Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Allah mengutus Nabi Muhammad sebagai Rasulullah orang-orang Arab mengingkari dan berkata: "Bagaimana Allah Yang Maha Agung mengutus seorang manusia sebagai Rasul." Maka turunlah ayat ini (Surah Yunus: 10:2) sebagai penjelasan bahawa bukan Muhammad sahaja yang diutuskan sebagai Rasul, akan tetapi ada pula Rasul yang lainnya.
Setelah berulang kali Allah memberi bukti-bukti kepada mereka, mereka berkata: "Sekiranya Allah mengutus manusia membawa risalah, ada yang lebih berhak untuk menjadi utusanNya dan bukannya Muhammad sebagaimana yang diceritakan dalam al Quran (Surah az Zukhruf: 43: 31) iaitu seperti al Walid bin al Mughirah dari Mekah dan Mas'ud bin Amr at Thaqafi dari kota Taif yang menurut pendapat mereka lebih mulia dari Muhammad."
Oleh kerana itu, sebagai bantahan di atas ucapan mereka Allah menurunkan ayat yang berikutnya dalam surah ini (Surah az Zukhruf: 43: 32). (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarirdari ad Dlahhak dari Ibnu Abbas)
No comments:
Post a Comment