Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) seindah-indah kisah Dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya Engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang Yang tidak pernah menyedari akan halnya. (SurahYusuf:12:3)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa setelah sekian lama turun ayat-ayat al Quran kepada Nabi dan dibacakan kepada para sahabat, mereka berkata: "Ya Rasulullah bagaimana jika tuan bercerita kepada kami?" Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah az Zumar: 39: 23) sebagai penjelasan bahawa Allah telah menurunkan sebaik-baik cerita.
Menurut Ibnu Hatim para sahabat berkata lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana jika tuan mengingatkan kami. "Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah al Hadiid: 57:16) sebagai peringatan bahawa terdapat banyak ayat yang telah diturunkan Allah agar mereka taat dan patuh kepadaNya. (Diriwayatkan oleh al Hakim dan yang lainnya dari Saad bin Abi Waqas)
Menurut riwayat lain pula para sahabat itu berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana jika tuan menceritakan sesuatu kepada kami." Maka Allah menurunkan ayat ini (Surah Yusuf: 12: 3) sebagai penjelasan bahawa di dalam al Quran sudah terdapat kisah-kisah yang baik yang boleh dijadikan contoh tauladan kepada kaum Mukminin. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari fbnu Abbas) (diriwayatkan pula oleh Ibnu Marduwaih dari Ibnu Mas'ud)
No comments:
Post a Comment