tidakkah Engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir Yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah Dengan kekufuran, dan Yang telah menempatkan kaum mereka Dalam kebinasaan?(Surah Ibrahim: 14:28)
(Iaitu) neraka jahannam Yang mereka akan menderita bakarannya; dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah neraka jahannam. (Surah Ibrahim: 14:29)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kedua ayat di atas turun berkenaan dengan pembesar-pembesar Quraisy yang terbunuh dalam peperangan Badar. Ayat ini menjelaskan bahawa pengorbanan mereka demi kekufuran mereka telah membinasakan diri, kaum dan negara mereka sendiri dan tempat mereka di akhirat adalah neraka Jahanam. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Atha bin Yasar)
No comments:
Post a Comment