Tuesday, July 30, 2013

SURAH AL FAJR


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
"(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!" (Surah al Fajr: 89: 27)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa penurunan ayat di atas adalah berkenaan dengan Hamzah yang gugur sebagai syahid. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Buraidah)

Dalam riwayat lain pula ada dikemukakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Siapakah yang akan membeli sumur Rumat untuk menghilangkan dahaga? Mudah-mudahan Allah mangampuni dosanya/Kemudian sumur itu dibeli oleh Uthman. Nabi bersabda kepada Uthman: "Apakah engkau rela sumur itu dijadikan sumber air minuman bagi semua orang?" Uthman menyetujuinya.

Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Fajr: 89:27) berkenaan dengan Uthman.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Juwaibir dari ad Dlahhak dari Ibnu Abbas)



No comments:

Post a Comment