a.w. menjawab: "Maha Suci Allah, sesungguhnya aku tidak menghendakinya kerana Allah telah memberi kepadamu yang lebih baik daripada apa yang diberikan kepada Bani Israel dahulu. Apabila mereka melakukan kejahatan, tertulislah itu di atas pintu mereka dan kifaratnya.
Apabila telah ditunaikan kifaratnya, tinggallah kehinaan baginya di dunia. Akan tetapi apabila tidak ditunaikan pula mereka akan mendapat kehinaan di akhirat. Sesungguhnya Allah telah memberikan yang lebih baik kepadamu daripada itu dengan firmannya yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian la memohon ampun kepada Allah, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah an Nisaa': 4:110).
Seterusnya Nabi bersabda: "Sembahyang yang lima dan sembahyang Jumaat sehingga Jumaat yang berikutnya menjadi kifarat kesalahan yang dikerjakan di antara waktu kesemuanya itu."
Maka Allah menurunkan ayat yang telah disebutkan di atas (Surah al Baqarah: 2: 108) sebagai teguran terhadap orang yang ingin mengubah ketentuan Allah. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abi 'Aliah)
"Banyak di antara Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad, s.a.w.). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al Baqarah: 2:109)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Hay bin Akhtab dan Abu Jasir bin Akhtab termasuk di dalam golongan kaum Yahudi yang mempunyai sifat hasad dengki terhadap orang Arab. Ini kerana mereka telah memberi alasan bahawa Allah telah memberi keistimewaan terhadap orang Arab dengan mengutus seorang Rasul daripada kalangan mereka.
Oleh itu, kedua orang bersaudara ini begitu bersungguh-sungguh mencegah orang lain untuk masuk Islam. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 109) disebabkan oleh perbuatan kedua orang itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Dari orang Yahudi berkata: "Orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar), " dan orang Nasrani pula berkata: "Orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (agama yang benar), " padahal mereka membaca Kitab Suci masing-masing (Taurat dan Injil). Demikian juga orang yang tidak berilmu pengetahuan, mengatakan seperti yang dikatakan oleh mereka itu. Maka Allah akan menghukum (mengadili) di antara mereka pada hari Kiamat mengenai apa yang mereka berselisihan padanya. " (Surah al Baqarah: 2: 113)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika orang-orang Nasara Naj'ran mengadap Rasulullah s.a.w. datang pula paderi-paderi Yahudi. Mereka bertingkar di hadapan Rasulullah s.a.w. Maka berkatalah Rafi' bin Khuzaimah (Yahudi): "Kamu tidak berada pada jalan yang benar, kerana kamu menyatakan kekufuran kepada Nabi Isa dan kitab Injilnya. " Akan tetapi salah seorang dari kaum Nasara najran membantah dengan berkata: "Kamu pun tidak berada pada jalan yang benar kerana menentang kenabian Musa dan kufur kepada Taurat."
Maka Allah menurunkan ayat tersebut (Surah al Baqarah: 2: 113) sebagai jawapan di atas pertengkaran mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar. " (Surah al Baqarah: 2: 114)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa turunnya ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 114) adalah berhubung dengan larangan kaum Quraisy kepada Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang berhampiran Kaabah di dalam Masjidil Haram. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
Menurut riwayat lain pula, ayat ini (Surah al Baqarah: 2:114) turun adalah disebabkan oleh kaum musyrikin yang menghalang Rasulullah dan para sahabat datang ke Mekah untuk mengerjakan Umrah pada hari Hudaibiyyah. [Tahun 628 Masihi]
Oleh itu penurunan ayat ini merupakan suatu peringatan kepada orang yang melarang malakukan ibadat di Masjid Allah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ibnu Zaid)
"Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui." (Surah al Baqarah: 2:115)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Ibnu Umar membaca ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 115) dan kemudian menjelaskan peristiwanya sebagai berikut: Ketika Rasulullah s.a.w dalam perjalanan dari Mekah ke Madinah, baginda telah menunaikan sembahyang sunat di atas kenderaan mengadap bersesuaian dengan arah tujuan kenderaannya. (Diriwayatkan oleh Muslim, Tarmizi dan Nasa'l dari Ibnu Umar)
Dalam  riwa ayat lain pula dikemukakan bahwa turunnya ) hingga akhir ayat (Surah al Baqarah: 2: 115) membolehkan kita untuk menunaikan sembahyang sunat di atas kenderaan mengadap sesuai dengan arah tujuan kenderaan. (Diriwayatkan oleh al Hakim dari Ibnu Umar, Hadis ini sahih menurut syarat Muslim, terutama isnadnya) [Sebahagian Ulama menganggap bahawa riwayat tersebut cukup kuatwalaupun sebab penurunannya itu disebuttidakjelas, iaitu dengan perkataan "Turunnya ayat tersebut dalam masalah itu atau ini." Kadang-kadang kedudukan kalimat seperti ini dianggap sebagai sebab turunnya ayat.]

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah, Allah telah memerintahkan untuk mengadap ke arah Baitul Maqdis sebagai kiblat ketika menunaikan sembahyang. Maka gembiralah kaum Yahudi. Rasulullah s.a.w. telah melaksanakan perintah itu untuk beberapa belas bulan lamanya, tetapi di dalam hatinya baginda tetap ingin mengadap ke kiblat Nabi Ibrahim (Kaabah Mekah).
Oleh itu baginda selalu berdoa kepada Allah sambil mengadap muka ke langit menanti turunnya wahyu. Maka turunlah ayat "qad nara taqalluba wajhika fis-sama-l hingga ke akhir ayat (Surah al Baqarah: 2: 144). Kaum yahudi menjadi bimbang dengan turunnya ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 144) sehingga mereka berkata: "Apakah yang menyebabkan mereka membelok dari kiblat yang mereka hadapi selama ini?" Maka Allah menurunkan ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 115) sebagai jawapan di atas pertanyaan orang Yahudi. (Diriwayatkan oieh Ibnu Jarir dan Abi Hatim dari Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu Abbas. Isnadnya kuat dan ertinya pun membantu menguatkannya sehingga dapat dijadikan asas turunnya ayat tersebut)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa pada suatu malam yang gelap gelita, dalam suatu perjalanan bersama Rasulullah s.a.w. mereka (para perawi hadis) tidak mengetahui arah kiblat. Oleh itu mereka menunaikan sembahyang mengikut arah hasil ijtihad masing-masing. Pada keesokan harinya mereka menceritakan perkara itu kepada Rasulullah s.a.w.
Maka turunlah ayat yang disebutdi atas (Surah al Baqarah: 2:115). (Hadis ini daif, diriwayatkan oleh Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan ad Daruquthni dari Asy'ats as Samman dari Ashim bin Abdillah, dari Abdullah bin Amir bin Rabi'ah dari bapanya. Menurut Tarmizi, riwayat ini gharib [Hadis dikatakan gharib apabila diriwayatkan oleh seorang kepada seorang lainnya dan seterusnya dengan satu sanad. Bulughul Maram I, c.v. Diponegoro Bandung 1972 hal 18.] dan Asy'ats daif dalam meriwayatkan Hadis ini)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengutus suatu pasukan perang, di antaranya termasuk Jabir. Pada suatu malam yang gelap geiita mereka tidak mengetahui arah kiblat. Berkatalah satu golongan di antara mereka: "Kami tahu arah kiblat iaitu arah ini (sambil menunjuk ke arah utara)." Maka mereka sembahyang dan membuat garis sesuai dengan arah sembahyang mereka.
Pada keesokan harinya setelah matahari terbit garisan yang mereka buat itu tidak menunjukkan arah kiblat yang sebenarnya. Apabila sampai di Madinah mereka bertanya kepada Rasulullah tentang perkara itu. Selepas itu baginda terdiam. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:115) sebagai penjelasan di atas peristiwa tersebut. (Diriwayatkan oleh ad Daraquthni dan Ibnu Marduwaih dari al Arzami dari 'Atha dari Jabir)
Menurut riwayat lain pula dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengirimkan suatu pasukan perang. Mereka diliputi oleh kabus yang tebal sehingga tidak mengetahui arah kiblat. Akan tetapi mereka tetap menunaikan sembahyang. Ternyata setelah terbit matahari sembahyang mereka tidak mengadap ke arah kiblat. Oleh itu apabila tiba kepada Rasulullah s.a.w mereka menceritakan perkara tersebut.
Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 115) yang membenarkan ijtihad mereka.(K. Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saudaramu, RajaNajasyi, telah wafat. [Dalam sejarah disebutkan bahawa Raja Najasyi wafat setelah masuk Islam. (Tafsir Thabari, juz IV, tahun 1954 hal 219).] Sembahyanglah untuknya." Oleh itu para sahabat bertanya: "Apakah kita boleh sembahyang untuk bukan Muslim?"
Maka turunlah ayat 199 dari Surah Ali 'Imran. [Ayat tersebut ialah: "Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (al Quran)..... hingga akhirnya.] Para sahabat berkata lagi: "Sebenarnya Raja Najasyi itu sembahyang tidak mengadap kiblat."
Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:115) yang menjelaskan bahawa Raja Najasyi telah menunaikan ibadatnya berdasarkan ketentuan pada waktu itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah)
# Riwayat ini sangat gharib, mursal [Hadis dikatakan Mursal apabila perawinya tidak menerima malalui sahabat. (Bulughul Maram I, c.v. Diponegoro Bandung 1972 hal 14)] atau mu'dlal. [Hadis dikatakan Mu'dlal apabila perawinya (yang meriwayatkan hadis itu) di tengah sanadnya terputus kerana gugur 2 orang Perawi yang berdekatan. (Bulughul Maram I, c.v. Diponegoro Bandung 1972 hal 15).]
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa katika turun ayat: "Ud'uni astajib lakum [Ertinya: "Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu."] (Surah Ghafir: 40: 60) yang bermaksud: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." Maka para sahabat bertanya: "Ke mana kamimengadap?"Oleh sebab itu, turunlah ayat "Faainama tuwallu fatsamma wajhullah" (Surah al Baqarah: 2:115) sebagaijawapan terhadap pertanyaan mereka. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Mujahid)
"Dan (orang musyrik) yang tidak berilmu pengetahuan berkata "Alangkah eloknya kalau Allah berkata-kata dengan kami (mengenai kebenaran Muhammad) atau datang kepada kami sesuatu keterangan (mukjizat)?" Demikian pula orang (kafir) yang terdahulu dari mereka pernah berkata seperti yang dikatakan oleh mereka; hati mereka (sekaliannya) adalah bersamaan (degil dan kufur). Sesungguhnya Kami telah pun menerangkan ayat-ayat keterangan (yang menjadi dalil dan bukti) kepada kaum yang mahu percaya dengan yakin. " (Surah al Baqarah: 2: 118)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa turunnya ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 118) berhubungan dengan kisah Rafi' bin Khuzaimah. Pada ketika itu dia berkata kepada Nabi s.a.w.: "Jika tuan seorang Rasulullah sebagaimana yang tuan katakan, mintalah kepada Dia agar berbicara secara langsung dengan kami sehingga kami mendengar perkataanNya. "
Oleh itu penurunan ayat di atas merupakan sebagai penjelasan bahawa walaupun Allah mengabulkan permintaan mereka, mereka tetap akan kufur kepadaNya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Sesungguhnya Kami telah mengutuskan engkau (wahai Muhammad) dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang yang ingkar). Dan (setelah engkau sampaikan semuanya itu), engkau tidak akan diminta (bertanggungjawab) tentang ahli neraka. "
(Surah al Baqarah: 2: 119)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Aku begitu berkeinginan untuk mengetahui nasib ibu bapaku."Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 119). Selepas itu Rasulullah tidak pernah menyebut lagi tentang kedua ibu bapanya sehingga baginda wafat.
Sesungguhnya ayat di atas menjelaskan bahawa tugas Nabi adalah sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak dari at Tsauri dari Musa bin Ubaidah dari Muhammad Ibnu Ka'b al Qarzhi. Hadis ini adalah Mursal) Dalam suatu riwayat lain dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w pada suatu hari berdoa: "Di manakah kedua ibu bapaku kini berada?"Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 119). (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Juraij dari Daud bin Abi 'Ashim. Hadis ini adalah Mursal)
"Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar." Dan demi Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi kebenaran), maka tiadalah engkau akan perolehi dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu." (Surah al Baqarah: 2:120)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa kaum Yahudi Madinah dan kaum Nasara Najran mengharapkan agar Nabi s.a.w. sembahyang mengadap ke arah kiblat mereka. Oleh itu ketika Allah t.w.t. mengubah kiblat itu mengadap ke arah Kaabah mereka merasa keberatan untuk mengikutinya. Mereka berusaha memujuk Nabi supaya menyetujui kiblat sesuai dengan agama mereka. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 120) yang menegaskan bihawa orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasara tidak akan merasa senang kepada Nabi Muhammad walaupun keinginan mereka dikabulkan. (Diriwayatkan oleh at Tsa'labi dari Ibnu Abbas)
"Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan Jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah RumahKu (Kaabah dan Masjid al-Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang yang bertawaf, dan orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang yang rukuk dan sujud." (Surah al Baqarah: 2:125)
Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Umar menerangkan sesungguhnya pendapatnya bersesuaian dengan firman Allah di dalam tiga perkara iaitu:
1.   Ketika dia mengemukakan usul: "Wahai Rasulullah, tidakkah sebaiknya tuan jadikan makam (tempat sembahyang) Ibrahim ini sebagai tempat sembahyang. "Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:125). [Sejak daripada itu, makam Ibrahim dijadikan tempat untuk imam berdiri bagi orang-orang yang bersembahyang di Masjidil Haram dan disunatkan sembahyang sunat tawaf di tempat tersebut)]
2.   Ketika dia mengusulkan: "Telah berkunjung kepada isteri-isteri tuan orang yang baik dan orang yang jahat. Bagaimana sekiranya tuan memerintahkan supaya dipasangkan hijab (penghalang)."Maka turunlah ayat hijab (Surah alAhzab: 33:53).
3.   Ketika Rasulullah diboikot oleh isteri-isterinya kerana perasaan cemburu. Maka Umar berkata kepada mereka: "Mudah-mudahan TuhanNya akan menceraikan kamu dan menggantikan kamu dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu." Oleh sebab itu, turunlah ayat (Surah at Tahrim: 66: 5) yang membenarkan peringatan Umar kepada isteri-isteri Nabi. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan yang lainnya dari Umar)

Dalam riwayat lain dijelaskan bahawa ketika Rasulullah s.a.w tawaf berkatalah Umar kepadanya: "Ini adalah makam (Tempat sembahyang) bapa kita Ibrahim." Nabi bersabda: "Benar." Umar berkata lagi: "Apakah sebaiknya kita jadikan la tempat sembahyang?" Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2:125). (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Marduwaih dari Jabir)
Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Umar bin Khattab berjalan menyusuri makam Ibrahim bersama Rasulullah, lalu dia bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah kita tidak mendirikan sembahyang di tempat sembahyangnya kekasih Allah?" Rasulullah menjawab: "Benar. "Kemudian Umar berkata lagi: "Apakah kita tidak jadikan la sebagai tempat sembahyang."
Tidak lama selepas peristiwa itu turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:125). [Menurut zahir ayat ini dan yang sebelumnya, bahawa ayat ini turun pada hajatul wada’ (haji terakhir bagi Nabi padatahun 10 Hijrah atau tahun 633 masihi).] (Diriwayatkan oleh Ibnu Marduwaih dari 'Amr bin Maimun dari Umar bin Khattab)
"Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Nabi Ibrahim (menjadi Nabi) di dunia ini; dan sesungguhnya ia pada hari akhirat kelak tetaplah dari orang yang soleh (yang tertinggi martabatnya). " (Surah al Baqarah: 2: 130)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Abdullah bin Salam telah mengajak anak saudaranya, Salamah dan Muhajir untuk memeluk Islam dengan berkata: "Sesungguhnya kamu berdua telah mengetahui bahawa Allah Taala telah berfirman di dalam Taurat, bahawa Dia akan mengutus seorang Nabi dari keturunan Ismail yang bernama Ahmad. Barangsiapa yang beriman kepadanya, maka dia telah mendapat petunjuk dan bimbingan dan barangsiapa yang tidak beriman kepadanya, maka dia akan dilaknat."Oleh itu Salamah telah memeluk Islam. Akan tetapi Muhajir telah menolak ajakan tersebut.
Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 130) yang menegaskan bahawa hanya orang-orang bodoh sahaja yang tidak beriman dengan agama Ibrahim. (Diriwayatkan oleh Ibnu Uyainah)

"Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk. " Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang tetap di atas dasar Tauhid, dan bukanlah ia dari orang musyrik." (Surah al Baqarah: 2:135)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Ibnu Syuria berkata kepada Nabi s.a.w: "Petunjuk ini tidak lain kecuali apa yang kami anuti, maka turutlah kami hal Muhammad supaya tuan mendapat petunjuk."Di samping itu kaum Nasara berkata seperti itu juga.
Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2:135) untuk menegaskan bahawa Agama Ibrahim adalah agama yang bersih daripada perubahan yang boleh menimbulkan syirik. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)

"Orang bodoh (yang kurang akal pertimbangannya) akan berkata: "Apa sebabnya yang menjiadikan orang Islam berpaling dari kiblatyang mereka mengadapnya selama ini?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Timur dan Barat adalah kepunyaan Allah (maka kepihakmana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya); Allah yang memberikan petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya kejalan yang lurus." (Surah al Baqarah: 2:142)
"Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu kejalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai Muhammad satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang membeh keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah), dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya). Dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayat. Dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah betas kasihan dan rahmatNya kepada orang (yang beriman)." (Surah al Baqarah: 2: 143)
"Kerapkali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang mengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid AI-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan." (Surah al Baqarah: 2:144)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Rasulullah s.a.w. sembahyang mengadap ke arah Baitul Maqdis sebagai kiblat. Akan tetapi baginda sering melihat ke atas langit menunggu perintah Allah iaitu mengharapkan agar kiblat ditukarkan ke arah Kaabah atau Masjidil Haram sehingga turun ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 144). Penurunan ayat ini menunjukkan bahawa kiblat bertukar dari Baitul Maqdis ke Masjidil Haram. Oleh itu sebahagian daripada kaum Muslimin berkata: "Kami ingin mengetahui tentang keadaan orang-orang yang telah meninggal sebelum pemindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah dan bagaimana pula mengenai sembahyang kami sebelum ini yakni ketika kami mengadap ke arah Baitul Maqdis?"
Maka turunlah ayat dari (Surah al Baqarah: 2: 143) yang menegaskan bahawa Allah tidak akan mensia-siakan keimanan mereka yang beribadat mengikut ketentuan pada waktu itu. Akan tetapi orang yang berfikiran cetek pada waktu itu pun berkata: "Apakah sebab yang memalingkan mereka (kaum Muslimin) dari kiblat yang mereka hadapi selama ini (dari Baitul Maqdis ke Kaabah)?" Disebabkan peristiwa ini, turunlah ayat dari (Surah al Baqarah: 2: 142) sebagai penjelasan bahawa Allah yang telah menetapkan arah kiblat itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq dari Ismail bin Abi Khalid dari Abi Ishaq dari al Barra. Di samping itu, terdapat sumber lain yang sama dengan riwayat ini)
Di dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa terdapat di kalangan kaum Muslimin yang ingin mengetahui tentang nasib orang-orang yang telah meninggal dunia atau gugur sebelum penukaran kiblat. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 143) (Diriwayatkan di daiam kitab Sahihain (Bukhari dan Muslim) dari al Barra)
“Dari arah mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid al Haram (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat eel a) mereka, dan takutlah kamu kepadaKu (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayat (mengenai perkara yang benar). " (Surah al Baqarah: 2: 150)
Di dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 150) turun adalah disebabkan kejadian berikut: Ketika Nabi memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke arah Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: "Muhammad telah diperbodohkan oleh agamanya. Dia telah memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar daripada jalannya dan dia sudah hampir untuk masuk ke dalam agama kita. " (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari as Suddi melalui sanad-sanadnya)
"Dan janganlah kamu mengatakan (bahawa) sesiapa yang terbunuh dalam perjuangan membela Agama Allah itu; orang yang mati; bahkan mereka itu orang yang hidup (dengan keadaan hidup yang istimewa), tetapi kamu tidak dapat menyedarinya. " (Surah al Baqarah: 2: 154)
Di dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat 154 dari Surah al Baqarah ini turun berhubung dengan peristiwa para sahabat Nabi yang mati syahid dan salah seorang daripadanya ialah Tamim bin al Hamman di dalam peperangan Badar. (Diriwayatkan oleh Ibnu Mandah dari as Suddi as Shaghir dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa para ulama telah bersepakat bahawa nama sahabat yang syahid itu adalah Umair bin al Hamman tetapi as Suddi telah keliru untuk menyebutnya. (Diriwayatkan oleh Abu Na'iem)
"Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah, atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) antara keduanya. Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. " (Surah al Baqarah: 2: 158)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Urwah telah bertanya kepada Aisyah: "Bagaimana pendapatmu tentang firman Allah yang berbunyi "Innas shafa walmarwata hingga akhimya (Surah al Baqarah: 2: 158). Menurut pendapatku ayat ini menegaskan bahawa orang yang tidak melakukan tawafdi kedua tempat itu hukumnya tidak berdosa." Maka Aisyah menjawab: "Sebenamya takwilmu (terjemahanmu) itu wahai anak saudaraku adalah tidak benar. Akan tetapi ayat ini turun untuk menceritakan keadaan kaum Ansar. Sesungguhnya mereka sebelum memeluk Islam telah mengadakan upacara keagamaan kepada Manat iaitu tuhan mereka yang jahat, telah menolak untuk bertawaf di Safa dan Marwah." Maka mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, pada zaman jahiliyyah kami telah keberatan untuk tawaf di Safa dan Marwah." (Diriwayatkan oleh as Syaikhani dan selainnya dari
Urwah dari Aisyah)
Pada riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa 'Ashim bin Sulaiman bertanya kepada Anas tentang Safa dan Marwah. Maka Anas menjawab: "Kami berpendapat bahawa tawaf di antara Safa dan Marwah adalah upacara di zaman Jahiliyyah dan ketika kedatangan Islam kami tidak melakukannya lagi."
Oleh sebab itu, turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 158) untuk menegaskan hukum sa'i di dalam Islam. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari 'Ashim bin Sulaiman)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Ibnu Abbas menerangkan bahawa syaitan-syaitan di zaman Jahiliyyah sentiasa berkeliaran pada malam hari di antara Safa dan Marwah dan di antara kedua tempat itu terdapat berhala-berhala mereka. Oleh itu ketika kedatangan Islam berkatalah kaum Muslimin kepada Rasulullah s.a.w.: "Ya Rasulullah kami tidak akan bertawaf di antara Safa dan Marwah kerana upacara itu biasa kami lakukan di zaman Jahiliyyah." Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:158). (Diriwayatkan oleh al Hakim dari Ibnu Abbas)
"Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkan kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk." (Surah al Baqarah: 2: 159)
Di dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Muaz bin Jabal, Saad bin Muaz dan Kharijah bin Zaid bertanya kepada sekumpulan Paderi Yahudi mengenai beberapa perkara yang terdapat di dalam Taurat. Akan tetapi para paderi tersebut menyembunyikan perkara tersebut dan enggan untuk memberitahunya.
Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 159) untuk mendedahkan keadaan mereka. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdan Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiadalah Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani." (Surah al Baqarah: 2:163)
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta la biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; Sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah), kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. " (Surah al Baqarah: 2: 164)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 163) kaum Musyrikin terkejut dan tertanya-tanya: "Apakah benar Tuhan itu tunggal? Jika benar tunjukkanlah kepada kami bukti-buktinya!"
Maka turunlah ayat yang berikutnya (Surah al Baqarah: 2:164) untuk menegaskan bahawa adanya bukti-bukti keEsaan Tuhan. (Diriwayatkan oleh Said bin Mansurdi dalamnya Sunannya, al Faryabi di dalam tafsirnya dan al Baihaqi di dalam kitab Syu'bul Iman dari Abidr Dhuha)
(As Sayuthi berpendapat bahawa hadis ini adalah mu'dlal tetapi ada syahid atau penguatnya)
Di dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa setelah turun ayat ini (Surah al Baqarah: 2:163) kepada Nabi s.a.w. di Madinah, maka orang kafir Quraisy di Mekah bertanya: "Bagaimana Tuhan yang tunggal dapat mendengar manusia yang banyak?"
Oleh sebab itu, turunlah ayat yang berikutnya iaitu (Surah al Baqarah: 2:164) sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Abu Syaikh di dalam kitab al Izhmah dari 'Atha)
Di dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Kaum Quraisy berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w.: "Berdoalah kepada Allah supaya menjadikan Safa itu sebagai gunung Emas sehingga kita dapat menguatkan diri untuk melawan musuh." Maka Allah menurunkan wahyu kepadanya (Surah al Maaidah: 5: 115) untuk menunaikan permintaan mereka tetapi dengan syarat apabila mereka kufur setelah dipenuhi permintaan tersebut, Allah akan memberikan seksaan yang belum pernah diberikan kepada orang lain di alam ini. Maka Rasulullah bersabda: "Wahai Tuhanku, biarkanlah aku dengan kaumku, sesungguhnya aku akan mengajak mereka sehari demi sehari."
Oleh sebab itu, Allah telah menurunkan ayat tersebut (Surah al Baqarah: 2: 164). Penurunan ayat tersebut adalah untuk menjelaskan mengapa mereka meminta supaya menjadikan Safa sebagai gunung Emas, sedangkan mereka mengetahui bahawa terdapat tanda-tanda yang luar biasa lebih daripada itu. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Marduwaih dari Ibnu Abbas. Sanadnya adalah baik dan Mausul [Hadis dikatakan Mausul apabila sanadnya tidak terputus hinga sampai kepada Nabi s.aw. (Bulughul Maran I c.v. Diponegoro 1972, hal 14)]
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah." Mereka menjawab: "(Tidak), bahkan kami (hanya) menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya." Patutkah (mereka menurutnya) sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu ,r. (apa agama), dan tidak pula mendapat petunjuk hidayat (dari Allah)?" (Surah al Baqarah: 2:170)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat di atas turun adalah disebabkan oleh ajakan Rasulullah kepada kaum Yahudi untuk memeluk Islam serta memberikan khabar gembira dan memberi peringatan kepada mereka akan seksaan Allah dan azabNya. Akan tetapi Rafi’ bin Huraimallah dan Malik bin Auf dari kaum Yahudi menjawab ajakan ini dengan berkata: "Hai Muhammad! Kami akan mengikut jejak langkah nenek moyang kami kerana mereka lebih pintar dan lebih baik daripada kami. "
Oleh itu, penurunan ayat ini adalah sebagai teguran kepada orang-orang yang hanya mengikut jejak langkah nenek moyangnya. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Sesungguhnya orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari Kiamat, dan la tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. " (Surah al Baqarah: 2: 1 74)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa firman Allah di dalam ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 174) dan (Surah Ali 'Imran: 3: 77) diturunkan untuk menceritakan tentang kebiasaan kaum Yahudi yang terpesong dari ajaran yang sebenarnya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ikrimah)
Di dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat di atas (Surah al Baqarah: 2:174) turun adalah disebabkan peristiwa berikut: Pada kebiasaannya para pemimpin dan ulama Yahudi akan mendapat sanjungan daripada rakyat bawahannya. Oleh sebab itu mereka mengharap agar Nabi yang akan diutuskan diangkat dari kalangan mereka.
Akan tetapi ketika Nabi Muhammad diutus bukan dari kalangan Yahudi, mereka takut kehilangan sumber keuntungan, kedudukan dan pengaruh. Oleh itu, mereka telah mengubah sifat-sifat Muhammad yang telah ditulis di dalam kitab Taurat dan mengumumkan kepada para pengikutnya dengan berkata: "Inilah Nabi yang akan lahir pada akhir zaman dan sesungguhnya ia tidak sama dengan sifat Muhammad ini." (Diriwayatkan oleh at Tsa'labi dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)
"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak Timur dan Barat, tetapi kabajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya, sedang ia menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang yang meminta, dan orang yang memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang yang bertakwa." (Surah al Baqarah: 2:177)
Di dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Qatadah telah menerangkan tentang kaum Yahudi yang beranggapan bahawa sembahyang mengadap ke arah barat adalah lebih baik, tetapi kaum Nasara berpendapat sebaliknya. Maka turunlah ayat di atas. (K. Diriwayatkan oleh Abdul Razak dari Ma'mar dari Qatadah) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Abi Hatim dari Abil 'Aliah)
Pada riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 177) turun adalah berhubung dengan pertanyaan seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w. tentang bir (kebaikan). Selepas turun ayat ini Rasulullah telah memanggil semula orang itu dan dibacakannya ayat tersebut.
Sesungguhnya peristiwa itu terjadi sebelum diwajibkan sembahyang fardhu ke atas orang Islam. Pada waktu itu apabila seseorang telah mengucap dua kalimat syahadah, dan kemudian dia meninggal di dalam keadaan tetap imannya, maka dia mempunyai harapan yang besar untuk mendapat kebaikan. Akan tetapi kaum Yahudi menganggap bahawa yang baik itu adalah apabila mereka sembahyang mengadap ke arah barat, sedangkan kaum Nasara beranggapan yang sebaliknya iaitu mengadap ke timur. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdan Ibnu Munzirdari Qatadah)
"Wahai orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman "Qisaas" (balasan yang seimbang) dalam perkara orang yang mati dibunuh iaitu: "Orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran gantinyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah al Baqarah: 2:178)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa pada zaman jahiliyyah iaitu ketika agama Islam hampir disyariatkan terdapat dua suku bangsa Arab yang berperang di antara satu sama lain. Oleh itu, ada di antara mereka yang terbunuh dan terluka, malahan mereka membunuh hamba sahaya dan wanita.
Akan tetapi mereka tidak sempat untuk membalas dendam kerana telah memeluk Islam. Walaupun begitu mereka menyombongkan diri di antara satu sama lain dengan jumlah pasukan dan harta kekayaan yang mereka miliki serta bersumpah tidak akan redha jika hamba sahaya yang dibunuh itu tidak diganti dengan orang yang merdeka dan wanita diganti dengan gadis.
Maka turunlah ayat di atas untuk menerangkan tentang hukum Qisas. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair)
"(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah la berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hah yang dibuka) itu pada hari-hah yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu membeh makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah satu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada membeh fidyah), kalau kamu mengetahui." (Surah al Baqarah: 2:184)
Ayat ini turun disebabkan kejadian seorang maula [Abid yang telah dimerdekakan] yang bernama Qais bin Assaib yang telah memaksa dirinya untuk berpuasa sedangkan dia sudah tua sekali.
Maka dengan turunnya ayat ini dia telah berbuka dan membayar fidyah dengan memberi makan orang miskin selama mana dia tidak berpuasa. (Diriwayatkan oleh Ibnu Sa'd di dalam kitab at Thabaqatdarl Mujahid)
"Dan apabila hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik dan betul." (Surah al Baqarah: 2:186)
Ayat ini turun adalah disebabkan pertanyaan seorang Badwi kepada Nabi s.a.w.: "Apakah Tuhan kami itu dekat sehingga kami dapat munajat dan memohon kepadaNya ataupun Dia jauh sehingga kami harus menyeruNya?"
Nabi s.a.w terdiam sehingga turun ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 186) sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim Ibnu Marduwaih, Abu Syaikh dan selainnya dari beberapa jalan, dari Jarir bin Abdul Hamid dari Abdah as Sajastani dari as Shalt bin Hakim bin Muawiyah bin Jaidah dari bapanya dari datuknya)
Menurut riwayat lain pula, ayat ini (Surah al Baqarah: 2:186) turun sebagai jawapan kepada pertanyaan beberapa orang sahabat kepada Nabi s.a.w.: "Dimanakah Tuhan kita." (Diriwayatkan oleh Abdul Razak dari Hasan, tetapi ada sumber-sumber lain yang menguatkannya. Hadis ini mursal)
Selain itu, terdapat riwayat yang mengatakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2:186) turun berkenaan dengan sabda Rasulullah s.a.w.: "Janganlah kalian berkecil hati di dalam berdoa kepada Allah kerana Allah telah berfirman di dalam al Quran (Surah Ghafir: 40: 60) yang berbunyi "Ud'uni astajib lakum” [Ertinya ialah: Berdoalah kamu kepadaKu, pasti aku akan mengabulkannya)] Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Wahai Rasulullah! Apakah Tuhan mendengar doa kita atau bagaimana?" Sebagai jawapannya, turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:186). (Diriwayatkan oleh Ibnu Asakir dari Ali)
Menurut riwayat lain, setelah turun ayat "Waqala rabbukum ud'uni astajib lakum [Ertinya ialah: Dan berkatalah Tuhanmu: Berdoalah kamu kepadaKu, pasti aku akan mengabulkannya)] (Surah Ghafir: 40:60), para sahabat tidak mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk berdoa. Maka turunlah ayat ini. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Atha bin Abi Rabah)
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu la menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertakwa."(Surah al Baqarah: 2:187)
Penurunan ayat ini berhubung kait dengan beberapa peristiwa berikut:
a. Para sahabat Nabi s.a.w. beranggapan bahawa makan, minum dan menggauli isteri pada malam hari di bulan Ramadhan hanya boleh dilakukan sebelum mereka tidur. Di antara mereka ialah Qais bin Shirmah dan Umar bin Khattab. Qais bin Shirmah dari kaum Ansar merasa sangat letih setelah seharian bekerja. Setelah selesai sembahyang isyak, dia tertidur dan tidak makan dan minum hingga pagi. Sementara itu Umar bin Khattab telah menggauli isterinya selepas tidur pada malam hari di bulan Ramadhan. Pada keesokan harinya, dia datang mengadap Rasulullah untuk menceritakan perkara tersebut. Maka turunlah ayat ini. (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan al Hakim  dari Abdur Rahman bin Abi Laila dari Muaz bin Jabal) (Hadis ini adalah masyhur [Hadis masyhur adalah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih kepada tiga orang atau lebih dan seterusnya (Bulughul Maram I c.v. Diponegoro Bandung 1972, hal 18).] dari Ibnu Abi Laila.
Walaupun dia tidak mendengar secara langsung dari Muaz bin Jabal tetapi mempunyai sumber lain yang menguatkannya)
b.  Seorang sahabat nabi tidak makan dan minum pada malam hari di bulan Ramadhan kerana tertidur setelah tibanya waktu berbuka puasa. Sesungguhnya pada malam itu dia tidak makan sama sekali dan pada keesokannya dia berpuasa lagi. Seorang sahabat nabi yang lain pula iaitu Qais bin Shirmah telah meminta makanan kepada isterinya apabila tiba waktu untuk berbuka, tetapi malangnya makanan tersebut belum disediakan. Akibat terlalu letih bekerja Qais telah tertidur ketika isterinya sedang sibuk menyediakan makanan untuk berbuka.
Apabila makanan telah dihidangkan, isterinya telah mengejutkannya dari tidur untuk berbuka. Oleh itu berkatalah dia: "Wahai celakalah engkau." [Pada waktu itu orang muslim menganggap bahawa apabila seseorang telah tidur di malam hari di bulan Ramadhan, maka tidak boleh makan lagi selepas itu.] Pada tengah hari keesokan harinya Qais bin Shirmah pengsan. Kejadian ini telah diceritakan kepada Nabi s.a.w.
Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah: 2:187) sehingga gembiralah kaum Muslimin.
c.  Sesungguhnya para sahabat nabi tidak akan menggauli isteri mereka selama sebulan penuh di bulan Ramadhan. Akan tetapi ada di antaranya yang tidak dapat menahan nafsu. Maka turunlah ayat ini. (Diriwayatkan oleh Bukhari dari al Barra)
d.  Pada waktu itu terdapat anggapan bahawa di bulan Ramadhan haram bagi orang Muslim untuk makan, minum dan menggauli isteri selepas tertidur di malam hari sehingga tiba waktu berbuka pada keesokan harinya. Pada suatu ketika Umar bin Khattab telah pulang dari rumah Nabi setelah larut malam. Pada waktu itu dia begitu ingin untuk menggauli isterinya, tetapi isterinya berkata: "Saya sudah tidur." Umar pun berkata: "Engkau tidak tidur dan dia pun menggauli isterinya. Demikian juga Kaab melakukan perkara yang sama.
Oleh itu pada keesokan harinya Umar menceritakan keadaan dirinya kepada Nabi s.a.w. Maka turunlah ayat ini. (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Jarirdan Ibnu Abi Hatim dari Abdullah bin Kaab bin Malik dari bapanya)
e.   Perkataan "Minal Fajri dalam ayat ini turun untuk menceritakan keadaan orang-orang pada malam hari telah mengikat kakinya dengan tali putih dan tali hitam apabila hendak berpuasa. Sesungguhnya mereka akan makan dan minum apabila jelas kelihatan perbezaan di antara kedua tali itu.
Maka turunlah “Minal fajri”. "Kemudian mereka mengerti bahawa "Khaithul abyadu minal khaitil aswadi" itu bermaksud tidak lain hanyalah siang dan malam. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Sahl bin Said)
Perkataan "Wala tubasyiruhuna wa antum 'akifun fil masajidi" dalam ayat ini turun berkenaan dengan seorang sahabat yang keluar dari masjid untuk menggauli isterinya sedangkan pada saat itu dia sedang beriktikaf. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah)
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, danjangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). " (Surah al Baqarah: 2: 188)
Ayat ini turun adalah disebabkan peristiwa yang berlaku di antara Imriil Qais bin Abis dan Abdan bin Asyma' al Hadhrami dalam soal perebutan tanah. Imriil Qais berusaha untuk mengambil tanah itu supaya menjadi miliknya dengan bersumpah di hadapan hakim.
Oleh itu penurunan ayat ini merupakan peringatan kepada orang-orang yang merampas hak orang lain dengan cara yang batil. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said bin Jubair)
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram), akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertakwa; dan masuklah ke rumah (kamu) itu melalui pintunya, serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya." (Surah al Baqarah: 2:189)
Ayat dalam surah ini yang bermula dari 'Yas alunaka 'anil ahillah hingga linnasi walhajji" diturunkan sebagai jawapan kepada pertanyaan yang diajukan kepada nabi mengenai peredaran bulan. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari al Ufi dari Ibnu Abbas)
Menurut riwayat lain pula terdapat orang-orang yang bertanya kepada Rasululiah: "Untuk apa diciptakan bulan sabit?"Maka ayat ini diturunkan sebagai penjelasan kepada pertanyaan tersebut. (K. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abil 'Aliah)
Pada riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa 'Yas alunaka 'anil ahillah hingga linnasi walhajji" turun berkenaan dengan pertanyaan Muaz bin Jabal dan Thalabah bin Ghunamah kepada Rasululiah: 'Ya Rasulullah! Mengapa bulan sabit pada mulanya timbul kecil sehalus benang dan kemudian bertambah besar hingga bundar dan kembali seperti semula serta tidak tetap bentuknya." Maka turunlah ayat ini sebagai jawapan. (Diriwayatkan oleh Abu Nairn dan Ibnu Asakir di dalam tarikh Dimasyqa dari as Suddi as Shaghir dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)
"Walaisal birru bi anta'tul buyuta min dhuhuriya" hingga akhir ayat diturunkan untuk menceritakan tentang kebiasaan orang jahiliyyah apabila pulang dari menunaikan ihram di Baitullah akan memasuki rumah mereka melalui pintu belakang. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari al Barra)
Menurut riwayat lain pula, orang-orang Quraisy yang diberi gelaran al Hams menganggap baik apabila melakukan ihram dengan masuk dan keluar melalui pintunya. Akan tetapi kaum Ansar dan orang-orang Arab lain menganggap yang sebaliknya dengan masuk dan keluar tidak melalui pintunya.
Pada suatu hari, ada orang melihat Quthbah bin Amir dari Kaum Ansar keluar melalui pintu dengan mengikut Rasululiah s.a.w. Selepas itu, orang tersebut telah mengadu kepada Rasululiah dan Baginda segera menegurnya. Quthbah menjawab: "Saya hanya mengikut apa yang tuan lakukan." Rasululiah bersabda: "Aku ini seorang Ksatria." Quthbah menjawab lagi: "Saya pun penganut agama tuan."
Maka turunlah ayat "Walaisal birru bi anta'tul buyuta min dhuhuriya" hingga akhirnya.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan al Hakim dari Jabir. Menurut al Hakim hadis ini adalah sahih. Ibnu Jarir meriwayatkan dari al Ufi dari Ibnu Abbas)
Menurut riwayat lain lagi, ayat ini turun berhubung dengan peristiwa kaum Ansar apabila pulang dari sesuatu perjalanan tidak akan memasuki rumah mereka melalui pintunya. (Diriwayatkan oleh at Thayalisi dari al Barra)
Menurut riwayat lain pula, penurunan ayat ini adalah disebabkan peristiwa berikut: Orang-orang pada waktu itu tidak akan masuk melalui pintunya apabila hendak berihram di baitullah kecuali golongan al Hams (Ksatria). Pada suatu hari Rasulullah telah masuk dan keluar melalui pintunya dan diikuti oleh Rifa'ah bin Tabut, padahal dia bukan dari golongan ksatria.
Maka mengadulah orang-orang yang melihatnya kapada Rasulullah dengan berkata: "Wahai Rasulullah Rifa'ah telah melanggar." Rasulullah bersabda kepada Rifaa'ah: "Mengapa engkau melakukan sedemikian?" Dia menjawab: "Saya mengikuti tuan." Nabi bersabda lagi: "Aku ini Ksatria." Dia menjawab lagi: "Agama kita satu." Maka turunlah "Walaisal birru bi anta'tul buyuta hinga akhir ayat. (Diriwayatkan oleh Abdul bin Hamid dari Qais bin Habtaran Nahsyali)
"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang menceroboh." (Surah al Baqarah: 2:190)
"Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usir mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid al Haram sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (disitu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang yang kafir." (Surah al Baqarah: 2:191)
"Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhenti I ah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al Baqarah: 2:192)
"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian Jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim." (Surah al Baqarah: 2:193)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini turun berhubung dengan peristiwa "perjanjian di Hudaibiyah" iaitu ketika Rasulullah dihalang oleh kaum Quraisy untuk memasuki Baitullah. Adapun isi kandungan perjanjian tersebut antara lain ialah, agar kaum Muslimin menunaikan Umrah pada tahun berikutnya.
Apabila telah sampai masanya mengikut perjanjian, kaum muslimin telah menyiapkan diri untuk menunaikan umrah. Akan tetapi mereka merasa bimbang jikalau kaum Quraisy tidak menepatijanji malahan memerangi dan menghalang mereka untuk masuk ke Masjidil Haram, sedangkan mereka enggan berperang pada bulan haram. Maka turunlah ayat ini dari Surah al Baqarah: 2: 190 hingga 193 yang membenarkan berperang untuk membalas serangan musuh. (Diriwayatkan oleh al Wahidi dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)
"(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas percabulan dalam) bulan yang dihormati, dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertakwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah beserta orangyang bertakwa. " (Surah al Baqarah: 2: 194)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan peristiwa sebagai berikut: Pada bulan Zulkaedah Nabi s.a.w dan para sahabatnya berangkat menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah dengan membawa korban. Akan tetapi apabila mereka tiba di Hudaibiyah, mereka telah dihalang oleh kaum Musyrikin Mekah dan diadakan satu perjanjian yang isi kandungannya antara lain agar kaum Muslimin menunaikan umrah pada tahun yang berikutnya.
Oleh itu, pada bulan Zulkaedah tahun berikutnya, berangkatlah Nabi dan para sahabatnya menuju ke Mekah dan tinggal di sana selama tiga malam.
Sesungguhnya kaum Musyrikin merasa bangga kerana berjaya menggagalkan rancangan Nabi s.a.w. untuk menunaikan Umrah pada tahun itu. Allah s.w.t. membalasnya dengan meluluskan maksud Umrah pada bulan yang sama pada tahun yang berikutnya.
Penurunan ayat di atas adalah berhubung dengan peristiwa tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah)
"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil),dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya. " (Surah al Baqarah: 2: 195)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini turun untuk menjelaskan tentang hukum nafkah. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Huzaifah)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan peristiwa sebagai berikut: Ketika Islam telah berjaya dan ramai pengikutnya, kaum Ansar telah berbisik sesamanya dengan berkata: "Harta kita telah habis dan Allah telah memberi kejayaan kepada Islam. Bagaimana sekiranya kita membangun dan memperbaiki kembali ekonomi kita?" Maka turunlah ayat di atas sebagai teguran kepada mereka supaya jangan menjerumuskan diri pada tahlukah. [Erti tahlukah dalam (Surah al Baqarah: 2:195) ialah: meninggalkan kewajipan fi sabilillah dan berusaha mengumpul harta)] (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Tarmizi, Ibnu Hibban, al Hakim dan selainnya dari Abi Ayub al Anshari. Menurut Tarmizi hadis ini sahih)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan peristiwa seperti berikut: Kaum Ansarter kenal sebagai kaum yang suka bersedekah dengan mengeluarkan harta kekayaan yang banyak. Akan tetapi pada musim ditimpa bencana kelaparan, mereka tidak lagi memberi sadaqah. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:195). (Diriwayatkan oleh at Thabarani dengan sanad yang sahih dari Abi Jubairah bin Dlahhak)
Menurut riwayat lain pula, diceritakan bahawa ada seseorang yang menganggap bahawa Allah tidak akan memberi ampun di atas dosa-dosa yang pernah dilakukan. Maka turunlah ayat "Wala tulqu biaidikum ilat-tahlukah." (Diriwayatkan oleh atThabarrani dengan sanad yang sahih dan kuat dari an Nukman bin Basyir. Hadis ini dikuatkan oleh al Hakim dari al Barra)
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepong (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahalul, serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati, dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahalul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit, atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu la mencukur rambutnya), hendaklah ia membayarfidyah iaitu berpuasa, atau bersedekah, atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) sehingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (Bolehlah ia melakukannya kemudian Wajiblah ia) menyembelihkan Dam yang mudah di dapati. Kalau ia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum iniialah bagi orang yang tidak tinggal tetap (disekitar) masjid al Haram (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah; dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan siksaNya (terhadap orang yang melanggar perintahNya)." (Surah al Baqarah: 2:196) Penurunan ayat ini berhubung kaitdengan beberapa peristiwa berikut:
a.  Seorang lelaki berjubah dan memakai wangi-wangian za'faran datang mengadap Nabi s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah apa yang harus saya lakukah di dalam menunaikan umrah?" Maka turunlah ayat ini "Wa atimmulhajja wal 'umrata lillah." Maka Rasulullah bersabda: "Mana orang yang bertanya kepadaku tentang umrah?" Orang itu menjawab: "Saya ya Rasulullah." Seterusnya Rasulullah bersabda: "Tanggalkan bajumu, bersihkan hidung dan mandilah dengan sempuma, kemudian lakukan apa yang biasa kamu lakukan pada waktu haji." (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Shafwan bin Umayyah)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Kaab bin Ujrah telah ditanya mengenai firman Allah yang berbunyi: "fafid-yatum min shiyamin awshadaqatin awnusuk"(Surah al Baqarah: 2:196). Maka dia bercerita seperti berikut:
"Saya merasa begitu susah ketika melakukan umrah kerana kutu bertebaran di atas rambut dan muka saya. Pada waktu itu Rasulullah melihat akan kesusahan yang ditanggung olehku. Maka turunlah ayat "fafid-yatum min shiyamin awshadaqatin aw nusuk" khususnya tentang aku dan berlaku bagi semua. Selepas itu Rasulullah bersabda: "Apakah engkau mempunyai biri-biri untuk fidyah." Aku menjawab bahawa aku tidak memilikinya. Rasulullah bersabda lagi: "Berpuasalah kamu selama tiga hari atau berilah makan kepada enam orang miskin sebanyak setengah cupak makanan setiap orang dan bercukurlah kamu." (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Kaab bin Ujrah)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah s.a.w. bersama para sahabat berada di Hudaibiyah sedang berihram, kaum Musyrikin telah melarang mereka untuk meneruskan umrah di Baitullah. Pada waktu itu salah seorang sahabat iaitu Kaab bin Ujrah, kepalanya dipenuhi dengan kutu sehingga bertebaran di mukanya. Kebetulan pada ketika itu, Rasulullah lalu di hadapannya dan melihat kasusahan yang terpaksa dihadapi.
Maka turunlah ayat "faman kana minkum maridhan aw bihi adzan mirra'sihi fafid yatun min shiyamin aw shadaqatin aw nusuk," lalu Rasulullah bersabda: "Apakah kutu-kutu itu mengganggu?" Maka Rasulullah menyuruh supaya dia bercukur dan membayar fidyah. (Diriwayatkan oleh Ahmad dari Kaab)
Dalam riwayat lain ada juga dikemukakan bahawa ketika Rasulullah dan para sahabat berhenti di Hudaibiyah iaitu dalam perjalanan untuk menunaikan umrah datanglah Kaab bin Ujrah yang kepala dan mukanya dipenuhi dengan kutu. Kaab berkata: "Ya Rasulullah kutu-kutu ini menyakitiku."
Maka turunlah ayat "faman kana minkum maridhan aw bihi adzan mirra'sihi fafid yatun min shiyamin aw shadaqatin aw nusuk," (Diriwayatkan oleh al Wahidi dari Atha dari Ibnu Abbas)
"(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri Isteri, maka tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adaIah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal dengan secukupnya, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertakwalah kepadaKu wahai orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)." (Surah al Baqarah: 2:197)
Menurut suatu riwayat, sesungguhnya orang Yaman tidak akan membawa apa-apa bekalan apabila pergi menunaikan haji dengan alasan mereka bertawakkal kepada Allah.
Maka turunlah ayat "watazawwadu, fainna khairaz zadit takwa" dari surah al Baqarah. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dan lain-lainnya dari Ibnu Abbas)
"Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji) Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah (dengan doa, "talbiah" dan tasbih) di tempat Masyar al Haram (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutNya sebagaimana la telah memberikan petunjuk hidayat kepada kamu; sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang yang salah jalan ibadatnya." (Surah al Baqarah: 2:198)
Menurut suatu riwayat, pada zaman jahiliyah terdapat suatu pasar yang terkenal bernama Ukadh, Mijnah dan Zul-Majaz. Kaum Muslimin merasa berdosa apabila berdagang di pasar itu pada musim haji. Mereka bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara itu.
Maka turunlah ayat "laisa 'alaikum junahun an tabtaghu fadl-lan min rabbikum" (Surah al Baqarah: 2: 198) yang membenarkan mereka berdagang pada musim haji. (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Ibnu Abbas)
Menurut riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Abi Umamah at Taimi bertanya kepada Ibnu Umar tentang penyewaan kenderaan sambil naik haji. Ibnu Umar menjawab: "Pernah ada seorang lelaki bertanya mengenai perkara ini kepada Rasulullah."
Maka ketika itu juga turun ayat "laisa 'alaikum junahun an tabtaghu fadl-lan min rabbikum". Selepas itu, Rasulullah memanggil orang itu dan bersabda: "Sesungguhnya kamu termasuk orang yang menunaikan ibadah haji." (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Abi Hatim, Ibnu Jarir, al Hakim dan selainnya dari Abi Umamah at Taimi)
"Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai, dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al Baqarah: 2: 199)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa orang-orang Arab wukuf di Arafah, sedangkan orang Quraisy wuquf di lembah (Muzdalifah). Maka turunlah ayat di atas untuk mengharuskan wukuf di Arafah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa orang-orang Quraisy wukuf di dataran rendah Muzdalifah, tetapi selain daripada orang Quraisy wukuf di dataran tinggi di Arafah kecuali Syaibah bin Rabi'ah.
Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 199)yang mewajibkan wukuf di Arafah. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir dari Asma binti Abi Bakar)
"Kemudian apabila kami telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji Kami, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingat Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan Kami! Berilah kami (kebaikan) di dunia." (Orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat." (Surah al Baqarah: 2: 200)
"Dan di antara mereka pula ada yang (berdo'a dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami; berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka." (Surah al Baqarah: 2: 201)
"Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya." (Surah al Baqarah: 2: 202)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa pada zaman itu orang-orang jahiliyah wukuf pada musim pasar. Malahan sebahagian di antara mereka selalu membanggakan tentang nenek moyangnya yang telah membahagikan makanan, meringankan beban serta membayar diat (denda kepada orang lain). Dengan kata lain, pada waktu wukuf itu mereka selalu menyebut tentang sesuatu yang pernah dilakukan oleh nenek moyang mereka.
Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 200) sebagai petunjuk kepada mereka tentang apa yang harus dilakukan pada waktu wukuf. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
Menurut riwayat lain pula, sesungguhnya orang-orang pada waktu itu apabila mereka melakukan manasik, mereka akan berdiri di sisi jumrah sambil menyebut-nyebut jasa nenek moyang mereka pada zaman jahiliyah. Maka penurunan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 200) merupakan sebagai petunjuk tentang apa yang harus dilakukan ketika jumrah (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Mujahid)
Selain itu, ada suatu riwayat yang mengatakan bahawa terdapat salah satu suku bangsa Arab apabila sampai di tempat wukuf mereka akan berdoa: "Ya Allah, semoga Allah menjadikan tahun ini tahun yang banyak hujan dan tahun makmur yang membawa kemajuan serta kebaikan." Mereka tidak menyebut sama sekali tentang urusan akhirat. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2:200) sebagai petunjuk bagaimana seharusnya berdoa.
Setelah itu kaum Muslimin berdoa sesuai dengan petunjuk Allah dalam al Quran (Surah al Baqarah: 2:201) dan kemudian ditegaskan oleh Allah dengan firman yang berikutnya (Surah al Baqarah: 2:202). (K.Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
"Dan di antara manusia ada orang yang tuturkatanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang sangat-sangat keras permusuhannya (kepadamu)." (Surah al Baqarah: 2: 204)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika pasukan kaum Muslimin yang di dalamnya terdapat 'Ashim bin Murtsid berada dalam kesusahan, berkatalah dua orang dari golongan munafiq: "Celakalah ke atas mereka yang terpedaya oleh ajakan Muhammad sehingga terbunuh. Sebagai akibatnya mereka tidak akan merasa tenteram lagi bersama keluarganya ataupun untuk melaksanakan tuntutan agamanya."
Maka Allah menurunkan ayat di atas sebagai peringatan kepada kaum Muslimin supaya tidak tertarik hati dengan pujukan manis mereka dan tertarik oleh kehidupan dunia. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
Menurut riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa al Akhnas bin Syariq salah seorang anggota Zukhra yang memusuhi Rasulullah telah datang kepada Nabi mengutarakan maksudnya untuk memeluk Islam dengan penggunaan bahasa yang sangat menarik sehinga Nabi mengaguminya.
Apabila pulang daripada perjumpaan tersebut dia telah melalui kebun dan ladang ternakan kaum Muslimin. Kemudian dia membakar tanaman dan membunuh ternakan kaum Muslimin.
Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 204) sebagai peringatan kepada kaum Muslimin akan tipu daya manis mulut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari as Suddi)
"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambaNya." (Surah al Baqarah: 2: 207)
Menurut suatu riwayat, Shuhaib telah dikejar oleh sepasukan kaum Quraisy ketika berhijrah ke Madinah untuk mengikut Nabi s.a.w. Oleh kerana itu, dia telah turun dari kenderaannya dengan panah di tangannya dan berkata: "Wahai kaum Quraisy, kalian semua tentu sudah tahu bahawa aku adalah pemanah yang handal. Demi Allah, kalian semua tidak akan sampai kepadaku selagi panah dan pedang ada di tanganku. Sekarang pilihlah satu di antara dua: Kalian semua akan mati terbunuh atau memiliki harta benda yang kutinggalkan di Mekah dengan membiarkan aku berhijrah ke Madinah." Mereka memilih harta dan membiarkan Shuhaib pergi.
Apabila sampai di Madinah, dia telah menceritakan perkara tersebut kepada Nabi. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 207) dan Nabi bersabda: "Untung perdaganganmu itu, hai Aba Yahya. Engkau telah beruntungya Aba Yahya." (Diriwayatkan oleh al Harts bin Abi Usamah dalam musnadnya, dan Ibnu Abi Hatim dari Said bin al Musayyab) (Diriwayatkan pula oleh al Hakim dalam Mustadraknya dari Ibnu Musayyab dari Shuhaib. Hadis ini Mausul) [Hadis yang sanadnya sampai kepada Nabi s.a.w. dengan tidak terputus. (Bulughul Maram I c.v. Diponegoro 1972 hal. 14)] (Diriwayatkan pula oleh al Hakim dari Ikrimah. Hadis ini Mursal) (Diriwayatkan pula oleh al Hakim dari Hamad bin Salamah dari Tsabit dari Anas. Dalam hadis ini penjelasan tentang penurunan ayat lebih terperinci dan dinyatakan bahawa hadis ini sahih menurut syarat Muslim) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah dan dinyatakan bahawa ayat ini turun berhubung dengan kisah Shuhaib. Abi Dhardan Jundub Ibnussakan salah seorang keluarga Abi Dhar)
"Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." (Surah al Baqarah: 2: 208)
Menurut suatu riwayat, terdapat sekumpulan kaum Yahudi datang mengadap Rasulullah s.a.w. untuk beriman kepada agamanya. Akan tetapi mereka meminta agar membiarkan mereka merayakan hari Sabtu dan mengamalkan Kitab Taurat pada malam hari. Sesungguhnya mereka menganggap bahawa hari Sabtu adalah hari yang harus dimuliakan dan kitab Taurat adalah kitab yang diturunkan oleh Allah juga. Maka turunlah ayat di atas sebagai peringatan untuk tidak mencampuradukkan agama. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ikrimah)
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)." (Surah al Baqarah: 2: 214)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini turun berhubung dengan peristiwa Perang Ahzab. Pada ketika itu Nabi ditimpa kesusahan yang sangat hebat di samping kepungan musuh yang sangat ketat. Penurunan ayat di atas menunjukkan bahawa perjuangan itu memerlukan pengorbanan. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak dari Ma'mar dari Qatadah)
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)?"Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang yang terlantar dalam perjalanan." Dan (ingatlah), apajua yang kamu buat darijenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)." (Surah al Baqarah: 2: 215)
Menurut suatu riwayat, kaum Muslimin telah bertanya kepada Rasulullah: "Dimanakah kamiboleh infakkan harta benda kami, ya Rasulullah?" Maka turunlah ayat di atas sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ibnu Juraij)
Menurut riwayat lain pula, Umar bin al Jamuh telah bertanya kepada Nabi s.a.w.: "Apakah yang mesti kami infakkan dan kepada siapa patut diberikannya?" maka turunlah ayat ini sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Abi Hayyan)
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah: "Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang Islam) dari jalan Allah, dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang Islam) ke Masjid al Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah. Dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati). Dan mereka (orang kafiritu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian); dan sesiapa diantara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu ia mati sedang la tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang balk) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah anil neraka di dalamnya (selama-lamanya)." (Surah al Baqarah: 2: 217)
"Sesungguhnya orang yang beriman, dan orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang yang mengharap akan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (SurahalBaqarah:2:218)
Menurut suatu riwayat, Rasulullah s.a.w. telah mengirim suatu pasukan di bawah pimpinan Abdullah bin Jahsy. Mereka bertempur dengan pasukan yang dipimpin oleh Ibnu Hadhrami. Akhirnya terbunuhlah ketua pasukan musuh. Pada waktu itu sebenarnya pasukan Abdullah bin Jahsy tidak jelas mengenai bulan mereka berperang sama ada bulan Rejab, Jamadil Awal atau Jamadil Akhir. Akan tetapi kaum Musyrikin menggembar-gemburkan berita bahawa kaum Muslimin berperang pada bulan haram. Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 217).
Kaum Muslimin yang ada di Madinah berkata: "Perbuatan mereka berperang dengan pasukan Ibnul Hadharami ini mungkin tidak berdosa malahan akan mendapat pahala."Maka Allah menurunkan ayat yang berikutnya (Surah al Baqarah: 2: 218). (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim, at Thabarani dalam kitab al Kabir, ai Baihaqi dalam sunannya dari Jundub bin Abdillah)
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. "Dan mereka bertanya pula kepadamu: "Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: "(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu)." Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir." (Surah al Baqarah: 2: 219)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ketika Allah memerintahkan kepada orang Islam untuk membelanjakan harta ke jalan Allah, maka segolongan sahabat datang mengadap Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Kami tidak mengetahui perintah infaq yang bagaimana dan harta yang mana yang harus kami keluarkan itu."
Maka Allah menurunkan ayat "wayas alunaka madza yunfiqun, qulil 'afwa"yang menerangkan bahawa nafkah yang wajib dikeluarkan ialah baki daripada keperluan harian. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Muaz bin Jabal dan Tsa'labah datang mengadap Rasulullah dan bertanya: "Ya Rasulullah kami mempunyai banyak hamba sahaya (abid) dan banyak pula anggota keluarga. Oleh itu, harta mana yang harus kami keluarkan untuk infaq."
Maka turunlah ayat di atas yang berbunyi "wayas alunaka madza yunfiqun, qulil 'afwa" (Surah al Baqarah: 2: 219). (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Yahya)
"Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat. Dan mereka bertanya lagi kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: "Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya," dan jika kamu bercampurgaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu adalah saudara-saudara kamu (yang seagama), dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah la memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah al Baqarah: 2: 220)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat "wala taqrabu malal yatimi ilia billatihiya ahsanu" (Surah al An'aam: 6: 152) dan ayat "innalladzina ya'kuluna amwalal yatama zulman" hingga akhir ayat (Surah an Nisaa': 4: 10) sesungguhnya, orang yang memelihara anak yatim telah memisahkan makanan dan minumannya dari makanan dan minuman anak-anak yatim itu. Begitu juga dengan sisa yang tertinggal akan dibiarkan busuk jika tidak dihabiskan oleh anak-anak yatim itu.
Maka perkara ini menjadi keberatan kepada waris mereka. Lalu mereka datang mengadap Rasulullah untuk menceritakan perkara tersebut. Maka turunlah ayat di atas (Surah al Baqarah: 2: 220) yang membenarkan mereka untuk menggunakan cara lain yang lebih baik. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, an Nasai, al Hakim dan yang lainnya dari Ibnu Abbas)
"Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seseorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana) orang kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya)." (Surah al Baqarah: 2: 221)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa turunnya ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 221) "wala tankihul musyrikati hatta yukmin" adalah sebagai petunjuk ke atas permohonan Ibnu Abi Murtsid al Ghanawi yang meminta izin kepada Nabi s.a.w. untuk bernikah dengan seorang wanita musyrik yang cantik lagi terkenal. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan al Wahidi dari Muqatil)
Dalam riwayat lain pula, ada dikemukakan bahawa sambungan dari ayat tersebut mulai dari "wala amatun mukminatun khairun hingga akhirnya (Surah al Baqarah: 2: 221) adalah berhubung dengan peristiwa Abdullah bin Rawahah. Dia mempunyai seorang hamba sahaya wanita yang amat hitam. Pada suatu hari dia telah memarahi hamba sahaya berikut sehingga menamparnya.
Selepas itu dia menyesali akan kejadian tersebut dan datang mengadap Rasulullah untuk menceritakan perkara tersebut lalu berkata: "Saya akan memerdekakan dia serta mengahwininya." Maka dia melaksanakan apa yang telah diperkatakan olehnya. Akan tetapi orang-orang pada waktu itu telah mencela dan mengejek di atas perbuatannya itu.
Penurunan ayat ini adalah untuk menjelaskan bahawa berkahwin dengan hamba sahaya Muslimah adalah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita musyrik. (Diriwayatkan oleh al Wahidi dari as Suddi dari Abi Malik dari Ibnu Abbas) (Dalam riwayat lain yang dikeluarkan oleh Ibnu Jarir dari as Suddi, Hadisnya munqathi) [Hadis dikatakan Munqathi apabila seorang daripada perawinya tidak disebut namanya (Bulughul Maram I c.v. Diponegoro Bandung 1972hal.15).]
"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: "Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat." Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isterikamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri." (Surah al Baqarah: 2: 222)
Di dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa orang-orang Yahudi tidak akan makan bersama atau mencampuri isterinya ketika Isterinya dalam haid. Malahan mereka akan mengasingkan diri daripada rumahnya. Oleh itu, para sahabat bertanya kepada Nabi mengenai perkara ini. Maka turunlah ayat di ini (Surah al Baqarah: 2: 222) untuk menjawab pertanyaan mereka. Selepas itu Nabi bersabda: "Berbuatlah apa yang boleh dilakukan dalam pergaulan suami isteri kecuali jimak." (Diriwayatkan oleh Muslim dan Tirmizi dari Anas) (Akan tetapi dalam hadis yang diriwayatkan oleh al Barudi dari Ibnu Ishaq dari Muhammad bin Abi Muhammad dari Ikrimah atau Said dari Ibnu Abbas dikatakan bahawa orang yang bertanya adalah Tsabit bin ad Dahdah. Begitu juga menurut riwayat Ibnu Jarir dari as Suddi)
"Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanam-tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai, dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang yang beriman." (Surah al Baqarah: 2: 223)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa orang-orang Yahudi beranggapan bahawa apabila mencampuri isteri dari belakang farajnya, maka anak yang dilahirkan akan bermata juling. Maka turunlah ini (Surah al Baqarah: 2: 223) di atas untuk membantah anggapan mereka. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi dari Jabir)
Dalam riwayat lain pula, ada dikemukakan bahawa Umar datang mengadap Rasulullah dan berkata: "Ya Rasulullah celakalah saya." Nabi bertanya: Apakah yang menyebabkan kamu menjadi celaka?" Umar menjawab: "Aku telah berjimak dengan isteriku dari belakang malam tadi."
Kemudian Nabi s.a.w. terdiam dan turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 223). Selepas itu, baginda menyambung dengan bersabda: "Berbuatlah dari hadapan atau pun dari belakang tetapi hindarlah dubur dan yang sedang haid."
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Tarmizi dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat selainnya, ada dikemukakan bahawa orang-orang pada waktu itu menganggap sesuatu perkara yang munkar apabila seseorang menggauli isterinya dari belakang.
Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:223) yang menyalahkan sikap dan anggapan tersebut. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir, Abu Yala dan Ibnu Marduwaih dari Zaid bin Aslam dari Atha bin Yasar dari Abi Said al Khudri) (Diriwayatkan oleh al Bukhari dari Ibnu Umar)
Terdapat juga riwayat lain yang mengemukakan bahawa penurunan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 223) adalah sebagai pemberian kelonggaran untuk menggauli isteri dari belakang. (Diriwayatkan oleh at Thabarani dalam kitab alAusath dengan sanad yang kuatdari Ibnu Umar)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa penghuni kampung yang terletak di sekitar Yathrib (Madinah) menyembah berhala dan berdampingan dengan kaum Yahudi ahli kitab. Mereka menganggap bahawa kaum Yahudi adalah kaum yang terhormat dan berilmu.
Oleh sebab itu mereka selalu meniru dan menganggap baik di atas segala perbuatan yang dilakukan oleh kaum Yahudi. Di antara perbuatan yang dianggap baik oleh mereka ialah tidak menggauli literi dari belakang.
Sementara itu, penduduk kampung di sekitar Mekah pada kebiasaannya menggauli isteri mereka dengan pelbagai cara. Ketika kaum Muhajirin (orang Mekah) tiba di Madinah, salah seorang daripada mereka berkahwin dengan seorang wanita Ansar (orang Madinah). Maka dia melakukan seperti kebiasaannya, tetapi telah ditolak oleh isterinya dengan berkata: "Kebiasaan orang di sini adalah menggauli isterinya dari hadapan."
Akhirnya kejadian ini sampai kepada pengetahuan Nabi s.a.w dan turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 223) yang membolehkan untuk menggauli isteri dari hadapan, belakang atau terlentang tetapi pada tempat yang lazim sahaja. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al Hakim dari Ibnu Abbas)
KETERANGAN
Menurut.al Hafiz Ibnu Hajar di dalam syarah Bukhari, sebab penurunan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 223) yang dikemukakan oleh Abi Said mungkin tidak sampai kepada Ibnu Abbas sehingga boleh diragui. Sedangkan apa yang dikemukakan oleh Ibnu Umar, sanadnya sampai kepada Ibnu Abbas dan sanadnya menjadi masyhur(terkenal).
"Dan janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng yang menghalangi kamu daripada berbuat balk, dan bertakwa, serta mendamaikan perbalahan antara sesama manusia.
Dan (ingatlah), Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa mengetahui." (Surah al Baqarah: 2: 224)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ayat ini turun disebabkan oleh sumpah Abu Bakar untuk tidak memberi belanja lagi kepada Misthah. [Misthah bin Utsatsah adalah seorang fakir miskin yang kehidupannya dibiayai oleh Abu Bakar.] Ini kerana dia turut serta di dalam memfitnah Siti Aisyah.
Maka penurunan ayat di atas adalah sebagai teguran agar sumpah tidak menghalangi seseorang itu daripada melakukan kebaikan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari Ibnu Juraij)
"Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anakyang dijadikan oleh Allah dalam kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajiban yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak), dalam pada itu orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah al Baqarah: 2: 228)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Asma bin Yazid bin as Sakam al Anshariyyah berkata selepas turunnya ayat ini sebagai berikut: "Aku telah diceraikan oleh suamiku di zaman Rasulullah s.a. w., tetapi pada waktu itu belum ada lagi hukum iddah bagi wanita yang telah diceraikan. Maka dengan turunnya ayat ini Allah telah menetapkan hukum iddah bagi wanita iaitu menunggu selama tiga kalihaid." (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Abi Hatim dari Asma binti Yazid bin as Sakan)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Ismail bin Abdillah al Ghifari telah menceraikan isterinya Qathilah pada zaman Rasulullah. Akan tetapi dia tidak mengetahui bahawa isterinya sedang hamil. Setelah mengetahuinya, dia rujuk kembali dengan isterinya. Malangnya isterinya meninggal ketika melahirkan, begitu juga bayinya. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 228) untuk menerangkan betapa pentingnya masa iddah bagi wanita untuk mengetahui sama ada seseorang isteri itu hamil atau tidak. (Diriwayatkan oleh at Tsa'labi dan Hibatullah bin Salamah dalam kitab an Nasikh dari al Kalbi dan Muqatil)
"Talak (yang boleh rujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah la (rujuk dan) memegang terus isterinya itu dengan cara yang sepatutnya atau melepas (menceraikannya) dengan cara yang baik. Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu). Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim." (Surah al Baqarah: 2: 229)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang lelaki telah menceraikan isterinya mengikut kehendak hatinya. Dia beranggapan bahawa selama rujuk itu boleh dilakukan dalam waktu iddah, wanita Itu tetap menjadi isterinya walaupun sudah seratus kali atau lebih dia telah menceraikan isterinya. Lelaki itu berkata kepada isterinya: "Demi Allah, aku tidak akan menceraikanmu dan engkau akan tetap berdiri di sampingku sebagai isteriku serta aku tidak akan menggauli dirimu sama sekali."Isterinya berkata: "Apakah yang akan engkau lakukan?" Suaminya menjawab: "Aku menceraimu, kemudian apabila hampir habis iddahmu aku akan rujuk kembali."
Maka wanita itu datang mengadap Rasulullah untuk menceritakan perkara tersebut. Selepas mendengar Rasulullah terdiam sehingga turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 229) hingga perkataan "bi ihsan."(Diriwayatkan oleh at Tarmizi, al Hakim dan yang lainnya dari Aisyah)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa seorang lelaki telah makan harta benda milik isterinya hasil daripada maskahwin yang telah diberikan pada waktu mereka berkahwin. Dia beranggapan bahawa perbuatannya itu tidak berdosa.
Maka turunlah ayat "walayahillu lakum an ta'khudzu" sampai akhirnya dari surah (Surah al Baqarah: 2: 229) yang melarang merampas hak isteri. (Diriwayatkan oleh Abu Daud di dalam Kitab Nasaikh-Mansukh dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ayat ini "walayahillu lakum an ta'khudzu" hingga akhirnya (Surah al Baqarah: 2: 229) turun berkenaan dengan pengaduan yang telah dibuat oleh Habibah kepada Rasulullah tentang suaminya Thabit bin Qais. Rasulullah bersabda: "Apakah engkau sanggup memberi kembali kebunnya?" Dia menjawab: "Ya."
Kemudian Rasulullah memanggil Qais menerangkan pengaduan yang telah dibuat isterinya untuk mengembalikan semula kebun miliknya. Maka berkatalah Qais: "Apakah halal kebun itu bagiku?" Nabi menjawab: "Ya."Qais berkata: "Saya pun menerima."
Kejadian ini menunjukkan bahawa seorang suami boleh menerima kembali mas kahwin yang dikembalikan oleh isterinya sebagai tanda sahnya seorang isteri memutuskan ikatan perkahwinan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Juraij)
"Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis iddahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya." (Surah al Baqarah: 2: 230)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat ini adalah berhubungan dengan pengaduan Aisyah binti Abdur Rahman bin Atik kepada Rasulullah s.a.w.. Dia mengadu kepada Rasulullah bahawa dia telah diceraikan oleh suaminya yang kedua iaitu Abdur Rahman bin Zubair al Quradzi dan akan rujuk kembali dengan suaminya yang pertama Rifa'ah bin Wahab bin Atik. Sesungguhnya suaminya yang pertama telah menceraikannya dengan talak bain. [Talak bain ialah talak yang tidak boleh dirujuk kembali iaitu selepas tiga kali talak kecuali jika si isteri telah berkahwin lain dan diceraikan oleh suaminya yang kedua.] Aisyah berkata: "Abdur Rahman bin Zubair telah menceraikan saya sebelum mencampuri. Apakah boleh saya kembali kepada suami yang pertama?" Nabi menjawab: "Tidak boleh kecuali kamu telah dicampuri oleh suamimu yang kedua."
Peristiwa ini menjelaskan kepada kita bahawa seorang suami yang menceraikan isterinya dengan talak bain boleh mengahwini isterinya semula tetapi dengan syarat bahawa isterinya telah dicampuri dan diceraikan oleh suaminya yang kedua. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Muqatil bin Hibban)
"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu) kemudian mereka (hampir) habis tempoh iddahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula) dengan maksud memberi mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka); dan sesiapa yang melakukan demikian maka sesungguhnya dia menganiaya dirinya sendiri. Dan janganlah kamu menjadikan ayat-ayat hukum Allah itu sebagai ejek-ejekan (dan permainan). Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (al Qur'an) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Surah al Baqarah: 2: 231)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat seorang lelaki yang telah menceraikan isterinya kemudian merujuknya kembali sebelum habis iddahnya dan selepas itu menceraikan semula dengan maksud untuk menyusahkan dan mengikat isterinya supaya tidak boleh berkahwin dengan orang lain. Maka turunlah ayat di atas. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari al Ufi dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan kisah Thabit bin Yasar al Anshari yang telah menceraikan isterinya. Setelah hampir habis iddah Isterinya, dia merujuk kembali dan kemudian menceraikan semula dengan maksud untuk menyakiti hati isterinya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari as Suddi)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa seorang lelaki telah menceraikan isterinya dan kemudian berkata: "Sebenarnya aku hanya main-main sahaja." Kemudian dia memerdekakan hambanya, tetapi tidak lama kemudian dia berkata: "Aku hanya main-main sahaja."
Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 231) sebagai teguran dengan apa yang telah dilakukan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Umardalam musnadnya dan Ibnu Marduwaih dari Abi Darda) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Munzir dari Ubadah bin Shamit) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Marduwaih dari Ibnu Abbas) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Jarir dari al Hasan dan hadisnya adalah mursal)
"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa iddah mereka, maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa diantara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci. Dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apajua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya." (Surah al Baqarah: 2: 232)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Ma'qil bin Yasar telah mengahwinkan saudaranya dengan seorang lelaki Muslim. Tidak lama kemudian lelaki tersebut telah menceraikan saudaranya dengan talak satu. Apabila telah habis iddahnya, mereka berdua ingin kembali lagi.
Maka lelaki tersebut datang bersama Umar bin Khattab untuk meminangnya semula. Maqil berkata: "Hai orang celaka! Aku memuliakan engkau dan aku kahwinkan engkau dengan saudaraku, tetapi engkau telah menceraikan dia. Demi Allah, dia tidak akan kukembalikan semula kepadamu."
Maka turunlah ayat ini yang menghalang wali daripada menghalangi hasrat perkahwinan kedua orang itu.
Ketika Ma'qil mendengar ayat di atas dia berkata: "Aku dengar dan aku taati Tuhanku."Kemudian dia memanggil semula orang itu dan berkata: "Aku kahwinkan engkau dengannya dan aku memuliakan engkau." (Diriwayatkan oleh al Bukhari, Abu Daud, Tirmizi dan yang lainnya dari Ma'qil bin Yasar) (Diriwayatkan pula oleh Ibnu Marduwaih dari beberapa sumber)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berhubung dengan kisah Jabir bin Abdillah al Anshari. Dia mempunyai saudara sepupu yang telah diceraikan oleh suaminya dengan talak satu. Setelah habis iddah, suaminya datang semula. Akan tetapi Jabir tidak menerima pinangan tersebut.
Maka penurunan ayat ini adalah sebagai larangan kepada wali daripada menghalangi hasrat perkahwinan kedua orang itu. (Diriwayatkan oleh al Bukhari, Abu Daud dan Tirmizi dari as Suddi.) (Riwayat dari Ma'qil adalah lebih sahih dan lebih kuat)
"Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk." (Surah al Baqarah: 2: 238)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa Nabi s.a.w. bersembahyang zohor pada waktu hari yang panas terik. [Pada waktu itu, sembahyang dilakukan di tempat terbuka yang beg itu terasa teriknya panas matahari.] Sesungguhnya sembahyang pada waktu ini dirasakan berat oleh sahabat-sahabatnya. Maka turunlah ayatdi atas yang menyuruh untuk melaksanakan sembahyang walau sebagaimana pun beratnya. (Diriwayatkan oleh Ahmad, al Bukhari di dalam sejarahnya, Abu Daud, Baihaqi dan Ibnu Jarir dari Zaid bin Thabit)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Nabi s.a.w. sembahyang pada waktu hari panas terik. Akan tetapi terdapat lebih kurang satu atau dua saf sahaja yang mengikutinya dari belakang. Ini kerana kebanyakan di antara mereka sedang tidur siang dan ada pula yang sedang sibuk berdagang. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 238) (Diriwayatkan oleh Ahmad, an Nasai dan Ibnu Jarir dari Zaid bin Thabit)
Dalam suatu riwayat lain ada dikemukakan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w. terdapat orang-orang yang suka bersembang dengan kawan yang ada di sebelahnya pada waktu sedang menunaikan sembahyang.
Maka turunlah ayat "waqumu lillahi qanitin" yang memerintahkan supaya diam dan melarang daripada bercakap-cakap pada waktu sembahyang. (Diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Tirmizi Abu Daud, Nasai dan Ibnu Majah serta yang lainnya dari Zaid bin Arqam)
Dalam suatu riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ada orang-orang yang suka bercakap-cakap pada waktu sedang menunaikan sembahyang. Di samping itu ada pula yang menyuruh kawannya untuk menyelesaikan keperluannya pada waktu tersebut.
Maka penurunan ayat "waqumu lillahi qanitin" adalah sebagai perintah supaya khusyuk di dalam sembahyang. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Mujahid)
"Dan orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maria Bijaksana."(Surah al Baqarah: 2: 240)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa seorang lelaki dari Thaif datang ke Madinah bersama anak dan isterinya serta kedua orang tuanya. Kemudian dia meninggal dunia di sana. Oleh itu perkara ini telah disampaikan kepada Rasulullah.
Kemudian baginda membahagikan harta peninggalannya kepada anak-anak dan kedua ibu bapanya, sedangkan isterinya tidak diberi bahagian daripada harta tersebut. Akan tetapi mereka yang diberi pembahagian daripada harta tersebut diperintahkan agar memberi belanja kepadanya selama satu tahun.
Maka turunlah ayat di atas yang membenarkan tindakan Rasulullah s.a.w. [Ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 240) turun sebelum turunnya ayat hukum tentang waris harta pusaka.] untuk memberi nafkah selama setahun kepada isteri yang ditinggalkan oleh suaminya. (Diriwayatkan oleh Ishaq bin Rahawaih dalam tafsirnya dari Muqatil Ibnu Hibban)
"Dan isteri-isteri yang diceraikan, berhak mendapat Mutaah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang yang takwa." (Surah al Baqarah: 2: 241)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat (Surah al Baqarah: 2: 236) yang berbunyi "wa matti'uhunna ala musi'l qadaruhu wa 'alal muqtiri qadaruhu" berkatalah seorang lelaki: "jika keadaanku baik, aku akan lakukan, tetapi jika aku tidak mahu, aku tidak akan melakukannya."
Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 241) yang menerangkan tentang kewajipan suami untuk memberi nafkah kepada isteri yang telah diceraikan. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ibnu Zaid)

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempitkan dan Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." (Surah al Baqarah: 2: 245)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika turun ayat di atas, maka berdoalah Rasulullah: "Ya Rabbi! Semoga Allah menggandakan balasan baik kepada umatku."maka turunlah ayat di atas yang menjanjikan akan gandaan balasan kebaikan kepada umat manusia. (Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab Sahihnya, Ibnu Abi Hatim dan Ibnu Marduwaih dari Ibnu Umar)
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." (Surah al Baqarah: 2: 256)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa sebelum kedatangan Islam terdapat seorang wanita yang selalu kematian anak. Oleh kerana itu, dia telah berjanji kepada dirinya jika dia mempunyai anak yang hidup, anak itu akan dijadikan Yahudi.
Akan tetapi setelah kedatangan Islam kaum Yahudi bani Nadhir telah diusir dari Madinah kerana pengkhinatan yang telah dilakukan. Anak perempuan itu dan kaum Ansar yang lain turut serta bersama-sama dengan kaum Yahudi tersebut. Berkatalah kaum Ansar: "Jangan biarkan anak-anak kita bersama mereka." Maka turunlah ayat di atas sebagai teguran bahawa tidak ada paksaan dalam Islam. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 256) turun berhubung dengan kisah Hushain dari golongan Ansar iaitu dari suku Bani Salim bin Auf. Dia mempunyai dua orang anak yang beragama nasrani, sedangkan dia adalah seorang Muslim. Dia bertanya kepada Nabi s.a.w: "Bolehkah saya paksa kedua anak itu kerana mereka tidak taat kepadaku dan tetap dengan agama nasrani."
Maka penurunan ayat ini (Surah al Baqarah: 2:256) adalah sebagai jawapan kepada pertanyaan tersebut bahawa tidak ada paksaan di dalam Islam. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Said atau Ikrimah dari Ibnu Abbas)
"Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang yang beriman. la mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman)kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. " (Surah al Baqarah: 2: 257)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa permulaan ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 257) sehingga "illanur" adalah ditujukan kepada mereka yang beriman kepada Nabi Isa dan setelah nabi Muhammad diutuskan mereka pun beriman kepadanya juga. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Abdah bin Abi Lubabah)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 257) ditujukan kepada kaum yang beriman kepada Nabi Isa dan yang tidak beriman kepadanya. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan, kaum yang beriman kepada Nabi Isa kufur kepada Nabi Muhammad dan kaum yang kufur kepada Isa beriman kepada Nabi Muhammad. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Mujahid)
'Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji." (Surah al Baqarah: 2: 267)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan kaum Ansar yang mempunyai kebun kurma. Ada di antara mereka yang mengeluarkan zakat sesuai dengan penghasilannya, tetapi ada juga yang tidak berbuat demikian. Mereka mengeluarkan zakat dengan menyerahkan kurma yang berkualiti rendah dan busuk. Maka ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 267) merupakan teguran di atas perbuatan mereka. (Diriwayatkan oleh al Hakim, Tirmizi, Ibnu Majah dan yang lainnya dari al Barra)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ada orang-orang yang memilih kurma yang berkualiti rendah dan busuk untuk dikeluarkan sebagai pembayaran zakat. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 267) sebagai teguran di atas perbuatan mereka. (Diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasai dan al Hakim dari Sahl bin Hanif)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Nabi s.a.w. memerintahkan kepada orang Islam untuk mengeluarkan zakat fitrah sebanyak satu sha kurma. Pada waktu itu, datanglah seorang lelaki dengan membawa kurma yang berkualiti rendah. Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2:267) sebagai petunjuk kepada orang Islam supaya mengeluarkan zakat dari hasil yang baik. (Diriwayatkan oleh al Hakim dari Jabir)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa para sahabat Nabi s.a.w. ada yang membeli makanan yang murah untuk disedekahkan.
Maka turunlah ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 267) sebagai petuniuk kepada mereka.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
"Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajibanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apajua harta yang halal yang kamu belanjakan (padajalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredhaan Allah. Dan apajua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itupula) tidak dikurangkan. '" (Surah al Baqarah: 2: 272)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ada orang-orang yang tidak rela memberi hartanya walaupun sedikit kepada saudaranya yang musyrik. Ketika mereka bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara ini, baginda membenarkannya.
Maka turunlah ayat di atas yang membenarkan untuk memberi sedekah kepada kaum musyrikin: (Diriwayatkan oleh an Nasai, al Hakim, al Bazzar, at Thabarani dan yang lainnya dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa Nabi s.a.w. melarang umatnya daripada bersedekah kecuali kepada orang Muslimin. Selepas turun ayat di atas baginda memerintahkan supaya memberi sedekah kepada sesiapa sahaja yang datang meminta dengan tidak mengira agama yang dianutinya. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas)
"Orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau berterang-terang, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. " (Surah al Baqarah: 2: 274)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan orang-orang yang telah menginfakkan kudanya untuk perang fisabilillah. (Diriwayatkan oleh at Thabarani dan Ibnu Abi Hatim dari Yazid bin Abdullah bin Gharib dari bapanya dari datuknya.)  (Yazid dan bapanya Abdullah adalah majhul iaitu tidak dikenali)
Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa turunnya ayat di atas adalah berhubung dengan kisah Ali bin Abi Talib yang mempunyai empat dirham. Dia telah mendermakan satu dirham pada malam hari, satu dirham pada siang hari, satu dirham secara diam-diam dan satu dirham lagi secara terang-terangan. (Diriwayatkan oleh Abdul Razak, Ibnu Jarir, Ibnu Abi Hatim dan at Thabarani dengan sanad yang daif dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa ayat ini (Surah al Baqarah: 2: 274) turun berkenaan dengan kisah Abdur Rahman bin Auf dan Uthman bin Affan yang telah memberi derma kepada pasukan Jaisyul Usrah iaitu pasukan yang dibentuk pada musim kemarau untuk perang Tabuk. (Diriwayatkan oleh Ibnu Munzirdari Ibnu Musayyab)
"Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar-benarkamu orang yang beriman." (Surah al Baqarah: 2: 278)
"Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hakkamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." (Surah al Baqarah: 2: 279)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kedua ayat di atas turun adalah disebabkan peristiwa aduan yang telah dibuat oleh Bani Mughirah kepada gabenor Mekah yang bernama Attab bin Asyad setelah Fathu Mekah. Mereka mengadu tentang hutang-hutang mereka yang beriba sebelum turunnya hukum penghapusan riba kepada Banu Amr bin Auf dari suku Thaqif. Bani Mughirah berkata kepada Attab bin Asyad: "Kami adalah manusia yang paling menderita akibat daripada penghapusan riba. Ini kerana kami dipaksa membayar riba oleh orang lain, sedangkan kami tidak mahu melakukan perkara tersebut kerana mentaati hukum yang telah ditetapkan oleh Allah mengenai penghapusan riba."
Maka berkata Banu Amr: "Kami meminta agar diselesaikan segala hutang kami yang beriba." Maka gabenor Attab menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. dan baginda menjawab dengan berpandukan ayat di atas. (Diriwayatkan oleh Abu Yala di dalam musnadnya dan Ibnu Mandah dari al Kalbi dari Abi Salleh dari Ibnu Abbas)
Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Banu Thaqif ini terdiri daripada: Mas'ud, Habib, Rabiah dan Abdu Yalail. Mereka ini termasuk di dalam Banu Amr dan Banu Umair. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah)
"Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian la mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah al Baqarah: 2: 284)
"Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, danjuga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya." Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali." (Surah al Baqarah: 2: 285)
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. la mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan iajuga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo'a dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah al Baqarah: 2: 286)
Selepas turun ayat ini "Wa in tubdu ma fi anfusikum au tukhfuhu yuhasibkum bihillah" (Surah al Baqarah: 2: 284) para sahabat merasa keberatan sehingga mereka datang berjumpa Rasulullah s.a.w sambil berlutut memohon keringanan dengan berkata: "Kami tidak mampu untuk mengikuti ayat ini." Nabi s.a.w. bersabda: "Apakah kalian akan berkata "Sami'na wa 'ashaina [Ertinya: Kami mendengar tetapi tidak akan menurut.] seperti apa yang diucapkan oleh ahli kitab Yahudi dan Nasrani sebelum kamu? Maka ucapkanlah "Sami'na wa atha'na ghufranaka rabbana wa ilaikal masir" [Ertinya: Kami mendengar dan taat, dan ampunilah kami wahai Tuhan kami kerana kepadaMulah tempat kembali.]
Setelah dibacakan kepada para sahabat dan menjadi kebiasaan lidah mereka menyebutnya, turunlah ayat yang berikutnya (Surah al Baqarah: 2: 285). Kemudian mereka melaksanakan perintah tersebut dan turunlah ayat seterusnya (Surah al Baqarah: 2: 286). (Diriwayatkan oleh Muslim dan perawi lain dari Abi Hurairah) (Diriwayatkan juga oleh Muslim dan perawi lain dari Ibnu Abbas)

ALI 'IMRAN
Alif, Laam, Miim. " (SurahAli'lmran:3:1)
"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. " (Surah Ali 'Imran: 3: 2)
"la menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (al Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan la juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil. " (Surah Ali 'Imran: 3: 3)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan beberapa ayat dari surah Ali 'Imran iaitu di antara ayat 1 hingga ayat 80 adalah sebagai penjelasan yang diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. di atas kedatangan kaum Nasara yang

No comments:

Post a Comment